Selasa, 6 November 2012

nak lawan lagi???

Sejak dulu hingga sekarang tah habis-habis kita bagaimana orang samada yang Islam atau yang bukan Islam memperkatakan tentang hukum hudud. Yang yang memuji, menyokong dan yakin akan keadilan hukum tersebut malahan ada juga yang mempertikai memperlekeh dan mersendakan syariat Allah itu tanpa rasa segan dan tanpa rasa berdosa (bagi yang menganut Islam) seandainya kenyataan itu boleh membuatkan mereka boleh jadi murtad. Alasan bodoh dan jahil yang sering mereka tonjolkan ialah masyarakat majmuk dan rakyat belum faham akan hukum tersebut.

Alasan masyarakat majmuk. Agaknya bila mereka boleh mempastikan bahawa negara kita tidak akan mempunyai masyarakat majmuk? Sehingga kiamat ke? Sedangkan manusia yang berbilang bangsa, kaum dan agama itu adalah ciptaan Allah dan apabila Kerajaan umat Islam melaksanakan syariat Allah maka akan terserlahlah akan keadilan yang dijanjikan Allah dan segala menafaat, kebaikan dan keadilan syaiat Allah itu akan dirasai oleh semua rakyat termasuk yang bukan Islam juga. Bukankah itu satu rahmat dan anugerah Allah yang tidak ternilai untuk kita? Tetapi mengapa sesuatu yang baik dari Allah itu kita tolak, hina dan persendakan pulak?

Alasan rakyat belum faham? Bilakah rakyat hendak faham sekiranya kerajaan sendiri yang menyekat rakyat dari diberikan kefahaman akan keadilan syariat Allah ini? Malahan ustaz atau tok guru yang menyampaikan kuliah yang berkaitan dengan hudud ini disekat dan difitnah serta dituduh mengajar bab politik dimasjid/surau, cuba menghasut rakyat supaya benci kepada kerajaan dan berbagai lagi sebagai alasan, tetapi yang sebenarnya kerajaan tidak mahu rakyat faham akan syariat Allah ini kerana jika faham semua umat islam akan menolak UMNO/BN kelak. 


Itu sebenar motifnya. Yang peliknya, kebanyakn undang-undang negara yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan tidak pula mereka bertanya kepada rakyat samda faham atau tidak undang-undang tersebut? Terutamanya jika undang-undang tersebut yang boleh membawa untung kepada kerajaan seperti melibatkan saman, denda dan sebagainya. Terus dilaksanakan tanpa dipedulikan samada rakyat faham ataupun rakyat mahu menerima atau tidak undang-undang teresebut secara paksa. 

Sedangkan tidak berdosa jika rakyat yang beragama Islam tidak mematuhi undang-undang yang mencekik darah mereka. Sama seperti kewajiban membayar cukai pendapatan. Tidak berdosa jika kita tidak bayar dan tidak akan dipersoalkan di akhirat nanti kerana jika cukai pendapatan ini wajib dalam Islam mengapa banyak negara umat Islam tidak ada pun bayaran cukai pendapatan ini kecuali pemerintah yang memang kerjanya menghirup darah rakyatnya saja? Dalam Quran dan hadis Nabi pun tidak disebut cukai pendapatan ini kecuali zakat sahaja untuk orang Islam.

Terlalu banyak undang-undang yang dibuat dengan tujuan untuk mengaut wang dari rakyat secara terancang dan paksaan. Yang lebih dahsyat, dibuatnya undang-undang dimana jika ada rakyat yang tak patuh akan diambil tindakan mahkamah pula. Sudahlah dipaksa, didakwa pula. Bukankah ini lebih jelas dan terang satu paksaan, penindasan dan zalim? Yang hudud belum pun dilaksanakan lagi sudah pun dikatakan zalim dan tidak adil. Inilah lidah Yahudi dan syaitan sebenarnya.

Selain dari itu mengapa kita hanya tertumpu akan pertikaian bab hukum hudud sahaja? Mengapa kini ramai kaum wanita yang mempertikaikan hukum poligami tidak pula kita ambil peduli? Bukankah hukum poligami ini datang dari Allah dan Rasul juga? Apakah golongan yang mempertikaikan hukum poligami ini dengan mengatakan sebagai zalim, tidak adil, menindas dan sebagainya itu tidak boleh menjejaskan aqidah juga? Bukankah hukum poligami ini adalah hak untuk kaum lelaki tetapi mengapa kaum wanita begitu sibuk memperkatakanya? 


Alasan suami tidak berlaku adil itu adalah alasan yang rapuh. Jika tidak adil, isteri seorang pun suami mungkin tidak berlaku adil juga. Jika suami tidak berlaku adil setelah berpoligami, mereka tidak akan terlepas dari azab Allah kelak dan siapa kita yang hendak mengambilalih hak Allah itu? Sedangkan isteri yang ikhlas membenarkan suami berpoligami kerana semata-mata taat dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul, sabar dengan ketidakadilan suami, redha adalah isteri yang solehah dan ganjaranya ialah syurga. Apakah isteri tidak mahu merebut peluang ini? 

Jika suami berlaku zalim seperti tidak lagi bagi nafkah zahir dan bathin, memukul, menyiksa membelasah setelah dapat bini muda, bukankah kita ada pejabat agama dan polis untuk meminta tolong bagi mendapatkan perlindungan? Seret dia ke mahkamah, biar dipenjara dan akhirat kelak siksa sedia menanti suami-suami itu. Serahkan pada Allah. Itu hak Allah untuk menghukum suami bukanya wanita/isteri sehingga mengeluarkan kata-kata yang membolehkan merosakan aqidah. Insaflah wahai para isteri. Yang berjibab labuh pun kini nampaknya begitu berani mempertikai hukum poligami ini. Puncanya ialah kerana penyakit hati.

Tamak, dengki, ego, sombong, riak, ujub dan berbagai lagi. Bukankah sifat-sifat ini boleh membatalkan segala pahala amalan kita? Sifat-sifat begini bukan untuk ahli syurga. Kembalilah kepangkal jalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan