Selasa, 20 November 2012

Jangan sekat rezeki orang!!


Encik CCC adalah Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 yang bertugas di Kolej KH dan belum disahkan dalam perkhidmatan. Pegawai dilaporkan telah melakukan gangguan seksual ke atas seorang pelajar perempuan. 

Laporan tersebut antara lain menyebut bahawa pegawai mengajak pelajar dengan niat menonton filem Inggeris yang mengandungi unsur-unsur lucah sambil berbual mengenai kesan melakukan aktiviti seks bebas diikuti memeluk dan berbaring di atas riba pelajar. 

Pegawai juga menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelajar yang menyatakan rasa rindu dan sayang serta mengajak pelajar berjumpa dengannya. Ketua Jabatan telah mengambil tindakan dengan mengadakan perjumpaan dengan pegawai dan pegawai mengakui perbuatannya.


2. PENENTUAN KES

Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) (Pihak
Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain
buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran
tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa
pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan
hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah
peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.

Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran selaku pihak berkuasa tatatertib
yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.


3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa
Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja
atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2),
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
berpuas hati wujud kes prima facie.


4. PERTUDUHAN

Pegawai telah dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan iaitu:

Pertuduhan 1

Bahawa tuan, Encik CCC (KP: 000000-00-0000) Pegawai Pendidikan
Pengajian Tinggi Gred DH41, Kolej KH, Negeri S, telah pada tarikh 12 Mei
2004, antara jam 5:00 hingga 7:00 petang di rumah warden asrama
melakukan perbuatan bersifat gangguan seksual terhadap pelajar
bernama UUU (KP: 000000-00-0000) iaitu dengan mengajak pelajar
berkenaan menonton filem Inggeris yang mengandungi unsur-unsur lucah,
berbual mengenai kesan melakukan aktiviti seks, memeluk dan berbaring
di atas riba pelajar.

Perbuatan tuan ini telah diertikan sebagai melanggar Peraturan 4A(1)(a)
dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut:

“4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh –

(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau

(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.”

Perbuatan tuan itu juga boleh diertikan sebagai mencemar imej
perkhidmatan awam iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan
4(2)(d) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 yang menyatakan seperti berikut:

“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.”


Pertuduhan 2

Bahawa tuan, Encik CCC (KP: 000000-00-0000) Pegawai Pendidikan
Pengajian Tinggi Gred DH41, Kolej KH, Negeri S, pada 11, 12, 14, 15, 16
dan 17 Mei 2004 telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)
kepada UUU (KP: 000000-00-0000) yang mengandungi unsur-unsur
seksual dan lucah sehingga menimbulkan perasaan tidak selesa dan
terganggu pelajar tersebut.

Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai melanggar Peraturan 4A(1) dan
dibacakan bersama Peraturan 4A(2) iaitu seseorang pegawai tidak boleh
melakukan gangguan seksual terhadap orang lain yang menyatakan
seperti berikut:

“4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh –

(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau

(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

(2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu
perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain –

(a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain;

(b) tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat atau dalam waktu kerja selagi perbuatan memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.”

dan perbuatan tuan itu juga boleh diertikan sebagai mencemar imej
perkhidmatan awam iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan
4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 yang menyatakan seperti berikut:

“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.”


5. REPRESENTASI PEGAWAI

Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh
dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan
di bawah peraturan 37(2)(b) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut:

(a) pegawai hanya membawa pelajar tersebut keluar dengan ditemani
pihak ketiga;

(b) pegawai membawa pelajar ke rumah ketika isterinya berada di
rumah pada waktu hujung minggu untuk menonton televisyen kerana pelajar tersebut tidak suka menonton secara beramai-ramai di asrama;

(c) rancangan televisyen yang dikatakan mengandungi aksi lucah dibuka oleh isteri pegawai dan ianya dibuka atas persetujuan pelajar sendiri;

(d) khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pelajar
tersebut bukanlah satu gangguan seksual tapi pernyataan kasih
sayang kepada seorang adik angkat yang telah dianggap sebagai
adik kandung sendiri. Pelajar turut membalas dengan perkara yang sama; dan

(e) tindakan pegawai dan isteri merapati pelajar tersebut adalah
bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada pelajar yang tidak
mempunyai keyakinan diri dan tidak pandai berkawan.


6. ULASAN KETUA JABATAN

Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan:

(a) pegawai telah diletakkan di bawah pengawasannya. Hasil daripada
pemerhatian yang dibuat, beliau mendapati pegawai berjaya
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pensyarah; dan

(b) Ketua Jabatan berpendapat hukuman yang bakal dikenakan ke atas
pegawai hendaklah diringankan memandangkan pegawai baru berkhidmat sebagai penjawat awam dan kini menyedari kesilapannya.


7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang kes pegawai,
memutuskan pegawai bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan
turun gaji’ sebanyak 3 pergerakan gaji bagi tempoh 36 bulan
mengikut peraturan 38(a) dan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Asas-asas pertimbangan keputusan:
(a) pegawai tidak menafikan pertuduhan; dan
(b) perbuatan pegawai melanggar Kod Etika Profesion Perguruan.




aminkanlah doa ini bersama2...
"Ya Allah... sekiranya benar mereka menyekat rezekiku .... sekiranya benar mereka menZALIMi & memFITNAH diriku... sekiranya benar mereka memisahkanku dengan ANAK-ANAKku & sekiranya benar mereka melukakan HATI ibu kandungku.... maka Kau HANCURkanlah & MUSNAHkanlah mereka dunia dan akhirat.... Tidak ku REDHA dan MAAFkan segala perbuatan keji dan hina mereka DUNIA & AKHIRAT.... Amin...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan