Sabtu, 13 Julai 2013

Islam & no


rahsia nombor
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sebelum kita memulakan pembicaraan kita tentang lanjutan kaitan nombor-nombor dengan Islam, alangkah eloknya bagi yang belum membaca artikel-artikel pada link berikut ini membacanya terlebih dahulu kerana ianya berkait rapat dengan tajuk ini.





“....... Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada kadarnya (ukurannya).” [Surah Ar-Ra’du  : 8]


Jumlah para nabi dan rasul

Jumlah para nabi dan rasul berdasarkan kepada hadits nabi iaitu ada seramai 124,000 orang.  Manakala jumlah para rasul sahaja ialah 313 orang. Sedangkan rasul yang wajib kita ketahui ialah 25 orang. Ada kisah nabi yang diceritakan kepada kita dan ada yang tidak pernah diceritakan.

“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”  [Surah Ghafir : Ayat 78]

Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” [Hadits Riwayat At-Tirmizi]

1 + 2 + 4 = 7

manakala jumlah para rasul pula ialah 313 orang,

3 + 1 + 3 = 7

dan jumlah rasul yang WAJIB kita ketahui ialah 25 orang,

2 + 5 = 7

Jumlah pejuang-pejuang Islam yang menyertai Perang Badar iaitu perang pertama dalam sejarah dakwah Nabi Muhammad S.a.w ialah seramai 313 orang juga.

Sila buka terjemahan AlQuran, surah ke 3 dan ayat ke 13, maka anda akan menjumpai ayat yang berkaitan dengan Perang Badar.

"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan berperang pada jalan Allah, dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa (seolah-olah) dua kali jumlah mereka. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang mempunyai mata hati."  [Surah Aali Imran : Ayat 13]

Telah diriwayatkan oleh Al-Aufi, dari Ibnu Abbas, bahawa kaum mukmin dalam Perang Badar adalah seramai 313 orang. [1]

Tentang jumlah rasul yang wajib kita ketahui iaitu seramai 25 orang, ada kaitannya dengan jumlah nama Nabi Adam a.s disebut dalam AlQuran iaitu 25 kali.

Dapat kita lihat, setiap satu nombor yang mewakili jumlah para nabi dan para rasul, jika dicampur setiap angka akan menjadi jawapannya 7.  Sebagaimana kita ketahui, nombor 7 juga sangat banyak ada kaitan dalam Islam.


Rahsia nombor 7

Sangat banyak jika mahu dibicarakan tentang nombor 7 sahaja, tetapi saya kongsikan di sini setakat yang saya ingat dan jumpa.

- 7 lapis langit, 7 lapis bumi.

"Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh."  [Surah An-Naba' : Ayat 12]

"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi.  supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu."  [Surah At-Thalaq : Ayat 12]

- 7 hari dalam seminggu. Allah memuliakan beberapa nabi dengan hari-hari tersebut iaitu;

1) Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu

2) Nabi Isa a.s dengan hari Ahad

3) Nabi Daud a.s dengan hari Isnin

4) Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa

5) Nabi Ya'akob a.s dengan hari Rabu

6) Nabi Adam a.s dengan hari Khamis

7) Nabi Muhammad S.a.w dengan hari Jumaat

- Al-Fatihah mengandungi 7 ayat.

"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung." [Surah Al-Hijr : 87]

Surah Al-Fatihah juga adalah Surah ke 1 dalam AlQuran. 

Ia mengandungi 7 ayat. 

Dan ia wajib dibaca dalam sehari sebanyak 17 kali (bacaan dalam solat fardhu = Subuh 2 + Zuhur 4 + Asar 4 + Maghrib 3 + Isya' 4 = 17).

- Anggota tubuh yang wajib menyentuh tempat sujud ketika solat ada 7 iaitu dahi , 2 tapak tangan , 2 lutut ,dan 2 hujung jari-jari kaki.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; " Aku diperintahkan supaya bersujud di atas 7 tulang iaitu dahi , dua tangan , dua lutut dan di penghujung (jari-jari) dua kaki serta menyingkap pakaian dan rambut "  [Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

- Syurga ada 7 tingkatan, begitu juga dengan neraka ada 7 tingkatan.

“Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurut Iblis).  Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)”.  [Surah Al-Hijr : Ayat 43 - 44]

- Kalimah Tauhid yang agung ada 7 kalimah (perkataan)

لا اله الا الله محمد رسول الله

Laa ilaaha illa Allah  Muhammadur Rasul Allah

Tiada Tuhan selain Allah , Muhammad Utusan Allah

Tentang kalimah Tauhid ini boleh dilanjutkan lagi bacaan pada tajuk  Rahsia kalimah Tauhid dan keseimbangan

- Perbuatan Tawaf ketika mengerjakan Haji di baitullah, ialah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali. 

Bacaan lain berkaitan dengan tawaf boleh dilanjutkan pada topik Dari makhluk terkecil hingga makhluk terbesar semuanya memuji Allah

- Larian Sa'ie sebanyak 7 pusingan.

- Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah, masing-masing dengan 7 biji batu.

Boleh dikatakan nombor 7 banyak berkaitan dengan ibadah-ibadah khusus kita.

- Ada 7 cara wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.a.w.

1) Melalui mimpi yang benar. Cara ini juga pernah dialami oleh Nabi Ibrahim a.s ketika Allah perintah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

2) Masuk secara terus ke lubuk hati nabi.

3) Malaikat Jibril datang menyerupai seorang lelaki.

4) Datang bunyi seperti loceng.

5) Datang bunyi seperti lebah.

6) Malaikat Jibril menjelma dalam rupa asli.

7) Allah S.w.t berfirman secara langsung kepada Nabi Muhammad S.a.w.  Seperti dalam Peristiwa Isra' Mi'raj, ketika nabi Mi'raj ke langit.



Nombor 2

- Setiap makhluk dijadikan berpasangan. Dan ini menyebabkan nombor 2 juga termasuk dalam senarai nombor yang istimewa.

- Kita hidup di atas bumi yang mempunyai 2 dunia iaitu dunia nyata dan dunia ghaib.

- Keseimbangan dan berpasangan, adalah berkait rapat.  Boleh lanjutkan lagi pada tajuk Rahsia kalimah Tauhid dan keseimbangan


Rahsia nombor di sebalik solat - pada ruku' dan sujud

Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk di antaranya.

Di dalam buku Matematika Islam karangan KH. Fahmi Basya, beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud. Ketika ruku' kita membentuk sudut 90° dari posisi berdiri tegak. Sedangkan ketika sujud kita membentuk sudut 90° + 45° = 135° dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu pusingan penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemui TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.

Pada setiap rakaat, melalui pusingan yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solat itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 pusingan penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1 + 7 = 8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.

Rasullullah S.a.w sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH.  Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh orang ramai solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah s.a.w. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.” (Sahih Muslim)

Kembali ke kajian tentang ruku' dan sujud di atas tadi, pemusingan dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:

Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.

Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA PUSINGAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk. Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan. Jika pusingan penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telah pun meninggalkan tubuhnya. Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu:

“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”

Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:

“Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”  [2]


Pernomboran di sebalik bangunan yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s

Sila tonton video di bawah dan baca juga di tajuk Kemajuan teknologi kuno dan binaan-binaan Nabi Sulaiman a.s


Penutup

Walaubagaimana pun, pernomboran ini semua bukannya untuk kita percaya kepada nombor bertuah atau untuk dibeli nombor ekor. Tetapi ianya menunjukkan keindahan dan betapa sistematiknya Islam ini. Segalanya dibuat dalam keadaan yang tersusun rapi dan mempunyai misteri-misteri tersendiri agar manusia sentiasa berfikir dan mengagungkan kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana.  Allahu akbar .......

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.” [Surah Ali-Imraan, ayat 190]

”Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat Allah) yang sebenarnya,”  [Hadits Riwayat Abu Nu'aim]

Kita digalakkan oleh Rasulullah S.a.w agar berfikir tentang makhluk-makhluk ciptaan Allah, agar iman kita dapat bertambah dan semakin dekat pada Allah S.w.t. Dan kita dilarang keras dari berfikir tentang zat Allah, kerana akal kita ini tidak mampu untuk membayangkan bagaimana rupa Allah. Jika kita teruskan juga berfikir tentang zat Allah, nescaya syaitan-syaitan akan membayangkan imaginasi yang bukan-bukan yang sememangnya TIDAK LAYAK bagi Allah Azza wa Jalla.


Wallahu a'lam .......

ikhlas


oleh: wacanaku

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Nusantara yang sudi membaca entri nie.... Hari nie, sempena nak sambut bulan Ramadhan yang mulia.. eloklah kiranya kalau kita membuat hajat atau menanam satu azam dalam hidup kita... Sebelum tu, mohon ampun dan maaf lah kalau ada terkasar bahasa atau tergores hati sepanjang aku berblog nie... Maaf yer...

Ok...Selalunya nak buat pape azam kita tunggu New Year kan? Tak pun tunggu susah dulu baru nak berazam kan... Haaa... Tu yang tak berapa kena tu... Apa kata kalau tahun nie kita tukar... Start bulan puasa nie... kita start menanam azam baru untuk mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik....

Nie dari sudut pandangan aku la kan... Lagi elok kalau kita cuba melakukan sesuatu azam tu bermula dari bulan puasa.... Sebabnya... Bulan puasa nie bulan setan diikat rapi... takkan kacau kita dah... Maknanya musuh dalam selimut kita dah takde... Sekarang musuh yang cuba kita lawan tinggal satu je... DIRI SENDIRI... 

Lagi satu.... bulan puasa nie... banyak yang kita automatically akan cuba jaga... tutur kata... tingkah laku... perangai... selain dari hawa nafsu makan dan minum tu... Semua kita memang kena jaga sebagai seorang umat Islam.... So.... apa kata dalam bulan yang penuh barakah nie.... Korang cuba la mengubah atau melaksanakan azam perubahan korang tu dalam bulan puasa kan.... Selama sebulan duk puasa nie... Selama sebulan jugak la kita diberi masa nak melatih diri kita...

Contoh azam perubahan tu macam nak berenti merokok.... nak ubah perangai dari banyak negatif kepada positif... Nak belajar baca Al-Quran dengan betul... Nak lebih menghayati solat dan ibadat.... Nak jadi seorang yang berjaya.... Nak mengubah attitude kebudak-budakan kepada attitiude orang yang berfikiran matang.... Nak mula bertudung secara tetap... nak mula menutup aurat... Semua benda atau azam... sangat sesuai dilakukan bermula pada bulan puasa.....

Kita nak mengubah sesuatu yang dah jadi darah daging... yang dah jadi habit kita... yang dah sebati dalam hidup kita... bukannya senang beb... Sangat susah.... ibarat cuba keluarkan kanser dalam badan... Dah keluar...ada balik... Dah rawat...lepas bertahun muncul balik... Payah... Godaan kawan-kawan... Terseksa jiwa dengar sindiran pedas bercili yang hot and spicy dari kengkawan... Kene pulau dengan kawan-kawan lama... Orang sekitar tak mo terima perubahan kita... macam-macam....

Semua tu susah nak berubah melainkan ada sesuatu yang memaksa kita buat perubahan tu.... dan kita disokong dengan perubahan tu... Perubahan yang dibuat tu mesti dilengkapi dengan latihan dan disipilin yang kuat... So... apa kata sempena bulan puasa yang sememangnya kita dilarang melakukan banyak perkara yang sia-sia nie... Satu bulan yang melatih kita berdisiplin nie... Kita cuba amalkan perubahan tu dalam bulan puasa nie.... Kan elok dan lebih manis tu....

Setiap langkah perubahan yang kita ambil adalah satu langkah menuju kejayaan...

Nak belajar baca Quran pun tak segan...sebab komfem ramai yang akan start baca Quran dalam bulan puasa nie... yang tergagap-gagap pun tak malu dah nak baca... Yang nak berjinak-jinak pegi masjid pun ada reason...pi semayang terawih...takde orang nak mengata... Yang nak jadi baik pun orang tak pelik... sebab ini bulan puasa... yang nak berenti merokok pun memang kena pada waktunya la kan... dari subuh ke maghrib tak merokok... Yang sebelum nie dedah sana dedah sini...bulan puasa nie try pakai baju longgar-longgar sikit... Kawan-kawan nak mengata pun takpe.. Sebab depa kene balik dengan masyarakat sekitar...Laaagi ramai depa kene sindir.... he he... Kuasa perubahan di tangan kita dalam sebulan nie.. Memang takde orang yang nak mengutuk dan mengeji sangat... kalau ada pun yang mulut bacuk tegar jer... Ini bulan puasa beb... Seluruh masyarakat Islam tetiba jadi baik giler.. Tak percaya baca status FB atau Twitter korang tu... Semua jadi alim... Seolah-olah...perubahan ke arah kebaikan yang kita cuba buat tu disokong oleh seluruh masyarakat!! Kat situ kita dah ada sokongan moral dah kan.... hehehe

Nampak tak ruang perubahan yang Allah dah bagi tu.... Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan nie ibarat satu kursus... Satu kursus untuk cermin diri kita balik... satu kursus nak reset segala kesilapan kita sebelum sebelum nie.... Satu kursus kesedaran diri... Satu kursus persediaan nak mengharungi cabaran dunia selama setahun lagi ke depan sebelum masuk Ramadhan satu lagi... Satu kursus pembentukan jiwa rohani balik.... Nampak tak ruang yang Allah bagi tu..... Tapi ramai dari kita tak sedar kan.....

Ramai duk nampak... bulan puasa... bulan pesta makanan di bazar-bazar.... Satu bulan non-produktiviti sebab banyak masa  tidur je... Satu bulan yang takleh makan dan minum sahaja di siang hari... Satu bulan waiting time nak enjoy sakan masa raya nanti... Satu bulan nak shopping pakaian baru...kasut baru..langsir baru... henset baru... tudung baru... bulu mata baru...ehhhh?? 

Ramai dari kita dah salah konsep... Bagi aku, bukan New year untuk kita tanam azam...tanam target kehidupan... Sepatutnya azam dimulakan dalam bulan puasa nie... bulan ganjaran pahala... bulan keberkatan... Cuba bayangkan... perubahan yang kita cuba buat tu sememangnya diberkati Allah... Dan cubaan kita tu dibuat dalam bulan puasa yang penuh berkat nie... Subhanallah.... Dapat bayang tak bila usaha kita ditambah dengan keberkatan yang berlipat kali ganda banyaknya? Mungkin azam kita tu dipermudahkan.... kan?

So.... jom la kita sama-sama tanam azam... Ubah apa yang patut kita ubah dalam diri kita... Kalau yang kurang bab agama... Sila tambah (WAJIB tambah).... Yang mana baca Al-fatihah tak berapa betul tu... Sila betulkan.... Yang mana takleh baca Quran... Sila bolehkan... Yang mana mulut hancing asyik duk mencarut tu... Sila kurangkan... Yang mana dedah-dedah tu... sila tutupkan aset berharga tu... Yang mana asyik bermalas-malasan tu... sila rajinkan.... Kita nie manusia.... Manusia bukan haiwan..bukan tumbuhan... Kita ada akal fikiran... Akal fikiran berpandukan rujukan agama... Kita boleh berubah... berubah ke arah yang lebih baik bukan saja untuk diri sendiri...tapi juga untuk kawan-kawan... keluarga... jiran-jiran... sekitar kampung..malah mungkin berubahnya kita dapat mencetus perubahan kepada rakan-rakan yang lain..... mana la tahu....Kan?


Perubahan menuju ke jalan yang lurus...

Mulakan dari diri kita dulu.... Tanamkan azam supaya kita jadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.... be a better muslim... Be a better person... Sesungguhnya Islam tu dah sempurna... Cuma kita je yang banyak kurangnya.... Kurangnya kita kerana kurang fahamnya kita dengan agama Islam tu sendiri... Jangan salahkan agama kalau kita tak maju... Jangan salahkan sesiapa kalau kita gagal... Cermin diri... perbetulkan diri... Dan folo je panduan yang dah ada dalam Quran tu... Mulakannya di bulan Ramadhan yang mulia nie...Dan kekalkan perubahan itu... Be a better yourself! :)

P/S: Puasa biarlah ikhlas kerana Allah, bukan kerana terpaksa yer...;)

korek idun

oleh: wacanaku

Korek hidung ketika puasa batal ke tak?
Selamat berpuasa bagi yang berpuasa! He he.. Memula pun dah ayat sarkastik kan.... Betul la tu... Buat apa nak wish selamat berpuasa bagi yang tak puasa kan.. Harap-harap yang tak puasa tu berpuasa la yer... Sebab puasa nie satu ibadat wajib yang banyak membantu menyihatkan tubuh badan  kita... Tak rugi pun berpuasa.... Bagi yang berpuasa pulak.. banyak sangat perkara yang sebenarnya tak membatalkan puasa...tapi duk anggap membatalkan puasa.... Antaranya ialah...

Muntah - Muntah nie yang batal hanyalah muntah DENGAN SENGAJA.... Maksudnya muntah yang sengaja dibuat....Contohnya macam yang selalu model-model buat tu... Dijolok-jolok ke dalam mulut nak paksa muntah... Haaa....tu batal la tu... Tapi kalau muntah tak sengaja macam perempuan yang kene morning sickness pepagi tu kan... Tak batal puasa.... 

Korek Hidung - Adalah dipersetujui ramai ulamak... yang korek hidung nie batal... JIKA anda korek hidung tu sampai ke dalam otak! he he... Maknanya korek hidung diklasifikasikan sebagai tidak membatalkan puasa... Kalau korek hidung pastu makan taik hidung dengan sengaja...yang tu batal! 

Korek Telinga - Yang nie pun sama macam korek hidung.... Tidak batal.. So jangan simpan taik telinga tu sampai berkerak semasa anda berpuasa... korek je tapi jangan sampai ke otak...Kalau tetap rasa was-was... Korek lepas azan maghrib.. orang lain duk bantai nasik, korek bantai korek telinga... sonang citer..he he he

Berkumur - Ada sesetengah orang tu takut nak berkumur dalam bulan puasa... Berkumur tak membatalkan puasa.. tapi jangan terlampau kerap sebab ada sesetengah ulamak kata berlebihan boleh membawa ke arah batal puasa.... Minum air kumur tu komfem batal! Takde kompromi.. So jangan minum air kumuran ketika ambek wudhu'.

Suntikan - Kalau untuk berubat seperti suntikan insulin atau suntikan demam... Tidak batalkan puasa...  Tapi kalau suntikan glukosa yang biasa untuk tak bagi lapar tu... kalau sengaja nak kurangkan kelaparan... Dipersetujui batal...Perlu rujukan yang lebih mendalam...

Kentut dan sendawa - Jika kentut dengan sengaja di khalayak ramai... Memang sengaja cari pasal la kan... ha ha ha Tapi tetap tak membatalkan puasa... Batal air semayang je... Sendawa pun tak batal.. air semayang pun tak batal ikut mazhab kita.. Bukan stakat kentut... terberak pun tak batal puasa... So, jangan ada sesape yang cuba tahan kentut dan berak ketika puasa yer... Trajis nanti..he he

Kentutlah sepuas hati...Puasa tak batal yer..:D

Kahak - tertelan kahak memang sah-sah tak batal... Sebab "ter" tu... Tapi mengikut ulamak... kahak nie kalau setakat kawasan tekak tu... masih boleh ditelan...kalau dah terkeluar ke bahagian depan lidah... Dah keluar habis dah dalam mulut.. yang nie patut dibuang..jangan telan kerana dianggap membatalkan puasa... 

Keluar air mazi - Yang nie pendapat ulamak bercampur... Tapi yang paling ringan, dan jugak ikut mazhab syafi'e... tidak membatalkan puasa... Walaupun tak batal...dari mana sumber penyebab keluarnya air mazi tu tetap menguruskan pahala puasa korang... Sah-sah tengok atau membayangkan sesuatu kan... :)

Keluar air mani - Kalau tak sengaja macam mimpi... tidak membatalkan puasa.... kalau keluar air mani kerana ghairah atau berfikiran lucah... itu dianggap SENGAJA dan sah-sah membatalkan puasa.. WAJIB QADHA.. So.. wish-wish la bermimpi selalu...hahaha.. Pun boleh....

Haaa... tu ler yang selalunya menjadi perkara popular masyarakat nak tahu pasal puasa nie... Padahal ada banyak lagi perkara yang lebih penting... Contohnya... PUASA TIDAK AKAN SEMPURNA JIKA IBADAT WAJIB LAIN TIDAK SEMPURNA.... Faham? Maksudnya puasa korang mungkin jatuh ke kategori sia-sia jika korang TIDAK SOLAT.... Solat nie tiang agama... Apa-apa ibadat yang dibuat dikira dalam perhitungan jika solat tidak ditinggalkan..... Ramai dari kita duk pentingkan korek tak korek je... Tapi solat buat main-main... Mulut bila bercakap tak jaga... Sila faham konsep berpuasa mengikut konteks agama... bukan bahasa yer...

Sama juga dengan melihat rancangan yang sia-sia dan mendedahkan aurat di TV... Mengurangkan pahala berpuasa kita... Duk dengar lagu je memanjang...duk tengok golek-golek ala-Korea atau Bollywood... tu semua mengurangkan pahala... Dan jika berlebihan... Mungkin puasa kita jatuh ke tahap...SIA-SIA.... Lapar dan dahaga je dapat... Pengisian.....KOSONG.

Itu pentingnya penghayatan... Puasa nie satu ibadat rohani dan jasmani... Jasmaninya untuk kesihatan tubuh badan terutama kesihatan sistem pencernaan kita... Rohaninya... kita dapat merasai susah-payah golongan yang susah... Kita berpuasa cuma dari subuh hingga ke maghrib... Orang miskin nie berlapar kekadang sehari suntuk dan kalau dapat makan pun nasik dengan kicap je... Cuba bayangkan... Betapa banyak nikmat hidup yang kita dah dapat.... dan apa yang kita dah buat dengan nikmat tu? 

P/S: Puasa ikhlas kerana Allah dan selalu mengingatkan diri..bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita buat...

Asiana

Kapal terbang Asiana ini dipandu oleh seorang juruterbang pelatih yang kali pertama membawa Boeing 777. Kapal Terbang ini dari Korea Selatan menuju ke arah San Francisco. Terdapat 306 penumpang, dua orang pelajar sekolah perempuan maut dalam kemalangan ini. 



pink panther

Tahukah korang bahawa PINK ialah bukan sejenis warna? Tak percaya? Jom baca kat bawah ni.. 




7 asas warna pelangi yang semua sedia maklum dari kecil lagi. But where the heck is Pink? Tiada dalam 7 warna pelangi. Maksudnya warna pink ini ialah bukan termasuk dalam warna spektrum cahaya. Persoalannya, bagaimana otak kita boleh mentafsir warna pink itu wujud dalam dunia kita.

Satu cara untuk membuktikan pink ialah bukan sejenis warna adalah dengan melihat objek dibawah secara terus lebih kurang 30 saat dan selepas lihat backgroud putih blog ini. Apa yang dapat dilihat? Warna apa yang dilihat?



Kalau seorang manusia yang normal yang mempunyai daya penglihatan yang sempurna. Kita akan dapat melihat satu objek bulat yang berwarna hijau. Ya tidak? Warna yang terhasil iaitu hijau yang kita nampak tadi sebenarnya ialah warna yang dipanggil warna pelengkap kepada asal yang kita tengok. Warna pelengkap ialah warna yang ditafsir terbalik oleh mata. Merah dan warna pelengkapnya ialah biru muda, oren kepada biru dan kuning kepada violet.

Semua warna yang disebut diatas, warna pelengkapnya ada dalam spektrum warna kecuali hijau. Sebenarnya spektrum warna mempunyai range wavelengths masing-masing. Merah wavelength paling panjang, violet paling pendek dan lain-lain warna adalah di antara merah dan violet. Jadi, macam mana mata membezakan warna-warna kat atas dunia ni?

Bila mata melihat sesuatu objek yang berwarna. Ya, semua objek berwarna. Retina sebenarnya melihat dan membezakan panjang wavelength sesuatu objek itu. Senang cerita, warna dibezakan oleh panjang wavelength dan otak mentafsir wavelength yang kita nampak itu sebagai experience dan tersimpan kemas dalam memori otak. Contohnya, sebenarnya dari kecik lagi kita diajar wavelength panjang ini, warna ini. Tapi masih tak menjawab persoalan pink bukan sejenis warna.

Hurmm. Bagaimana pula bila mata melihat dua wavelength yang berlainan pada satu masa? Contoh violet dan merah dilihat pada satu masa. Ada dua pilihan yang diintepret oleh otak apabila berlaku situasi ini.

1. Otak akan mengambil jalan mudah dengan mengambil warna yang berada di tengah-tengan antara merah dan violet iaitu hijau (bukan hasil campuran dua warna itu)

2. Atau mencipta warna baru pertengahan antara merah dan violet.

Pink adalah bukti otak melakukan pilihan yang ke-2. Warna pink telah dicipta oleh otak untuk merapatkan hubungan antara merah dan violet kerana warna itu tidak wujud dalam spektrum cahaya. Pink tidak mempunyai wavelength yang boleh dikaitkan dengannya tidak seperti warna-warna spektrum lain. Spektrum cahaya mempuyai warna yang hilang kerana otak kita sendiri sudah boleh mentafsir warna yang hilang itu.


Lihat pusingan titik objek di atas. Apa yang ditafsir oleh otak. Warna pelengkap kepada pink iaitu warna hijau.

Tetapi bila saintis superimposed the red end of the spectrum to the blue end, warna pink terhasil. maksudnya cahaya putih melalu satu prisma laluh menghasilkan 7 warna dan sekali lagi warna merah dan biru melalui prisma lalu menghasilkan warna pink. Pink ialah satu-satunya warna yang tidak mempunya wavelength sebagai satu single wavelength kepada cahaya. Ramai pula bertanya bagaimana dengan warna coklat? Warna coklat mepunyai wavelengthnya sendiri kerana warna coklat sebenarnya terletak antara warna merah dan kuning dalam spektrum cahaya. Dalam erti kata lain coklat ialah warna merah yang mempunyai intesiti yang rendah.


Kesimpulannya, pink ialah bukan sejenis cahaya disebabka pink tidak mempunya wavelengthnya sendiri dan otak lah yang mencipta warna pink dan disimpan sebagai satu memori.