Ahad, 11 November 2012

R I B A


Artikel ini adalah terjemahan dari buku karangan Sheikh Imran yang bertajuk Prohibition of Riba in The Quran and Sunnah yang sedang saya terjemahkan. Bab yang baru saya terjemahkan ini amat menarik dan saya mahu berkongsi disini dengan rakan-rakan. Insyaallah apabila selesai terjemahan keseluruhan, ebooknya akan saya muat-naikkan di laman SD ini.


FAEDAH BANK DAN RIBA - BEBERAPA PENDAPAT YANG BERCANGGAH


Shaikh Muhammad al-Ghazzali (rahimahullah), sarjanaIslam Mesir yang dihormati yang mana telah melawat New York sebelum kematiannya, telah memutuskan bahawa faedah bank adalah tidak riba kerana bank-bank melaburkan wang mereka dan membayar faedah daripada keuntungan dari pelaburan-pelaburan mereka. Oleh itu beliau telah menyamakan faedah bank dengan dividen yang dibayar kepada pemegang-pemegang saham syarikat. Sebenarnya bank-bank adalah institusi kewangan yang meminjamkan wang dengan faedah. Mereka tidaklah selalunya melaburkan wang. Prinsipal didalam pelaburan adalah pelabur akan menerima sebahagian dari keuntungan, jika perniagaan tersebut mendapat keuntungan, akan tetapi mereka juga akan berkongsi jika berlaku kerugian. Apa yang bank lakukan adalah meminjam wang dari penyimpan dengan kadar faedah yang rendah dan kemudian meminjamkannya kepada pihak lain pada kadar faedah yang lebih tinggi. Perbezaan antara apa yang dipinjam oleh bank dan faedah pinjaman tersebut akan dikira oleh pihak bank sebagai keuntungan mereka. Adakalanya, walaupun amat jarang sekali, pihak bank terpaksa membayar faedah yang lebih tinggi kepada penyimpan-penyimpan berbanding dengan pinjaman yang diberikan oleh pihak bank. Ini adalah salah satu sebab mengapa adakalanya bank-bank terpaksa ditutup.


Keputusan yang telah dibuat oleh Shaikh Ghazzali, mungkin, adalah dengan pemahaman yang salah didalam caramana bank-bank beroperasi. Jika pihak bank melaburkan wang mereka dan bukannya meminjamkannya, pasti ianya mempunyai kesan yang amat besar kepada pasaran. Harga-harga akan turun dengan serta merta. Sebabnya mengapa bank-bank tidak mahu melaburkan wang mereka adalah kerana pelaburan adalah satu bentuk perniagaan, dan seperti apa jua bentuk perniagaan, ianya melibatkan risiko. Risiko pula membuka kemungkinan untuk mengalami kerugian. 


Mufti Mesir yang telah dilantik oleh pihak kerajaan, Shaikh Tantawi, yang mana sekarang ini telah dilantik oleh kerajaan Mesir sebagai Shaikh al-Azhar, juga mempunyai pandangan yang sama bahawa faedah bank bukanlah riba. Beliau telah memberikan fatwa sepertimana telah tersiar didalam surat khabar Mesir, Al-Ahram, pada 8 September, 1989, telah mengishtiharkan bahawa ianya adalah halal, dibawah hukum-hukum Islam, faedah keatas simpanan-simpanan dan juga pada sijil-sijil deposit yang telah dikeluarkan oleh pihak bank. Ianya dikenali di Mesir sebagai sijil-sijil pelaburan. Pelaburan sebegitu mungkin mempunyai kadar keuntungan yang berbeza, akan tetapi oleh kerana ianya adalah imun atau terselamat dari kerugian yang mana merupakan pelaburan tanpa risiko, maka oleh itu ianya juga adalah riba.


NABI - WANG PALSU - INFLASI DAN RIBA

Terdapat mereka-mereka yang kononnya digelar sarjana Islam yang berpegang dengan pendirian yang agak luar biasa bahawa 'faedah bank' itu dibolehkan kerana ia dapat menampung kerugian yang dialami disebabkan oleh inflasi. Ini jelas palsu! Pertamanya 'faedah' atau riba itu sendiri adalah punca kepada sumpahan kepada ekonomi moden yang dipanggil inflasi. Inflasi adalah makhluk ciptaan ekonomi moden yang berlandas faedah. Ianya tidak wujud sebelum munculnya kapitalisme moden yang berlandaskan riba.

Keduanyafaedah memberikan kesan yang lebih lagi dari sekadar menampung inflasi yang dijangkakan. Bank-bank memang menjangkakan inflasi tetapi masih beroperasi untuk mendapatkan keuntungan. Bank-bank juga dengan dibantu oleh institusi-institusi seperti Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Bank di Amerika Syarikat dan juga Bank Negara dinegara-negara lain) yang mana akan masuk campur untuk memastikan inflasi tidak akan merosakkan industri perbankan itu sendiri. Sebenarnya bank-bank membuat lebih banyak keuntungan berbanding perniagaan yang lain. Dan mereka mendapatkan kebanyakan pendapatan mereka dari pembayaran faedah yang dibuat oleh peminjam-peminjam pinjaman jangka panjang. Falsafah ekonomi yang membenarkan ini adalah falsafah yang berpendapat bahawa wang itu sendiri mesti mempunyai harga. Oleh sebab itu wang boleh, dengan sendirinya tanpa sebarang usaha atau penat lelah manusia, boleh menjanakan wang yang lain pula. Al Qur'an telah memberikan falsafah ekonomi yang amat berbeza yang mana menyatakan bahawa ganjaran (ekonomi dan sebaliknya) senantiasa berkait dengan usaha dan penat lelah manusia:

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.
(Al Qur'an: al-Najm:- 53:39)
Ketiganya, inflasi berkait secara langsung kepada bekalan wang didalam ekonomi, dan juga kepada permintaan barangan dan perkhidmatan. Yang mana sebelum ini ianya Allah SW Yang telah menentukan rizq (bekalan wang) dan Yang memberikan wang yang sebenar sebagai penyimpan nilai (iaitu dinar emas, dirham perak, gandum, barli, kurma, malah garam dll.), didalam ekonomi moden berlandaskan riba, ianya pihak bank dan kerajaan yang menentukan bekalan wang. Mereka telah berjaya melakukannya dengn cara mensekularkan wang melalui penciptaan wang palsu didalam bentuk wang kertas yang tidak boleh ditukarkan dengan wang yang sebenar, dan kemudiannya meyakinkan umat manusia yang jahil untuk menerima wang palsu itu sebagai penyimpan nilai yang boleh diterima. Ini adalah tipu muslihat. Ianya gharar. Ianya riba!


Tetapi mereka sekarang telah terperangkap dengan makhluk yang mereka sendiri ciptakan. Mereka telah mencuba untuk melakukan kerja terbaik sebagai pembekal wang berbanding yang dilakukan sendiri oleh Allah SW (dan kami meminta perlindungan daripada Allah SW daripadanya).

Jika wang boleh dicipta oleh kerajaan (sebagai contohnya) maka jumlah wang yang dicipta secara palsu ini boleh dikawal didalam ekonomi, malah ianya mesti dikawal. Amat jarang ianya, mungkin tidak pernah ianya dikawal pada hari ini sebagai mana ianya sepatutnya dikawal. Disitulah terletaknya permulaan kepada sumpahan inflasi. Milton Friedman, ahli kewangan ekonomi, bersetuju:



Ianya mengikut... Inflasi itu senantisa dan dimana sahaja didalam fenomena kewangan dalam ertikata ianya adalah dan boleh dihasilkan hanya dengan penambahan dengan pantasnya jumlah wang berbanding jumlah yang keluar.

Bukan sahaja dollar Amerika tidak lagi mempunyai nilai tertentu kepadanya, ia telah dicetak dengan terlalu banyak hinggakan ianya sekarang bergantung sepenuhnya kepada permintaan luar biasa akan matawang tersebut (dari negara lain) untuk mengelakkan ianya jatuh dalam bentuk inflasi.

Thomas Jefferson, seorang pemimpin Amerika, sarjana dan yang berwawasan, telah mengutuk bank-bank pada tahun 1816 kerana melakukan apa yang kerajaan Amerika telah lakukan sekarang ini:


Saya dengan ikhlasnya percaya... bahawa institusi perbankan adalah lebih merbahaya dari barisan tentera-tentera; dan prinsipal menggunakan wang yang mana perlu dibayar oleh generasi akan datang itu, dibawah nama pembiayaan, adalah penipuan masa depan pada skala yang besar.


Beliau telah meminta nilai tertentu diberikan kepada dollar. Beliau telah melakukannya didalam debat mengenai fungsi sepatutnya kerajaan Amerika dari segi kewangan:

Jika kita menentukan bahawa dollar akan menjadi unit (matawang) kita, kita perlulah menyatakan dengan tepat apakah dollar itu.

Sehinggalah ke tahun 1920an kerajaan Amerika telah menghormati desakan untuk menetapkan nilai matawang dollar tersebut. Wang kertas didalam bentuk sijil-sijil emas menyatakan:

Sijil ini mengesahkan bahawa terdapat simpanan didalam Perbendaharaan Amerika Syarikat (Treasury of United States) dua puluh dollar didalam bentuk syiling emas yang boleh dibayar kepada pembawa atas permintaan.




Sesiapa sahaja boleh pergi ke bank dan menebus wang kertas dengan wang yang sebenar dalam bentuk syiling emas. Kemudiannya inskripsi ini telah ditukar. Ianya menyatakan:


Boleh ditebus dengan wang yang sah di Perbendaharaan Amerika Syarikat, atau di mana-mana Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Bank).



Inskripsi baru itu adalah untuk mengurangkan hak pemegang matawang kertas untuk bebas menukarkannya kepada emas dengan tukaran yang tertentu. Pada hari ini pada matawang Amerika itu tertulis:


Wang ini sah diperlakukan untuk semua hutang-hutang, awam dan juga persendirian.


Ianya mungkin sah, tetapi ianya teramat tidak bermoral, kerana ia tidak boleh ditebus dengan nilai yang sebenar (iaitu emas atau perak dll.). Tiada bank, termasuklah Perbendaharaan Amerika Syarikat atau Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve) sekalipun yang akan menebus dollar Amerika dengan emas. Jika wang kertas dollar itu mempunyai nilai sebenar, ianya terletak didalam kertas itu sendiri. Akibatnya, terletaknya nilai itu adalah dengan apa yang dikehendaki oleh pasaran itu sendiri. Ini adalah tipu daya. Ini adalah salah. Ianya penipuan! Ianya adalah riba!

(Komen Helmis - Ianya tiada beza dengan wang ringgit yang kita gunakan dari awal pengeluarannya hingga ke hari ini)

Wang palsu samada kertas, plastik ataupun elektronik (iaitu wang fiat) tidak dapat dielakkan dari ketidakstabilan kerana, sebagai contohnya, ianya amat terdedah kepada spekulasi. Komuniti Eropah telah mengambil langkah yang berani untuk cuba mewujudkan satu matawang utama untuk keseluruhan komuniti. Jika ini berjaya, akan membentuk langkah kearah yang betul. Dan ia akan memberi pengajaran kepada umat Islam yang menyatakan bahawa mereka pengikut Nabi SAW. Ia akan membentuk asas kepada peringkat kedua yang mana satu matawang yang boleh ditukarkan kepada emas itu dikembalikan. Eropah tidak berjaya, dan mungkin tidak akan berjaya, kerana kuasa transaksi spekulasi didalam dunia pasaran matawang sekarang ini telah melebihi kuasa kerajaan-kerajaan untuk menghentikannya.

Oleh kerana itu, inflasi dan spekulasi, yang mana dengan hebatnya telah memenjarakan umar manusia, adalah makhluk dari dosa-dosa kita sendiri yang telah meninggalkan matawang yang dicipta oleh Allah SW itu sendiri. Hanya matawang itu sahaja (yang telah diciptakan oleh Allah SW) yang terlindung atau imun dari ketidakstabilan. Oleh itu hujah yang menyatakan kredit ekonomi moden dibolehkan kerana ia dapat menampung kerugian yang disebabkan oleh inflasi hanya telah menunjukkan betapa bahayanya pemahaman yang cetek mengenai perkara tersebut.

Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam jahil yang menggunakan hujah inflasi untuk membolehkan riba adalah untuk mengira nilai, dalam bentuk nilai emas, jumlah yang dipinjamkan dari bank, dan kemudian mengira jumlah yang sama, dalam bentuk nilai emas, jumlah yang perlu dibayar balik kepada bank. Jika terdapat perbezaan diantara keduanya yang mana jumlah yang perlu dibayar melebihi jumlah yang telah dipinjam, maka itu adalah bukti riba yang mana dilarang oleh Islam.

Kita juga perlu memerhaikan bahawa apabila Nabi SAW memerintahkan emas dengan emas dan jumlah yang sama dengan jumlah yang sama, implikasinya adalah pemberi pinjaman yang memberikan pinjaman 100 dinar emas pada tahun 1989 berhak mendapatkan kembali, pada tahun 1994, tidak lebih dari jumlah yang sama 100 dinar emas (iaitu jumlah emas yang sama) dari peminjam. Akan tetapi nilai 100 dinar emas yang dipinjamkan itu mungkin berubah pada tahun 1994, sebagai contohnya dengan jumlah gandum yang boleh dibeli dengannya. Harga gandum mungkin naik pada tahun 1994 kerana kekurangan gandum dipasaran. Jumlah 100 dinar emas yang sama itu tidak lagi boleh membeli jumlah gandum yang sama pada tahun 1994 sebagaimana jumlah yang telah dibeli pada tahun 1989. Disebalik itu, hukumnya tetap sama: 'emas untuk emas - jumlah yang sama dengan jumlah yang sama'! Akhir sekali ianya masa untuk kita memahami bahawa inflasi itu sendiri adalah satu bentuk riba. Malah ia sebenarnya adalah riba yang beransur-ansur merompak kekayaan kita tanpa diri kita sendiri menyedari yang kita sebenarnya kita telah dirompak. Mereka 'yang bijak' didlam ekonomi, yang pandai menggunakan sistem itu sendiri untuk kepentingan mereka, mendapat keuntungan yang banyak, melalui inflasi, dengan harga yang terpaksa dibayar oleh golongan jahil yang telah dihisap darahnya, yang mana senantiasa bekerja keras akan tetapi mendapat pulangan yang semakin lama semakin sedikit apabila wang kertas palsu ini berterusan hilang akan nilainya.

Ianya adalah perkara yang teramat kritikal pentingya yang mana umat islam perlu berhati-hati mempelajari ramalan Nabi SAW yang mana baginda telah meramalkan kejatuhan akan wang palsu sekular (iaitu wang kertas, plastik dan wang elektronik, dll.)

Abu Bakr bin Abu Maryam telah melapurkan bahawa dia mendengar Pesuruh Allah bersabda: Masanya akan tima keatas umat manusia dalamana tiada apa lagi (yang tinggal) yang boleh digunakan (atau memberi manafaat) simpanlah dinar dan dirham (syiling emas dan perak).
(Ahmad)

----------------------------------------------------------------------------------

Segala rujukan untuk artikel ini boleh dirujuk didalam buku asal karangan Sheikh Imran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan