Selasa, 20 November 2012

Teruskan berdoa Qunut Nazilah! TAKBIR!

Namun dalam kekalutan jihad ini, para pejuang Palestin tetap tabah bertahan dan membalas balik tanpa tanda akan menyerah kalah atau menerima gencatan senjata seperti yang diidamkan zionis. Zionis hairan besar kali ini kerana kerajaan Gaza enggan berundur mahupun berunding. Lebih menakutkan lagi mereka sudahpun memberikan amaran dan bukti nyata yang mereka mampu tembak tepat ke Tel Aviv, ibukota Israel, yang tidak pernah dilakukan sejak sejak 20 tahun lalu. Malah roket mereka mencecah hingga ke Ramalah lebih jauh ke utara di Tebing Barat.

Roket pejuang Palestin dilancarkan ke wilayah yang diduduki zionis.Roket Briged Al-Qassam juga mensasarkan dengan tepat ke salah sebuah lapangan terbang antarabangsa di Israel sehingga terpaksa ditutup. Ekonomi Israel terjejas teruk. Industri perlancongan mereka tidak lagi mendapat perhatian. Dua lagi roket pejuang Palestin mengenai dengan tepat sebuah markas tentera Israel di Gaza Selatan berdekatan pintu Rafah di Mesir. Ini semua tidak pernah terjadi, dan berada di luar perkiraan zionis semasa mereka berkomplot untuk memerangi Palestin di Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan