Ahad, 11 Ogos 2013

janji :)









































































-ve

apabila amanah diberi kepada yg bukan haq
Hari Raya kali ini disambut dalam keadaan kos hidup rakyat negara ini dijangka akan bertambah mahal dan menekan mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya diberitahu, apabila agensi penarafan yang berpangkalan di Amerika Syarika Fitch Rating meletakkan prospek Malaysia daripada stabil kepada negatif, ia akan mencetuskan banyak kesan termasuk kejatuhan nilai ringgit.

"Keadaan itu sangat membimbangkan kerana Malaysia adalah negara pengimport makanan," kata beliau.

Salahuddin berkata, berikutan penarafan tahap negatif itu, mereka yang mengkaji ekonomi menjangkakan keadaan akan menjadi bertambah buruk kerana ringgit Malaysia telah pun berada pada tahap terendah dalam masa tiga tahun berbanding dollar Amerika.

"Harga barangan import sudah tentu akan bertambah mahal dan ia akan memberi kesan kepada hampir kesemua perniagaan dan industri dalam negara ini," katanya.

Ringgit Malaysia juga, katanya lagi, berada pada kadar terendah dalam masa 15 tahun berbanding dollar Singapura.

"Sekarang bertambah murah dan mudahlah orang-orang Singapura membeli hartanah di negara ini.

"Semua ini perkembangan yang tidak baik bagi rakyat Malaysia," kata Salahuddin.

Beliau berkata, rakyat perlu memahami bahawa apabila nilai ringgit jatuh dan penarafan pula diletakkan pada tahap negatif, lebih banyak wang terpaksa dibelanjakan oleh negara ini untuk membayar hutang luar termasuklah kos untuk pelbagai jaminan kerajaan yang melibatkan bond, sukuk dan sebagainya.

"Apabila lebih banyak wang dibelanjakan untuk membayar hutang, peruntukan untuk pembangunan pula akan berkurangan," katanya.

Salahuddin juga mengingatkan, dengan perkembangan sebegini di mana harga barangan termasuk makanan akan bertambah mahal dan menekan, wang sekali bagi seperti BR1M tidak akan dapat membantu meringankan beban rakyat.

"Persoalannya, apa akan jadi dengan nasib rakyat dan negara ini di bawah kerajaan yang tidak berkemampun kerana penarafan yang diturunkan ke tahap negatif itu dengan sendirinya jelas menunjukkan kegagalan dan ketidakmampuan kerajaan Umno Barisan Nasional mengendalikan ekonomi negara," kata beliau.

Fitch Rating menyemak semula prospek Malaysia daripada "stabil" kepada "negatif", dengan mengemukakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.

Ia juga membangkitkan kebimbangan berhubung peningkatan hutang isi rumah dan hutang kerajaan, sebanyak 53.3 peratus pada penghujung 2012, tidak termasuk liabiliti luar jangka.

Dr Mursi

[Nukilan wartawan Mahmud Murad untuk Dr Muhammad Mursi]

Saudaraku yang mulia, Dr Muhammad Mursi,

Aku ingin mengetahui apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga Dia memikul bagi pihakmu kerisauanmu dalam memerintah dan Dia biarkan engkau mengisi masamu sepenuhnya di dalam bulanNya yang agung ini untuk beribadah kepadaNya, dan Dia menyibukkan kami semua tentang dirimu?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga semua doa dari seluruh umat Islam di semua tempat ditujukan untuk kemenanganmu, menyokongmu dan mengharap kejayaanmu?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau menjadi harapan golongan yang tertindas di Syria, di Palestin dan lain-lain supaya mereka dapat hidup mulia dan merdeka?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga seluruh kekuatan jahat bersatu untuk menyingkirkanmu dari memerintah Mesir?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau bertukar kedudukan daripada hanya seorang professor di sebuah universiti di Zagazig engkau menjadi lambang manusia yang merdeka di semua tempat di dunia ini.

Ya Allah, sekiranya Engkau Mengetahui bahawa hambaMu Muhammad Mursi tidak menggunakan apa yang Engkau anugerahkan kepadanya; kerajaan dan kekuasaan untuk menzalimi seseorang dari kalangan makhlukMu, maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan dia dikuasai oleh sesiapapun. Janganlah Engkau serahkan dia kepada seseorangpun. Peliharalah dia dengan pemeliharaanMu. Lindungilah dia dengan perlindunganMu. Takdirkanlah untuknya dan untuk kami kebaikan di mana jua kami berada.

A.A.E

Terjemahan oleh : Ustazah Maznah Daud
Sumber : ألتراس نهضاوى (قوتنا فى وحدتنا)
#mesirkini

Sabtu, 10 Ogos 2013

TPM

PD SAPE2 YG NK MOHON TPM NI..BACA NI DULU..BG SY INI ADALAH SATU PESANAN YG AMAT BERGUNA SEKALI KPD BAKAL2 TPM.PIKIR DULU HABIS HABISAN..JGN SMPAI MENYESAL KEMUDIAN HARI.SEKALI ANDA TERIMA TPM..ANDA PERLU BERKHIDMAT SELAMA 7 TAHUN..KL BERHENTI SEPARUH JALAN KENA BAYAR RM100,000.DIULAS SECARA DETAIL OLEH SAUDARI WARDATI HASHIM.TERIMA KASIH BYK2..

Salam.. TPM ni nanti akan bond dgn UiTM selama 7 thn so the job is secured but somehow have to be fully prepared to be sent to branches campus (mengikut field masing2)..Those are general matters..What matters the most is..Bekeje di UiTM x sama dgn U lain dan itu yg ramai tak tahu.. Menjadi pensyarah UiTM, you cannot expect to be as same or simple as other local Us (try compare dgn kwn2 yg jadi pensyarah di U lain or tgk lecturer2 kita bg yg bkn bljr di UiTM)..Bekeje di UiTM, mental dan fizikal kene kuat dan ye org akan ckp keje di mana2 pun begitu but I'm making comparison with other local U, not industries..

Keje di U lain, teaching hours x lebih 12jam semggu..Di UiTM, you cannot expect to be less than 18hrs.. Average 18-22hrs..Yup, lebih krg cikgu sekolah tapi cikgu sekolah pukul 3ptg boleh blk rmh dah..Lecturer UiTM secara umum pukul 6 tu br boleh pikir nak blk, itupun kalau xde kls mlm kena ajar part time student ke post grad ke..Kelas mlm smpai pukul 10mlm..Bagi yg ajar kampus yg kurususnya ada pljr dip dan degree serentak, jgn hrp boleh ambil cuti pnjg nak sama cuti sekoalh dgn anak2 ke apa sbb semester berjln berterusan..Dip cuti, degree bljr..Degree cuti, dip bljr..Kenapa ini berlaku.. Sbb berblk kpd aspirasi UiTM membantu pembangunan bumiputra, jadi pengambilan pljr adalah ramai..Kita bg peluang kpd semua pelajar cemerlang dan krg cemerlang utk smbg bljr..UiTM ade 25 fakulti, terbyk rasanya..Bygkan kalau 1 fak, ade 5 kursus..So UiTM ade 125 kursus..So can u imagine the number of students..

Being a lecturer nowadays is not the same as before..Pnsyrh skrg bkn mengajar je..Teaching, administration and research..All in 1 time..10thn pertama kerja adalah mencabar dan 5 thn pertama adalah sgt2 mencabar mental dan fizikal..Especially when you are juniors..To do teaching and researching at the same time bkn satu keje yg mudah..And remember..Teaching is not only about going into classes and talk for 2 hours while not bothering whether your students get it or not.. Teaching is about coaching, supervising, marking exam papers, dealing with students and the list goes on..Keje2 admin termsk la filing, auditing here and there..Itu belum dicampur dgn masalah2 hasad dengki, politik tempat kerja dan sebagainya.. And yes, it does happen in the academic world..Lagi2 bila kita bekerja di tempat yg didominasi oleh 1 bangsa saja..

And to be truth..Boleh rujuk pd jadual gaji di JPA..Gaji pensyarah U mengikut gred2 jika dibandingkan dgn cikgu sekolah dan politeknik, hakikatnya pensyarah U masih rendah. Gred 51/52 di U ialah RM5168 sdngkan di politeknik pd gred yg sama ialah RM5600++ sdgkan utk gred 51/52 U kene ade PHD tp di politeknik dan sekolah mungkin setakat masters sahaja..And yes you ought to know about the salary scheme by now if you are intending to be a lecturer..

I'm not trying to portray much cons than pros..Ini adalah kenyataan..Sy cuma hendak menyatakan fakta dan situasi sebenar menjadi pensyarah U umumnya, di UiTM khususnya.. I'm a lecturer myself here in UiTM..I've been through and in fact is still going through the tough process working here..My intention is, for those who are interested to apply for the TPM, pikir betul2 dan perhalusi dalam jiwa kenapa nak minta dan betul ke niat nak minta tu..Sy bukan graduan TPM..Sy memohon keje lecturer melalui iklan jwtn kosong..Sy mmg nak msk UiTM sbb ade nawaitu tersendiri..Sy dah dinyatakan secara berkias ketika diinterview tentang tough bekeje di UiTM tapi sy x fhm masa tu..Skrg sy dah fhm tp ini jln sy pilih n there's no turning back krn nawaitu sy adalah tetap..All the best to everyone..a