Jumaat, 9 November 2012

Lawak ke der?


Rasa lawak ada, rasa kesian pun ada bila kami lihat surat khabar di Malaysia ni selalu kena bodoh-bodoh dengan pihak lain. Hari ini KOSMO menyiarkan satu berita berkenaan hantu yang dijumpai seorang jururawat. Memang sangat tak masuk akal dan mengarut untuk dijadikan bahan berita. Berikut adalah berita penuh seperti yang dilaporkan.
Jururawat rakam imej hantu


IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swasta
di Melaka baru-baru ini.


MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.
Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar. – Sumber
Dan berikut adalah screenshot’nya.

Sebelum anda mula rasa seram dengan cerita hantu di hadapan sebuah lif hospital swasta ni, kami akan tunjukkan dua gambar yang baru sahaja kami ambil sebentar tadi.


Ini gambar yang baru kami ambil khas sebentar tadi untuk artikel ini. Kami harap dua gambar ini pun esok akan masuk surat khabar.

Kepada KOSMO, tahukah anda tentang apps untuk Android dan iOS yang diberinama Camera 360 Ultimate? Kami pasti ini pertama kali anda dengar tentangnya. Apa yang pasti, kami rasa jururawat di hospital swasta tu tengah gelak berguling-guling sebab mampu memperdaya sebuah syarikat akhbar dengan begitu mudah dan memalukan.

Lihat respon pembaca di Oh! Media.

OHTIDAK: DARI GAMBAR YANG DIPAPARKAN KOSMO PUN, NAMPAK SANGAT MENIPU PENAMPAKAN HANTU PUNYA CENTER IKUT LENS CAMERA. LAGI NAK MASUKKAN DALAM PAPER SURUH ORANG BACA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan