Ahad, 26 Ogos 2012

Orang Felda ape cer...?


Mazlan Aliman

BILA saya dedahkan beberapa hari lalu mengenai pinjaman saham FGVH melalui FB, saya menerima terlalu banyak respon mengenainya. Suka saya jelaskan, mereka yg terselamat adalah peneroka yg tidak menandatangani apa2 perjanjian pinjaman dengan bank samada perjanjian yang pertama dan blue form.

Sehingga hari ini masih tidak diketahui status pinjaman pertama manakala notis bayaran balik blue form berjumlah 800 unit atau RM3640 telah mula dihantar kpd peneroka atau pentadbir/waris. Saya sarankan agar semakan dibuat kerana interest atas pinjaman telah mula dikira setiap hari selagi pinjaman tidak dibayar.

Adalah malang rata2 peneroka atau waris yg menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH yg mereka dapat adalah percuma. Mereka keliru kerana istilah yg digembar gemburkan adalah durian runtuh. Mereka menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit.

Sebab itu dari awal lagi saya telah mengingatkan para peneroka dan waris agar berfikir banyak kali sebelum sign apa2 borang. Jangan gopoh dan pertimbang risiko yang akan timbul. Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar siapa yg nak ambil tgjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa baru2 ini. Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila surat bank sampai; walhal yang beria2 dulu suruh sign adalah adik beradik.

Saya belum dedah lagi ada peneroka kena halau dari rumah, ada anak peneroka mati dibunuh keluarga sendiri, curi kad pengenalan ibu dan bg tau pengurus Felda yg ibunya dah meninggal dunia pasal nak ambil duit RM15k dan berbagai aduan yg dimaklumkan pada saya.

Dulu bila ANAK bg pandangan, orang fitnah macam2. Sampai ada yg sebut, kalau tergadai tanah pun bukan kita sorang. Main saham ni untung puluh ribu bodoh siapa yang tak ikut. Saya kata interest ni 5%, dikira setiap hari...dosa besar. Ada peneroka mengolok cakap saya, ala masuk neraka ramai2....

Maaf, saya tak ada niat nak pulang paku buah keras atau nak padankan muka peneroka...
Bahkan ANAK akan tubuh suatu taskforce utk tangani isu yg berbangkit dari saham FGVH ini. Insyaallah, taskforce yg akan dilancarkan pada 7 sept ini akan membantu peneroka dan waris yg teraniaya dan tak tau nak mengadu pada siapa.

Apapun keadaannya, ANAK tetap bersama warga Felda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan