Isnin, 21 Januari 2013

Top


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah menarik yang boleh dikongsikan bersama, kisah di mana seorang jutawan muda di Thailand yang pernah gagal dalam pelajarannya tetapi dengan usaha tanpa jemu akhirnya ia berjaya menjadi seorang jutawan muda pada usia 26 tahun..
Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.
Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.
Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.
Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Baht dan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.
Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.
Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.
Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.
Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.
Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.
Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.
Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.
Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.
Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.
Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebut membatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.
Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.
Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.
Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.
Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.
Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.
Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.
Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.
Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand.

mitos


1. Tidak ada graviti di luar angkasa
Sebenarnya terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat. Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit (Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%.  

2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali
Petir boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali setahun.

3. Meteor menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera
Ketika sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di daratan - dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk membakar lapisan terluarnya.

4. Syiling yang dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah
Mitos ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi (seperti Empire State Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya - tentunya mereka selamat dari kejadian tersebut.

5. Terdapat sisi yang sentiasa gelap di bulan
Sebenarnya, setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu. Salah faham ini muncul kerana 'sisi tergelap' bulan tidak pernah kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.

6. Makanan yang jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat
Fakta ini tidak masuk akal. Jika terdapat kuman dilantai dan makanan mendarat di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka membantu kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat.

7. Badan manusia berkecai jika diletakkan di ruang angkasa
Mitos ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia dapat bertahan 15 - 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan nafas sebelum terpapar tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana kehabisan nafas.

Khamis, 17 Januari 2013

PHD

Grafik dibawah memberikan anda gambaran jelas apakah maksud kedua-dua terma diatas dengan gaya yang cukup menarik


Bunkering

Bunkering ialah teknik mencuri minyak mentah di Nigeria dimana paip minyak dipecahkan dan minyak yang tumpah kemudian dikutip sebelum di proses oleh pencuri. Kegiatan Bunkering dikatakan menyebabkan 1/5 dari hasil minyak Nigeria jatuh ke tangan pengusaha loji pemproses haram. Bunkering adalah salah disisi undang-undang tetapi ianya gagal dibendung kerana sudah berleluasa selama bertahun lamanya. Pengusaha loji pemproses haram dapat mengaut keuntungan USD60 (RM180) sehari.





Den dang


Tengah nak isi minyak tadi tetiba pulak petronas ni xde karen...
Jadi masa tengah tgu tu sbb duit dah bayar.. x kan aku nk blah.. nampak Ada 1 fmly ni dtg dgn motor naik berlima... Mcm nk berguling aku tgk orang motor naik 5 orang... Sedih ada.. Nk ketawa pn ade... Jadi sementara menunggu tu... fmly ni parking pam sebelah aku...

Aku tegur.. Bang... Bahaya ni bang naik sampai 5 orang.. Boleh kena saman ni... (Sambil aku tgk dpn belakang) abang tu senyum je... Dia turun motor.. Alah Dik kalau memang nk kena x boleh nk buat ape... Ni baru 3 orang anak abg.. Ade lagi 3 lagi kat rumah tu... Kenapa x naik kereta bang? (Sambil aku tgk ank dia) kereta? Abg kerja pun masih x cukup jugak dik... Ko tau la sekarang barang mahal... Mana mau nk pakai kereta?..Ni hah (tunjuk roadtax dia) pun dah setahun mati...

Oooo x keje ke ari ni bang? keje.. tapi cuti... Abg keje masuk pkul 8... Balik dah dekat magrib... Org lain bila abg ckp mcm ni.. Diaorang kata cari keje sambilan... Abg bukan x nak keje sambilan..
(Sambil seluk poket dia)Tapi abg keje kat kilang tu pn dah penat.. Balik dah magrib.. Kalau abg keje sambung lagi sampai malam.. Bila nya abg nk rehat
( sambil bagi duit kt anak dia suruh bayar minyak )

Kalau org rumah abg keje jugak.. Tu hah
(muncung kan mulut kat anak dia yang baby) sape nk jaga?
Aku senyum... (Dalam hati jadi sayu Pulak) Abang duduk mana? Kesang pajak area surau kat selekoh tu (tgn dia tunjuk) oooo

Abg duk rumah sape sana? Sewa dik... Sebulan bape? 300...
Boleh la.. Sekarang mana dapat rumah harga tu
(sambil dia usap2 kepala anak dia) anak abg sorang darjah 5.. Sorang darjah 4 dua lagi tadika.. 

Abg keje mana? (Aku pegang handle motor dia) kat gaint belakang melaka sentral tu ada kilang kan.. Kilang abg depan sekali.. Kalau ko masuk dari melaka sentral yg memula.. Gaji berapa tu bang?
(Aku muka serba salah sbb bnyk tya) campur ot pn baru dpt 1200...

Banyak jugak kan.. Alah dik.. Ko kalau bujang memang la rasa banyak... Nanti ko dah ade anak rasa la ko mcm mana... Mana susu.. Mana lampin... Belanja sekolah.. Dapur.. Api pon ko tau la mahal sekarang.. Tu x masuk anak sakit lagi... (Aku tunduk tgk kasut)

Bila pam dah ok.. Satel isi minyak.. Aku masuk dalam kedai tu beli dua roti dengan mainan dingdang bagi kat anak abang tu.. Eh2 apa ni dik.. Xpyh la... Susah2 je... ( aku senyum ) alah xpe bang... Bukan selalu..
Ok la abg jalan dulu... Sambil bergoyang2 motor dia sebab berat sangat kot...

Masa ni la aku terpikir.. Keamanan sesebuah negara bukan terletak pada keharmonian.. Atau betapa kita boleh kesana sini dengan aman tanpa ganguan kuminis..

Tapi keamanan sebenar seharusnya kita lihat pada skop yang lebih luas