Isnin, 5 November 2012

rezeki kami di akhirat...


KUALA LUMPUR: Majikan di Malaysia cenderung memihak kepada pemohon kerja daripada kaum Cina berbanding dengan rakan Melayu mereka.

Demikian menurut satu kajian universiti baru-baru ini, yang menunjukkan bahawa diskriminasi kaum wujud dalam proses pengambilan pasaran buruh sektor swasta.
Dalam satu penyelidikan bersama, pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr Lee Hwok Aun, dan rakan penyelidikan, Dr Muhammed Abdul Khalid dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mendapati bahawa graduan baru Cina lebih berkemungkinan dipanggil temu duga pekerjaan berdasarkan ‘resume’ mereka berbanding dengan orang Melayu.
“Penemuan kami menunjukkan bahawa majikan secara umumnya lebih memihak kepada kaum Cina.
“Sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor keserasian dan kualiti tidak boleh dilihat, yang tidak didedahkan dalam permohonan pekerjaan dan mereka lebih selektif terhadap kaum Melayu, menyebabkan kurang pemohon berkelayakan mendapat panggilan balas,” kata kedua-duanya pensyarah dalam kertas penyelidikan mereka.
Kedua-dua ahli akademik itu berkata mereka telah menjalankan satu eksperimen dengan menghantar ‘resume’ graduan baru Melayu dan Cina kepada iklan pekerjaan sebenar.
Hasil penyelidikan yang dijalankan, mereka mendapati dengan kedua-dua graduan Melayu dan Cina menyenaraikan penguasaan bahasa Cina dan menyatakan mereka lulus dari universiti tertentu, ia akan meningkatkan peluang mereka dipanggil untuk ditemu duga.
Namun, majikan – terutamanya syarikat dikawal kaum Cina atau dikendalikan orang asing – lebih cenderung memilih pemohon Cina.

Kedua-dua penyelidik itu turut berpendapat bahawa diskriminasi kaum lebih ketara dalam pekerjaan kejuruteraan daripada perakaunan atau sektor kewangan.
Mereka juga mendapati bahawa dalam industri kejuruteraan, kaum Melayu hampir pasti ditolak oleh syarikat kawalan asing, diikuti oleh syarikat dikuasai Melayu dan akhir sekali firma dikawal Cina, lapor The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, mereka berkata data tidak menunjukkan secara langsung motif diskriminasi kaum dalam proses pengambilan pekerja berdasarkan eksperimen yang dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan