Sunday, 18 November 2012

Sayang saudara palestin


Betul ka korang rasa kasihan dengan keadaan yang berlaku di Palestin? Serangan bertalu-talu puak Israelterhadap Gaza dan tebing barat? Betoi ka korang rasa sayang? Betoi ka korang rasa simpati dan sedih melihat nyawa bergelimpangan mati dibunuh tanpa pengadilan yang waras? Betoi ka korang sayangkan ISLAM ? Kalau betul....nie yang patut korang buat... 
  • Perbetulkan diri sendiri dulu... Kalau sebelum nie minum arak....BERHENTI! Kalau suka berjudi...BERHENTI! Kalau suka ke night club... BERHENTI! Kalau suka pegang-pegang bukan muhrim...BERHENTI! Itu perjuangan kecil kita...
  • Perkukuhkan iman di dada masing-masing.... solat 5 waktu jangan tinggal... puasa dengan ikhlas... zakat dibayar mengikut perkiraan syariah... hutang dilangsaikan sepenuhnya... dan menutup aurat dengan SEMPURNA (bukan separuh-separuh)
  • Perkuatkan diri dengan mengawal keinginan diri... Jangan membazir ketika bershopping... Jangan duk beli barangan produk ada kaitan dengan ISRAEL... Barang alternatif kan ada... Lagi murah dan lagi menyihatkan... Amalkan wasatiah dalam kehidupan...Jangan terikut dengan cara mewah sesetengah selebriti luar mahupun tanah air sendiri...
  • Banyakkan istighfar dalam diri... selawat ke atas nabi... dan bertahmid dan bertahlil... jadikan ia alunan melodi kehidupan menggantikan alunan K-POP dan lagu-lagu dakyah barat wal kafirun tu... Ini pun perjuangan fisabilillah jugak walaupun kecil....Suburkan kembali hati yang malap tu
  • Banyakkan alunan Al-Quran dan cubalah memahami maksud-maksudnya yang tersirat dan tersurat.... Banyakkan bacaan kitab suci...kurangkan bacaan majalah hiburan dan fesyen trendi yang menggalakkan unsur pembaziran dan membuka aurat... 
  • Bekerja lah dengan seikhlas-ikhlas nya...Kurangkan amalan curi tulang dan goyang kaki... Kurangnya kejayaan orang Islam adalah kerana ramainya golongan macam nie dalam institusi kita.. Jangan harapkan pujian...tapi harapkan keberkatan Allah.
  • Belajar untuk mencari ilmu...bukan untuk lulus exam semata-mata!  elajar biar kita dapat gunakan ilmu itu untuk kebaikan kita,agama dan masyarakat setempat... biar boleh menabur jasa..bukan menabur dosa!
Ini cadangan aku je...Nak suh pegi join berperang di Palestin...komfem ramai yang belum bersedia lagi..Sayangkan pekerjaan...sayangkan harta...sayangkan kesenangan yang dikecapi sekarang nie... Sebarkan doa-doa pun ok...tapi kalau diri sendiri pun masih tak betul... Takde guna jugak... So...perbetulkan diri sendiri... Kuatkan iman dan kurangkan kemaksiatan dalam kehidupan... Tak boleh nak berjihad secara bersemuka dengan ISRAEL....kita berjuang secara halus... Kurangkan keuntungan produk depa...kurangkan pengukuhan ekonomi depa... kurangkan kelebihan depa dari segi kehidupan di dunia nie.... Kurangkan "pengikut-pengikut ISRAEL" yang ada di dunia terutamanya di MALAYSIA... Mungkin kita juga masih lagi termasuk dalam kategori penyembah ISRAEL dalam tak sedar...

Cukuplah! Sedarlah! Jom reramai mengucap dua kalimah syahadah balik... Kita buang amalan maksiat..kita suburkan amalan sunah Nabi...suburkan kalimah suci... suburkan ajaran agama ISLAM yang murni... No ZINA! [Amalan hari kekasih, bersosial di malam merdeka, keluar berdua-duaan] No K-POP! [Dedah aurat sana-sini] No ISRAEL RELATED PRODUCT! [Walaupun dapat kurangkan satu sen..ia sangat berbaloi] Say NO kepada unsur-unsur khurafat [bomoh, amalan ramalan, dan sebagainya]... BOLEH KE TAK? Kalau tak boleh... korang SANGAT JAUH dan SANGAT SAYANGKAN ISRAEL.... Korang sebenarnya SOKONG ISRAEL....Jangan nak berlakon!! Itu bukti yang nyata..:)

Sambil-sambil tu...marilah kita dengar doa dari imam Mesir...Doa untuk kemusnahan musuh-musuh Islam ini... Semoga korang juga tersedar dari lamunan hiburan dan bisikan godaan dunia yang melalaikan nie, supaya jatidiri ISLAM tu kembali bangkit dalam sanubari masing-masing....Biarlah alunan memuji Allah pula mengisi masa dan ruang hard disk/ipad/smart phone masing-masing... Aminn...

Popout

Abaikan kesilapan dalam sedutan gambar dalam video...Sebab video nie dah lama... Masih belum tahu kebenaran sesetengah orang tu... Cuma hayatilah doa itu.... Dan cuba renung dalam diri... pernah ke kita berasa kasih sayang terhadap Palestin sedalam itu? Kenapa kita tak boleh nak berdoa sambil menitiskan air mata untuk rakya Palestin? Adakah sebab kita nie jenis susah nak menangis....atau kita ada SEMPADAN BANGSA?? Bukan ke depa tu muslimin muslimat macam kita? Kaaan.....:)

P/S: ISLAM bukan bangsa, bukan darjat harta, bukan warna kulit ataupun rupa, Tapi ISLAM untuk SEMUA! Bersatulah atas dasar ISLAM...

No comments:

Post a Comment