Isnin, 13 Ogos 2012

pujangga


Zaman kanak-kanak adalah keseronokan, zaman sekolah adalah zaman pertunjukkan, zaman remaja adalah mencari identiti, zaman dewasa adalah mematangkan, zaman usia adalah mencari pedoman.

Kekuatan dan kelemahan memang berlawanan, tetapi mereka saling melengkapi satu sama lain.

Melafaz it mudah, menerima itu senang, memberi itu perit itu kerana ini adalah hakikat kehidupan..

Walau jalan yg kau lalui begitu sukar untuk diharungi tetaplah tersenyum walaupun itu sulit.

Cara yang paling pasti untuk menghindari kegagalan adalah dengan tidak mencuba. Cara menghindari kejayaan ialah takut akan kegagalan.

Ketika kamu berharap yg terbaik tapi kamu hanya mendapat yang biasa, bersyukurlah kamu bukan yang terburuk

Kemarahan adalah keadaan dimana lidah bekerja lebih cepat daripada fikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani.

Biar sedikit berbicara, banyak amalan. Biar sedikit berbincang tapi membuahkan kesepakatan. Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.

Dari kegagalan kita dapat membaca apa yang salah dari diri kita. Berusaha dan berdoa hanya itulah kuncinya

Tidak semua yang difikirkan indah adalah indah dan tidak semua yang difikirkan buruk adalah buruk kerana semua tidak sempurna melain ia disempurnakan.

Tidak perlu berpatah balik dan melihat ke belakang kerana dihadapan tengah menunggu sesuatu keajaiban...

Jangan akhiri dengan harapan tetapi akhiri dengan pencapaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan