Rabu, 19 Jun 2013

Warga Pendidik

SAYA terpanggil untuk memberikan reaksi terhadap laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia Rabu 5 Jun, 2013 yang mendedahkan bahawa siswazah Melayu didiskriminasi.

Umum memang amat maklum terhadap fenomena tersebut di mana syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan siswazah kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.

Saya juga amat bersyukur kerana pihak kerajaan memandang serius akan hal tersebut. Harapan seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu agar perkara tersebut dapat ditangani dengan penuh hemah dan kebijaksanaan yang tinggi di bawah kepimpinan kerajaan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Namun pihak kerajaan, khasnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) wajar mengambil iktibar terhadap nasib yang dialami oleh siswazah Melayu mutakhir ini. Sememangnya siswazah Melayu berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan. Malah siswazah pendidikan keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sendiri pun mengalami nasib yang sama.

Realitinya, siswazah Melayu pemegang Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk sekolah kebangsaan (SK) juga telah 'didiskriminasikan' kerana sehingga kini belum lagi mendapat tawaran penempatan di mana-mana sekolah.

Rakan-rakan mereka yang seangkatan dalam kalangan siswazah Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) telah bertugas di sekolah-sekolah berkenaan seawal Januari lalu. Mengapakah perkara sebegini berlaku?
Lebih malang lagi, para siswazah cemerlang yang telah ditemu duga pun masih menganggur. Apakah maknanya Guru Interim yang diwar-warkan dahulu?

Lebih malang lagi, kumpulan siswazah tersebut seperti telah digantung tidak bertali. Pihak SPA telah mengeluarkan surat pelantikan jawatan kepada mereka sebaik selesai ditemu duga pada April 2013 tetapi anehnya dalam surat tersebut tidak dinyatakan sekolah tempat bertugas dan tarikh melapor diri.

Ini bermakna siswazah tersebut masih menjadi penganggur terhormat dan dalam keadaan serba salah mengenai nasib masa depan masing-masing.
Sehubungan itu, saya merayu kerajaan memberi perhatian dan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permasalahan yang membelenggu siswazah tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130619/fo_03/Bakal-guru-masih-menanti-tawaran-penempatan-tugas#ixzz2Wj8IkLoq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tangisan

Blog musafirkini.blogspot.com

Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga.(Hadith Riwayat At Tirmizi)

Tangisan ahli neraka amat dahsyat

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( Surah Ali Imran : 104 )
Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al Maidah 19)

PENJENAYAH di penjara memiliki gelaran paling buruk yang diberi oleh masyarakat kerana membenci perbuatan mereka. Si pencuri, perompak, perogol dan pembunuh. Walaupun bertaubat atau tamat tempoh tahanan, jarang masyarakat boleh menerima bekas banduan ini. Kalau pun boleh, pasti mereka akan sentiasa berwaspada dan curiga. Betapa hebatnya kebencian kepada perbuatan jenayah.
Dapatkah bayangkan keadaan manusia ketika berada di mahkamah Allah nanti?
Pada hari penghisaban, apakah akan terasa malu seperti si penjenayah yang malu apabila kesalahannya menjadi bahan laporan dalam akhbar? Bolehkah muka ini ditutup?
Bolehkah mengupah peguam paling hebat untuk menghadapi segala pertuduhan ke atas diri sendiri? Mungkinkah semua orang boleh dibeli dengan wang dan pengaruh? Adakah ada jalan untuk melarikan diri?
Kita manusia yang kerdil, tetapi mengapa berlagak seperti Tuhan Pemilik segalanya? Manusia bertingkah seperti syaitan, padahal dia berada dalam genggaman Tuhannya. Ketika dia merampas hak orang lain, segala rekod perbuatannya itu disimpan kukuh sebagai bukti.
Mengapakah Allah SWT tidak menurunkan bala-Nya terus menerus pada saat seseorang itu melakukan dosa?
Jawapannya adalah firman Allah bermaksud: "Berapa banyak penduduk negeri yang telah Aku beri tempoh, sedangkan mereka berbuat zalim, kemudian Aku seksa mereka dan kepada-Ku mereka kembali." (Surah AlHajj 48)

Biarlah pelaku dosa itu diberi tempoh selagi hayatnya di atas bumi ini belum berakhir. Allah Maha Penerima Taubat. Tetapi, sayang sekali, mereka suka menunda taubat, menganggap peluang itu untuk berpuas-puas terlebih dulu dan bertaubat kemudian.
Semakin dihulur setiap peluang, maka semakin buta matanya, pekak telinganya, keras hatinya dan hebat bergaya mengalahkan syaitan.
Diteguk segala kemanisan syahwat duniawi sehingga lupa kepanasan buah zaqqum tanaman neraka yang akan diletakkan di dalam kerongkongnya nanti.
Hatinya puas menikmati kesenangan yang memuncak pada hujung keghairahan. Tetapi, dia lupa di dasar lubang jahanam yang gelap itu nanti terpaksa melalui aksi pembakaran manusia, penyeksaan dan pembunuhan yang tidak pernah berhujung dengan kematian.


Jurang neraka terlalu curam, setiap penderhaka akan merasai seksa dihumbankan ke dalamnya. Pernahkah kita membayangkan jatuh dari ketinggian sejauh 70 tahun perjalanan baru sampai ke dasar lantainya?

Jika kejadian itu di dunia ini, bagaimana pula keadaan orang yang jatuh ke dasar jurang neraka itu nanti?

"Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya: "Tahukah kamu semua suara apakah itu?" Kami menjawab: "Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda yang maksudnya: "Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke dalam neraka jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya." Hadis riwayat Imam Muslim

Sesungguhnya mereka yang berada dalam neraka itu hidup dan merasai setiap kesakitan itu sedikit demi sedikit. Diganti setiap kulit yang hangus dengan kulit yang baru. Sehari di sana sama seperti seribu tahun di dunia ini.

Mengapakah mereka memilih kesenangan haram yang sebentar saja di dunia ini? Pada hal mereka pandai mengira, tahu membezakan makna sengsara dan bahagia, berakal tajam dalam menganalisis segala sesuatu. Allah mengingatkan kita bahawa azab dan sengsara yang akan diderita itu bukan sebentar.
Firman-Nya bermaksud; "Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu seperti seribu tahun daripada apa yang kamu hitung." (Surah al-Hajj 47)
Bagaimanakah suara tangisan ahli neraka? Pernahkah anda mendengar tangisan orang yang dipisahkan daripada keluarganya? Tangisan orang yang menderita sakit dan terpaksa disuntikkan ubat penahan sakit? Tangisan orang yang kematian anak yang disayang? Tangisan orang yang gagal dalam kerjaya? Tangisan perempuan yang disakiti suaminya? Tangisan orang kaya yang muflis? Tangisan ibu dan bapa yang disakiti anaknya? Semua jenis tangisan di atas dunia ini tidak sehebat tangisan ahli neraka. Tangisan yang mengalirkan penyesalan tidak berhujung. Tiada harapan dan peluang.
 
Mereka merayu kepada Tuhan: "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (kembalikanlah kami ke dunia) maka jika kami kembali kepada kekufuran, sesungguhnya kami adalah orang yang zalim." (Surah al-Mukminun, ayat 107)
 
Allah menjawab rayuan mereka itu dengan firman-Nya bermaksud: "Tinggallah kamu dengan hina di dalamnya dan janganlah kalian bercakap dengan Aku." (Surah al-Mukminun, ayat 108)

Oleh itu, jika anda menangis di dunia ini, pastikan tangisan itu adalah tangisan penyesalan dan taubat kepada Allah . Barang siapa yang banyak menangis di sini, nescaya tiada air mata lagi yang akan jatuh menitis di Padang Mahsyar nanti. Balasan Allah sangat adil. Saksi yang dipanggil adalah anggota badan kita sendiri. Menunduklah wajah yang dulunya terngadah sombong, kecutlah hati yang dulunya bongkak dan bengkak serta menggigil sekujur badan bagai hendak melepaskan kulit.  Lalu kita bertanya, layakkah aku mendapat perlindungan Allah ? Jawapannya payung Allah itu hanya untuk tujuh golongan saja.

Pemimpin yang adil.
Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.
Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan Masjid.
Dua orang yang saling mencintai kerana Allah , keduanya berkumpul & berpisah kerana Allah .
Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik & berkedudukan untuk berzina tetapi dia berkata, "Aku takut kepada Allah ".
Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga bercucuran air matanya.

Citarum

ungai Citarum yang terletak di Jawa Barat Indonesia pernah tersenarai sebagai sungai paling tercemar di dunia pada tahun 2007. Terdapat 5 Juta penduduk mendiami kawasan tebing sungai ini dan oleh sebab itu ianya dipenuhi sampah sarap dan sisa kumbahan manusia. Pada tahun 2008, Bank Pembangunan Asia meluluskan pinjaman sebanyak USD 500 Juta kepada Indonesia bagi mengurangkan pencemaran sungai ini. Pada tahun 2013 sekarang, berapa banyak perubahan yang berlaku?




Zonda




Slug

Slug. Sekiranya anda ingin melihat sendiri pink slug ini, anda boleh pergi sendiri ke Gunung Kaputar, Australia. Lintah ini adalah satu satu daripada tiga lintah yang unik ditemui di Gunung ini. Nama saintifiknya adalah Triboniophorus aff. graeffeidan ianya bukan saja makan tumbuhan tetapi karnivor. Yeah! this thing ear flesh!