Jumaat, 20 Julai 2012

tido kipas


Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan | Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.
Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.
Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.
Melayukini.net – Kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat. Elakkan juga kita tidur terlalu dekat dengan kipas angin.

Charlie


Seekor serangga atau lebih dikenali dengan nama kumbang Rove ini mirip seperti seekor kerengga. Namun ia merupakan haiwan yang sangat berbahaya kepada manusia. Kenali apakah kumbang rove ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

                                 Kumbang Rove Yang Berbahaya  
Waspada terhadap serangga ini. Walaupun Nampak kecil dan rupa seolah-olah kerengga tetapi serangga ini sangat-sangat bahaya. Nama serangga ini Charlie ataupun Kumbang Rove. Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai “elitron”. Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas.
Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Habitat Dan Tabiat Permakanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah – antara rumput dan lain-lain. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.
Kesan pada manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.
Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Cara Menghidari Serangga Ini
  • Tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu atau  tingkap kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam,
  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus.
  • Semburan aerosol serangga
  • Gunakan perangkap berpelekat
  • Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar
  • Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air.
Melayukini.net – Serangga ini sangat berbahya kepada manusia. Jika ada terjumpa sila segera menjauhkan daripadanya. Jika bersentuhan, dan mengalami simpton yang disebutkan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor.

niat puasa


bulan Ramadhan ni hanya sekali dalam setahun jadi mesti ramai yang lupa atau tak berapa nak ingat lafaz niat untuk berpuasa ni.. begitu juga dengan doa untuk berbuka.. jadi yang lupa tu boleh tengok gambar di bawah ini..


 
P/s: Nak puasa jangan lupa niat k.. ekeke, jangan lupa kongsikan entri ini kepada orang lain.. semoga dapat dijadikan manfaat bersama..insyaAllah
-Selamat Berpuasa-

iklan rokok


Tiba-tiba datang seorang budak kecil yang mahu meminjam mancis atas lighter kerana mahu merokok juga.. jadi apa agaknya reaksi perokok dewasa tersebut? Mari lihat videonya di bawah..


Dah tengok?haa, nampak kan?setelah perokok dewasa itu membaca kertas yang diberi budak itu, rata-rata semua perokok itu seperti terdiam, terkejut, raut wajah mereka juga berbeza bukan? dan ada juga yang menggaru kepala dan memasukkan kertas itu ke dalam poket seluar.

Lidah ikan


Kenapa Allah Menghilangkan Lidah Ikan?

Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.”Pabila di tanya apa hikmahnya. Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”


Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?” Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi ,iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialahikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburudan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”


P/s : Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan semoga kita dapat menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak baik.. InsyaAllah