Khamis, 21 Februari 2013

Tangga umah

Rumahtangga yang dibina oleh generasi muda hari ini banyak yang tidak berasaskan realiti dan dibangunkan atas dasar impian dan fantasi yang tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Sehingga apabila mereka bernikah masing-masing merasa kecewa kerana pasangan atau perkahwinan TIDAK SEINDAH YANG DISANGKAKAN.

Si lelaki berasa kecewa kerana isterinya tidak menjadi seperti bidadari yang dia selalu gambarkan. Masak tak pandai, layan atas katil macam tunggul, kulit yg disangka gebu ada kurap. Manakala si isteri pula mengadu bahawa suaminya tidak tahajjud tiap-tiap malam, tak membisikkan kata-kata cinta macam dalam filem dan novel serta tidak lembut dan peyayang seperti yang disangkakan.

Kegagalan mengurus 'Expectation' yang berbeza boleh mengundang kepada pergaduhan dan perceraian. Jasa novel-novel cinta yang khayalan, drama dan filem cinta karut, ustazah novelis yang tak praktikel banyak menyumbang kepada masalah ini.

Selain itu sikap tidak sabar dan pentingkan diri amat menebal dikalangan pasangan muda apabila masing-masing berkahwin dengan 'cara fikir' yang salah iaitu 'Apa yang aku akan dapat dari perkahwinan ini' sedangkan sepatutnya yang dipegang ialah 'Apa yang akan aku sumbang dan manfaatkan dengan perkahwinan ini'.

Mereka yg kahwin utk keseronokan selalu menderita dan yg kahwin utk bahagia selalu kecewa. Hanya yg kahwin utk menyumbang selalu berjaya

Rabu, 20 Februari 2013

Runtuh

Kejadian Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu yang runtuh sebahagiannya pada tahun 2009 masih segar difikiran rakyat Malaysia. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, mesti ingat tentang kes ni dulu bagaimana ianya dijadikan bahan ketawa rakyat Malaysia. Baca artikel kami bertajuk Oh! Stadium Sultan Mizan Runtuh.
ultraman
Apapun tiada ribut dan angin tengahari tadi, stadium yang sedang sibuk dibaik-pulih ini telah runtuh sekali lagi malah dikhabarkan 4 orang tercedera dan ada yang maut menurut beberapa laporan dari mereka yang menjadi saksi kejadian.
ohtidak-stadium-gong-badak-runtuh-3

ohtidak-stadium-gong-badak-runtuh-5
ohtidak-stadium-gong-badak-runtuh-4
ohtidak-stadium-gong-badak-runtuh-1
ohtidak-stadium-gong-badak-runtuh-2
Bagaimana perkara ini berulang kembali? Sejauh manakah kreadibiliti kontraktor yang diambil dan sejauh manakah faktor keselamatan yang ada pada stadium ini? Wallahualam. Pihak berkuasa perlu lakukan sesuatu.

Selasa, 19 Februari 2013

Nabi Adam AS

Pernahkah kita terfikir bagaimana besar saiz tubuh nabi-nabi yang diciptakan oleh Allah S.W.T pada zaman yang terdahulu?

“Allah menciptakan Adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ (HR.Bukhari)

Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.

Baju Nabi Adam A.S. Setinggi 29 meter

Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S.

Tempoh menjahit 18 hari. Tinggi 29 meter dan lebar 9 meter.

Kaabah

Popout

(SURAH AL-BAQARAH AYAT 150)
Terjemahan

“Dan dari mana sahaja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.”

Tafsiran ayat ini masih lagi berkisar mengenai pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Menurut kitab Tafsir al-Azhar, pangkal ayat ini adalah perintah khusus bagi Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian dijelaskan sekali lagi kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. supaya berpegang teguh dengan arah kiblat ini di mana sahaja mereka berada.
  
Jangan diubah-ubah lagi dan ia juga tidak akan berubah selama-lamanya. Sama ada berada di tengah lautan, di puncak gunung ataupun di tengah gurun; carilah arah kiblat dan solatlah menghadap ke sana.

Hal ini kerana penetapan kiblat itu sudah pasti diterima oleh manusia yang menjunjung tinggi kebenaran dan kesempurnaan agama.

Rumah Allah yang pertama didirikan ialah Kaabah di Masjidil Haram, tempat seluruh umat Islam dari setiap pelosok dunia berkumpul setiap tahun untuk mengerjakan haji di dalam melaksanakan wasiat nenek moyang kita iaitu Nabi Ibrahim a.s.

Pendek kata, tiada bantahan dan sanggahan daripada orang-orang yang berfikiran sihat tentang penetapan arah kiblat itu.

Lain pula halnya dengan orang-orang yang zalim, kafir, bodoh dan berfikiran sempit. Mereka sentiasa membantah seperti kata kaum Yahudi: “Muhammad memutar kiblatnya ke Kaabah, padahal di sana berderet 360 buah berhala yang selalu dicela-celanya itu. Rupanya dia akan kembali kepada agama nenek moyang orang Quraisy.”

Manakala kaum Musyrikin pula berkata: “Dialihnya kiblat ke Kaabah kerana dia hendak menarik-narik kita atau telah insaf atas kesalahannya.” Orang munafik di Madinah turut berkata: “Memang pendiriannya tidak tetap. Sekejap begini, sekejap begitu.”

Allah s.w.t. berfirman supaya jangan dipedulikan kata-kata itu dan jangan takut dengan serangan-serangan yang sedemikian. Tetapi takutlah hanya kepada Allah dan perintah Allah sahaja yang perlu dilaksanakan.

Di akhir ayat ini, Allah s.w.t. membayangkan janji-Nya bahawa nikmat kiblat itu akan disempurnakan-Nya. Nikmat pertama ialah peralihan kiblat walaupun di Kaabah waktu itu masih ada berhala. Tetapi Allah s.w.t. berjanji lagi bahawa negeri itu (Mekah) akan berada di tangan umat Islam di mana pada masa itu Kaabah akan dibersihkan daripada berhala dan akan tetap buat selama-lamanya menjadi lambang kesatuan arah untuk semua umat Islam di dunia.

Menurut sejarahnya, pada tahun ke lapan hijrah Mekah telah di takluk oleh umat Islam dan segala berhala telah dirobohkan dan dibuang dari Kaabah dan seluruh Masjidil Haram, juga di seluruh Tanah Hijaz dan tegaklah agama Allah dengan jayanya.
Popout 
Sebab-sebab turun ayat

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber daripada As-Suddi melalui sanad-sanadnya, dikemukakan bahawa turunnya ayat 150 Surah al-Baqarah ini berkenaan dengan peristiwa ini. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata: “Muhammad dibingungkan oleh agamanya. Dia memindahkan arah kiblatnya ke arah kiblat kita. Dia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar dari jalannya, dan dia sudah hampir masuk agama kita.”

Pengajaran

1. Kita sebagai hamba Allah yang beriman seharusnya redha dengan kewajipan yang disuruh oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dengan taat tanpa sebarang alasan, walaupun kewajipan itu akan menyebabkan kita menderita di dunia.

Ini kerana Allah s.w.t. telah berjanji bahawa kemenangan bagi orang-orang yang menjunjung perintah-Nya dan di akhirat nanti akan dibalas dengan syurga.

2. Berdosa besar bagi sesiapa yang mengubah-ubah perintah Allah, apalagi sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu penutup segala nabi-nabi, dan sesudah Allah s.w.t. berfirman bahawa telah disempurnakan agama dan dicukupkan nikmat kepada seluruh umat manusia.

3. Orang-orang kafir sentiasa berusaha untuk menentang agama Islam dengan mencari berbagai-bagai helah dan tipu daya untuk mengelirukan umat Islam. Oleh itu, berwaspadalah dengan mereka walau sebaik mana pun diri mereka, dan berusahalah untuk meningkatkan keimanan dan yakinlah dengan janji Allah.

Isnin, 18 Februari 2013

Turbo Minda

EGO TURBO MINDA

Pelbagai persoalan bermain di minda tatkala diri pernah dilabelkan sebagai seorang yang ego. Apa yang saya faham, ego itu merupakan sifat pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekeliling kita. Namun, terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ego itu perlu ada dalam diri seseorang itu. 

Ego sebenarnya adalah satu sikap dimana tidak mahu mengalah, keras kepala, degil, melindungi diri, tidak kenal erti putus asa serta mementingkan diri sendiri. Ego memang penting untuk meningkatkan self-esteem. Self-Esteem yang melampau menjadikan orang itu ego sehingga tidak kena pada tempatnya. 

Ego boleh juga dikatakan sebuah alat turbo bagi minda kita , ego adalah sebahagian atau naluri minda kita. Ego sebenarnya sahabat kita dan bukannya musuh kita , ia sentiasa akan cuba untuk membantu kita. Apabila ujudnya sesebuah cita-cita atau kehendak  dalam hati kita , otak kita akan serahkan kerja ini kepada minda kita. Minda akan mencari jalan untuk menunaikan kehendak kita dan ego akan membantu dan memastikan kehendak kita tercapai.
 
Ego menjadi musuh kita apabila dia memberikan apa yang kita inginkan pada masa dan dengan cara yang salah . Ego hanya akan berfungsi dengan betul jika diberi arahan dengan betul dan lengkap. Ia tidak dapat membezakan yang baik dan buruk , asal dapat arahan dari kita ia akan mula cari jalan untuk mendapatkan apa yang diingini dan ia akan mengingatkan kita selalu tentang perkara tersebut  supaya kita tidak lupa atau tarik diri.
 
Ego selalunya tidak suka kegagalan dan ia akan berjuang kemati-matian untuk menunaikan kehendak kita.

Contohnya :
Katakanlah kita ingin sangat untuk membaca  sebuah buku , tetapi Kita tak dapat cari buku tersebut , apa bila cari dikedai buku , bukunya habis. Kawan-kawan kita pula tiada siapa yang ada buku tersebut . Lama-kelamaan kita lupa tentang buku tersebut . Selepas beberapa lama kita dapat pula buku tersebut . Sama ada , ada orang hadiakan kita buku tersebut atau kita terjumpa buku tersebut dirumah kawan atau pustakaan atau dimana-mana sahaja .
 
Bagaimana kita dapat buku tersebut tanpa sebarang usaha ?
Sebenarnya otak kita sudah lupa tentang buku tersebut tetapi minda dan ego kita tetap akan cari jalan untuk dapatkan buku tersebut , kita pasti akan dapatkan apa yang diingini walaupun ia mengambil masa yang lama, Jika diberi arahan yang betul.
 
Jika ingin dapatkan yang diingini atau jika anda ingin menunaikan cita-cita anda dengan tepat dan cepat  berikanlah arahan yang betul ; dan pastikan anda tahu dan faham kenapa anda perlukan barang atau kenapa anda ingin menyatakan cita-cita tersebut.
 
Ego ini perlu sebagai satu bentuk keyakinan iaitu yakin terhadap diri sendiri dan dalam membuat keputusan. Tetapi janganlah berlebihan kerana jika berlebihan ia umpama menyerlahkan kebodohan kita kepada orang ramai.

Usah biarkan ego mengawal diri kita, sebaliknya kitalah yang perlu mengawal ego tersebut.