Sabtu, 25 Ogos 2012

pendamai

Aku nak share satu real story kat sini pasal KENALAN aku seorang member lelaki yg sangat jujur, gentleman dan bertanggungjawab.

Si A seorang lelaki yang normal, ada kerjaya yang hebat, memiliki kemewahan, tapi dia nie memang kurang bab agama dan hidup dia agak sosial sikit. Zina dan maksiat adalah mainan dia.

pendekkan cerita, Si A nie trlanjur dgn seorang kenalan wanita nyer yg aku sendiri pun kenal gak. atas ketelanjuran tu, membuahkan hasil benih yg tersenyawa dalam rahim wanita tersebut. Panik dan melatah nyer pasal wanita tersebut memberitahu keluarga Si A nie, apa lagi meletup la perang dunia ke-3.

Si A melarikan diri ke rumah aku, seeking refuge katanya, dan diluahkan masalah dia kat aku. Aku cakap kat A, "Masa ko buat ada fikir nak bertanggungjawab x?" A blur. Aku bagi A masa tuk tenangkan fikiran dia. Masa tu handfon si A nie kena BOMB SMS, punya la banyak SMS masuk sampai hang telefon dia. Fon di tutup off terus.

Aku pun terkena gak lempias BOMB SMS tu, tapi aku jawab jer balik semua, kasi settle dulu. Aku bawa A keluar dari rumah aku dan hantar dia ke safe house tempat aku lari kalau gaduh dgn wife. kat rumah tu la A menghabiskan masa 2 bulan fikirkan macam mana nak setel masalah dia. Dalam 2 bulan, kandungan dalam rahim perempuan tu dah berumur 3 bulan, ada la membuncit sikit. 

Aku suh wife aku gi jumpa perempuan itu. tanya khabar. Perempuan tu dah ok dari segi mental dan fizikal. Aku ajak perempuan tu jumpa A. Aku temukan mereka berdua di safe house aku. Aku jadi la orang tengah kat antara mereka berdua. Perbincangan bermula. dalam perbincangan tu, Aku dapati memang si A nie syok kat perempuan kerana nafsu sahaja, dan perempuan nie lak kerana harta si A nie. Dua2 nyer donkey, susahkan orang jer. Aku nie niat nak selamatkan bayi dalam kandungan tu jer. Takut kena buang. Aku buat presentations ramalan apa akan jadipada mereka berdua. Kasi up sikit aku masukkan pic bayi yg kena buang, yg dah mati kena gigit anjing, kena hurung kerengga. Dua2 pucat lesi.

Hasilnya, lepas perbincangan dan kaunseling dari aku. 

Si A dah insaf dan nak bertanggungjawab, Perempuan tu pun dah ok selepas isteri aku sekolahkan dia semula. Aku suggest, diorg kahwin segera, dokumen aku handle semua, aku minta A rm2000 utk settlekan dokumen dia dan perempuan tu. Famili si A aku gi slow talk dan Famili perempuan tu pun aku jugak yg kena gi setel kan.

Akhirnya selamat mereka diijab kabulkan dengan aku sbg salah seorang saksi. Alhamdullilah. Mereka bahagia sekrang. Si A banyak berubah. jadi lebih manly dan bertanggungjawab.

Masalah si A nie aku kongsi bukan nak aibkan dia dan pasangan nya. hanya sebagai rujukan dan iktibar. kisah di atas telah banyak aku edit utk mudah di baca dan difahami.

Moral of the story. Kalau mengaku JANTAN adakah benar2 'Jantan' dan sanggup bertanggungjawab kalau timbul masalah di atas. Nak cari lelaki seperti di atas bukan mudah, berani buat berani tanggung. Utk yg perempuan lak, jangan la suka suki bagi body kat laki, baru kena belanja makan dan dapat HERMES pastu kena usung dalam FAIRLADYZ dah boleh serah body.

Semoga lebih ramai dijauhkan dari zina dan maksiat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan