Isnin, 13 Ogos 2012

layanan


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) telah menganjurkan proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.”


Meja Anak Yatim (Sebelum berbuka)

Meja untuk VIP (sebelum berbuka)

Meja Anak Yatim (Nak berbuka)

Meja VIP sewaktu berbuka.

 Tolong tunjukkan gambar anak-anak yatim sedang makan. Tak kan depa makan kuih dalam bekas plastik dan air mineral saja.

bahagia



Pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulutmu untuk segala yang boleh meruntunkan semangatmu.

"Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan,
dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit & sebelum terbenam;
dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam & di hujung siang hari,
agar engkau merasa tenang."
(Taha, 20: 130)

Usianya sudah pun menjangkau 20-an. Dia dilahirkan cacat. Dia tiada kaki. Tiada tangan. Malah, dia juga cacat penglihatan. Tapi, semangat dia untuk teruskan hidup & menjadi insan yang berjaya seperti mereka yang normal tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini dia menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.

Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai jenis soalan oleh para peserta yang hadir.  Salah satu soalannya:

"Bagaimanakah Tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Tidak dapat saya bayangkan keadaan diri saya sendiri bila berada di tempat Tuan. Yang saya maksudkan dengan serba kekurangan adalah kecacatan ini."

'Ini bukan kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa?
Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan oleh, tangan, kaki & sepasang mata saya. Saya tidak pernah berpeluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan & keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya berprasangka buruk terhadap mereka."

"Tapi, apa yang Tuan ada?"

"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini saya mampu berzikir & dengan mulut ini jugalah saya mampu untuk membaca al-Quran meskipun saya buta. Hamdan Lillah."

* Pandanglah dengan mata hati. Sesuatu kekurangan jika dipandang dari sudut yang lain, pastinya ia adalah suatu kelebihan yang tiada pada mereka yang lain.

Bersangka Baiklah Dengan Allah


Kenapa aku miskin, dia kaya?
Siapa tahu, Allah mahu selamatkan kau dari sifat takabbur, lupa diri & riya'. Malah Allah mahu kau tergolong di kalangan mereka yang zuhud. Bukankah Rasulullah juga bukan tergolong di kalangan mereka yang kaya? Malah lebih miskin dari kita. Walhal Baginda seorang Khalifah, bahkan kekasih Allah.


Kenapa pula aku kaya, dia miskin? Allah tak sayang aku ke?
Siapa tahu, kau hamba yang dipilih Allah untuk menginfakkan harta di jalan-Nya. Tidak semua orang berpeluang. Gunakan kesempatan ini sebaiknya. Bukankah Abdurrahman bin 'Auf tergolong di kalangan mereka yang kaya raya tetapi dia sanggup untuk menginfakkan harta di jalan Allah.

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

(Al-Kahf, 7)




Kenapa aku tak pandai, yang dia genius semacam?

Allah sama sekali tidak menilai berapa banyak A yang kita dapat tyme UPSR, PMR, SPM, STPM. Allah sama sekali tak membanding-bandingkan keputusan hamba-hambaNya tyme PSRA, SMA, STAM. 

Allah sama sekali tidak memandang berapa CGPA, GPA kita. Allah sama sekali tidak melihat berapa keping SIJIL PENGHARGAAN yang terpampang kat dinding dapur, ruang tamu kita. Allah sama sekali tak mengira berapa biji medal yang tergantung kat keliling rumah kita. 

Tetapi, Allah melihat kemana arah tuju niatmu, sejauh mana usahamu, sehabat mana tahap kebergantunganmu terhadap Allah & setinggi mana degree tawakkalmu kepada-Nya. Itu yang dinilai malah diberi ganjaran. Kekurangan akan mendidik kita untuk mencari lagi & lagi.




Kalau macam tu, kenapa aku tak pernah diuji dengan kegagalan? Adakah aku tergolong di kalangan mereka yang bongkak?

Itu adalah bonus. Bersyukurlah. Kau masih lagi disayangi Allah. Siapa kata tidak? Tandanya, Allah menguji kau melalui kejayaan yang kau peroleh. Sama ada kau bersyukur atau tidak. Allah akan menguji hamba-hambaNya agar tidak terus lalai, hanyut, leka. 

Allah juga meletakkan tanggungjawab yang besar terhadap kau atas kebijaksanaan itu. Sampaikanlah kepada mereka walau hanya dengan satu ayat. Setiap penyampaian dengan niat Lillahi Taala itu, akan diberi ganjaran selama mana ia masih diamalkan & disampaikan. Didik diri untuk menerima sesuatu yang bermanfaat tanpa melihat siapa yang memberi, tetapi lihat apa yang diberi.



Ada orang yang lebih menderita, tetapi masih mengekalkan imannya.
Dan ada orang yang lebih bahagia, tetapi sedang menggadaikan imannya.

tips opis



“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…” — Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’, tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Jadi, datanglah kerja dengan ikhlas, Insyallah rezeki akan datang melimpah ruah. Jadikan diri ini sebagai insan yang penuh dengan kesabaran dan ketenangan, Banyaklah berzikir, hati tenang... semua jalan... :)

pujangga


Zaman kanak-kanak adalah keseronokan, zaman sekolah adalah zaman pertunjukkan, zaman remaja adalah mencari identiti, zaman dewasa adalah mematangkan, zaman usia adalah mencari pedoman.

Kekuatan dan kelemahan memang berlawanan, tetapi mereka saling melengkapi satu sama lain.

Melafaz it mudah, menerima itu senang, memberi itu perit itu kerana ini adalah hakikat kehidupan..

Walau jalan yg kau lalui begitu sukar untuk diharungi tetaplah tersenyum walaupun itu sulit.

Cara yang paling pasti untuk menghindari kegagalan adalah dengan tidak mencuba. Cara menghindari kejayaan ialah takut akan kegagalan.

Ketika kamu berharap yg terbaik tapi kamu hanya mendapat yang biasa, bersyukurlah kamu bukan yang terburuk

Kemarahan adalah keadaan dimana lidah bekerja lebih cepat daripada fikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani.

Biar sedikit berbicara, banyak amalan. Biar sedikit berbincang tapi membuahkan kesepakatan. Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.

Dari kegagalan kita dapat membaca apa yang salah dari diri kita. Berusaha dan berdoa hanya itulah kuncinya

Tidak semua yang difikirkan indah adalah indah dan tidak semua yang difikirkan buruk adalah buruk kerana semua tidak sempurna melain ia disempurnakan.

Tidak perlu berpatah balik dan melihat ke belakang kerana dihadapan tengah menunggu sesuatu keajaiban...

Jangan akhiri dengan harapan tetapi akhiri dengan pencapaian.

telan sisa


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebelum ni mesti ramai dah tahu tentangperkara-perkara yang membatalkan puasa,, tapi ni ada persoalan lain tentang apakah hukum menelan sisa makanan ketika sedang berpuasa..


Soalan:
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya : Adakah batal puasa seseorang sekiranya tertelan sisa makanan atau sesuatu yang dah ada dalam mulut? Sekian.TQ


Jawapan:
Wajib sisa-sisa makanan itu diluahkan. Jika ditelan dengan sengaja, akan batal puasa. Jika tertelan tanpa sengaja, tidaklah batal puasa. Begitu juga, jika sisa itu amat sedikit di mana ia telah bercampur dengan air liur dan sukar untuk dipisahkan dari air liur, jika tertelan bersama air liur dimaafkan (yakni tidak batal puasa) sebagaimana menelan air liur itu sendiri tidak membatalkan puasa.

Itu adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Imam as-Syafi’ie). Adapun menurut Mazhab Hanafi; batal puasa jika sisa itu besarnya melebihi sebiji kacang putih. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa sekalipun dengan sengaja, namun makruh hukumnya.
Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Rahmatul-Ummah, Syeikh Abi ‘Abdillah as-Syafi’ie, hlm. 92,
2. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 436.