Selasa, 20 November 2012

boikot


Sekarang ramai duk suruh boikot McD atau nama panjangnya McDonald (Duck) tu.... Pastu yang geng-geng penyokong atau penyuka makan McD nie tak puas hati la... Mula la cari point... dan terjumpa la soalan nie....kenapa boikot McD je? Kenapa tak boikot yang lain macam iphone...Facebook dan lain-lain? Ok...nie hasil buah fikiran aku...kalau salah...salah la (maaf)...kalau betul...tolong sebarkan kepada kawan-kawan...

Bernas jugak soalan tu.... tapi perlu faham kenapa perlu boikot kan.... Kenapa McD jadi topik hangat dan ditembak habis-habisan? Ini apa yang aku pernah dengar masa aku menghadiri satu seminar atau konferens pasal Save to Palestin.....Sebab McD nie antara penyalur dana yang terbesar kepada tentera Israel (Sila pakat cari bukti nie untuk pengukuhan hujah). Sebab tu lah ia menjadi target utama memboikot....

Lagi satu....sebab McD nie makanan.... Di Malaysia nie... banyak jenis makanan yang boleh kita makan selain burger dan french fries di McD...So...kenapa nak kecoh? Bukannya perlu berlapar pun... Cuma berhenti makan di McD dan makan la nasik, mee goreng, bihun, spagheti dan sebagainya...Kalau nak burger...sila ke gerai-gerai berdekatan... Sekarang kan duk terkenal dengan burger bakar...Lagi sedap aper?

Kenapa bukan yang lain? Bagi aku boikot la jugak yang lain....sekadar yang termampu dan yang ada alternatif... Contohnya macam jenama pakaian yang ada kaitan dengan Israel..tak payah beli jenama tu...Jenama lain kan banyak lagi.... Alat make-up pun sama.... Berhenti beli yang jenama tu..beli jenama lain... Coca-cola pun termasuk yer...So lepas nie minum je air yang tak bergas...Lebih sihat untuk badan juga.... Rokok?? Rokok sah-sah antara penyalur dana Israel... So... cubalah berhenti...berjuang demi rakyat Palestin...Untuk kesihatan diri sendiri juga...:)

Macam mana pula dengan Facebook? Ok.... Dulu aku pun tak nak guna Facebook... Dan sekarang aku dah gunakannya... Tapi aku cuba gunakan Facebook aku dengan berdakwah ke arah kebaikan... Dan ini yang terbaru dari apa yang aku dengar... Mark Zuckerberg memang Yahudi...Tapi dia bukan penyokong kuat Yahudi Zionis (Yahudi yang tak percaya kitab Taurat, tapi percayakan penyembahan berunsur Syaitan)... Kena ingat tu...ada beza... Tidak ada bukti yang nyata setakat nie pasal Mark Zuckerberg tentang penyaluran dana kepada Israel... Dan juga lagi satu... Facebook tidak berbayar... Dan banyak perkara positif yang boleh digunakan untuk menentang Israel menggunakan Facebook....Contohnya menyebarkan berita-berita terkini di Gaza... Menyebarkan dakwah Islamiah....  McD ada? Sebar kolesterol ade ler...Cer tengok rakyat Amerika sekarang...ramai yang obes (gemuk melampau)  kan? he he he....

Yang menjadi masalah di Facebook adalah bukan kerana Facebook....tapi kita sendiri.... Kalau kita jahil... gunalah jenama Malaysia sekalipun...tetap akan guna benda baik ke arah jahil... kalau kita ada kesedaran... Kita akan cuba menggunakan sesuatu ke arah kebaikan.... Kenapa nak berbalah?

Pastu ada yang kata guna Facebook ke arah kebaikan macam Robin hood... mencuri untuk kebaikan... TIDAK ler.... Facebook nie mana sama dengan mencuri... Free kot... ada kene bayar ke? Ke korang guna Facebook kena hack dulu? Tak kan? Guna Facebook nie macam guna iphone jugak... Yes buatan Yahudi... Tapi kalau korang duk muat turun Quran...tafsir Quran...himpunan hadis-hadis.... Tak salah kan? Kalau duk simpan video lucah... K-Pop.... guna iphone buatan orang muslim pun tetap salah...

Tapi...... Sebaiknya kita akan cuba mengurangkan penggunaan apa jua barangan atau produk buatan Yahudi....Jika terpaksa guna pun...Gunakan sebaik-baiknya untuk mengurangkan pengaruh jahatnya... Tak salah kan baling balik kelosong peluru ke arah depa kan? Mana tahu kene dahi...berdarah jugak kan? Dan lebih baik kalau kita cuba HENTIKAN penggunaan mana-mana produk yang menyalurkan dananya kepada tentera ISRAEL Zionis laknatullah itu....Itu macam korang tolong sedekah memakmurkan Israel... No excuse kawan....No excuse...

Contoh barangan yang ada kaitan dengan Israel
Kalau tak nak boikot? Suka hati korang.... Itu la pilihan korang kan... Bahagian masing-masing la jawabnya di akhirat nanti.... Aku yang kerdil di dunia Allah nie berusaha menyebarkan apa yang termampu dengan blog berhabuk nie.... Dan aku memang dah lama cuba memboikot dengan sikit demi sikit menukar sesetengah penggunaan kepada barangan alternatif... McD... Mungkin lepas ni aku takkan makan lagi... Selagi McD tidak membantu rakyat Palestin dengan menyalurkan burger-burgernya ke Palestin secara percuma...[Kenapa tidak kan? Kat Malaysia boleh je bagi...] Kalau duk derma bagi peluru.... Jika hati tu sayangkan ISLAM... Cuba lah berpuasa makan McD selama mana mereka tidak menghentikan penyaluran dana.... Mana la tahu owner besar kat Amerika tu berubah peluk Islam ke aper ke....

Aku takde bukti yang sahih...takde kertas hitam putih nak bagi kepada korang.... Tapi aku sekadar cuba sedaya upaya menolong yang termampu mengurangkan peluru-peluru yang Israel hujankan di bumi Palestin.... Kalau McD memang tak bagi dana.... Bagus bagi McD...tapi aku tetap tak nak makan McD.... atau kurangkan makan McD... Mungkin kalau makan pun...tiga bulan sekali....Buat hilang rasa terliur.. Selain untuk Palestin...baik untuk aku juga... Lebih baik makan nasi, ikan bakar dan ulam dari makan burger McD yang tidak menyihatkan kesihatan....kan? :)

P/S: Pendapat peribadi sahaja... Kalau tak setuju... terserah la kan...Kalau setuju..digalakkan share..;)

DP pesbuk "Allah save palestin amin!"













Cover Photo






Jangan sekat rezeki orang!!


Encik CCC adalah Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 yang bertugas di Kolej KH dan belum disahkan dalam perkhidmatan. Pegawai dilaporkan telah melakukan gangguan seksual ke atas seorang pelajar perempuan. 

Laporan tersebut antara lain menyebut bahawa pegawai mengajak pelajar dengan niat menonton filem Inggeris yang mengandungi unsur-unsur lucah sambil berbual mengenai kesan melakukan aktiviti seks bebas diikuti memeluk dan berbaring di atas riba pelajar. 

Pegawai juga menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelajar yang menyatakan rasa rindu dan sayang serta mengajak pelajar berjumpa dengannya. Ketua Jabatan telah mengambil tindakan dengan mengadakan perjumpaan dengan pegawai dan pegawai mengakui perbuatannya.


2. PENENTUAN KES

Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) (Pihak
Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain
buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran
tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa
pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan
hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah
peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.

Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran selaku pihak berkuasa tatatertib
yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.


3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa
Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja
atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2),
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
berpuas hati wujud kes prima facie.


4. PERTUDUHAN

Pegawai telah dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan iaitu:

Pertuduhan 1

Bahawa tuan, Encik CCC (KP: 000000-00-0000) Pegawai Pendidikan
Pengajian Tinggi Gred DH41, Kolej KH, Negeri S, telah pada tarikh 12 Mei
2004, antara jam 5:00 hingga 7:00 petang di rumah warden asrama
melakukan perbuatan bersifat gangguan seksual terhadap pelajar
bernama UUU (KP: 000000-00-0000) iaitu dengan mengajak pelajar
berkenaan menonton filem Inggeris yang mengandungi unsur-unsur lucah,
berbual mengenai kesan melakukan aktiviti seks, memeluk dan berbaring
di atas riba pelajar.

Perbuatan tuan ini telah diertikan sebagai melanggar Peraturan 4A(1)(a)
dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut:

“4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh –

(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau

(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.”

Perbuatan tuan itu juga boleh diertikan sebagai mencemar imej
perkhidmatan awam iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan
4(2)(d) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 yang menyatakan seperti berikut:

“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.”


Pertuduhan 2

Bahawa tuan, Encik CCC (KP: 000000-00-0000) Pegawai Pendidikan
Pengajian Tinggi Gred DH41, Kolej KH, Negeri S, pada 11, 12, 14, 15, 16
dan 17 Mei 2004 telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)
kepada UUU (KP: 000000-00-0000) yang mengandungi unsur-unsur
seksual dan lucah sehingga menimbulkan perasaan tidak selesa dan
terganggu pelajar tersebut.

Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai melanggar Peraturan 4A(1) dan
dibacakan bersama Peraturan 4A(2) iaitu seseorang pegawai tidak boleh
melakukan gangguan seksual terhadap orang lain yang menyatakan
seperti berikut:

“4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh –

(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau

(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

(2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu
perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain –

(a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain;

(b) tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat atau dalam waktu kerja selagi perbuatan memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.”

dan perbuatan tuan itu juga boleh diertikan sebagai mencemar imej
perkhidmatan awam iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan
4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 yang menyatakan seperti berikut:

“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.”


5. REPRESENTASI PEGAWAI

Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh
dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan
di bawah peraturan 37(2)(b) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut:

(a) pegawai hanya membawa pelajar tersebut keluar dengan ditemani
pihak ketiga;

(b) pegawai membawa pelajar ke rumah ketika isterinya berada di
rumah pada waktu hujung minggu untuk menonton televisyen kerana pelajar tersebut tidak suka menonton secara beramai-ramai di asrama;

(c) rancangan televisyen yang dikatakan mengandungi aksi lucah dibuka oleh isteri pegawai dan ianya dibuka atas persetujuan pelajar sendiri;

(d) khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pelajar
tersebut bukanlah satu gangguan seksual tapi pernyataan kasih
sayang kepada seorang adik angkat yang telah dianggap sebagai
adik kandung sendiri. Pelajar turut membalas dengan perkara yang sama; dan

(e) tindakan pegawai dan isteri merapati pelajar tersebut adalah
bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada pelajar yang tidak
mempunyai keyakinan diri dan tidak pandai berkawan.


6. ULASAN KETUA JABATAN

Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan:

(a) pegawai telah diletakkan di bawah pengawasannya. Hasil daripada
pemerhatian yang dibuat, beliau mendapati pegawai berjaya
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pensyarah; dan

(b) Ketua Jabatan berpendapat hukuman yang bakal dikenakan ke atas
pegawai hendaklah diringankan memandangkan pegawai baru berkhidmat sebagai penjawat awam dan kini menyedari kesilapannya.


7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang kes pegawai,
memutuskan pegawai bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan
turun gaji’ sebanyak 3 pergerakan gaji bagi tempoh 36 bulan
mengikut peraturan 38(a) dan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Asas-asas pertimbangan keputusan:
(a) pegawai tidak menafikan pertuduhan; dan
(b) perbuatan pegawai melanggar Kod Etika Profesion Perguruan.




aminkanlah doa ini bersama2...
"Ya Allah... sekiranya benar mereka menyekat rezekiku .... sekiranya benar mereka menZALIMi & memFITNAH diriku... sekiranya benar mereka memisahkanku dengan ANAK-ANAKku & sekiranya benar mereka melukakan HATI ibu kandungku.... maka Kau HANCURkanlah & MUSNAHkanlah mereka dunia dan akhirat.... Tidak ku REDHA dan MAAFkan segala perbuatan keji dan hina mereka DUNIA & AKHIRAT.... Amin...."

Askar xde teloq!


Miracle in the Quran proving the cowards of Israel.


لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعاً إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاء جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ 
جَمِيعاً وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ