Selasa, 20 Ogos 2013

Hak


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

sejarah berulang

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Ahad, 18 Ogos 2013

4rata

PADA ketika ini ibu bapa sedang sibuk membuat persiapan untuk anak-anak mendaftar di Pusat Pengajian Tinggi sama ada IPTA atau IPTS, lain keadaannya dengan anak saya.

Walaupun beliau memperolehi CGPA 4.00 semasa mengikuti Program Asasi Sains (Hayat) di Universiti Malaya (UM), beliau gagal mendapat tempat di UM atau mana-mana IPTA dalam bidang perubatan sebagaimana yang dipohon mengikuti kelayakan dan minat beliau.

Beliau ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merupakan pilihan kelapan. Kenapa ini terjadi?

Kalau semasa memohon disenaraikan pilihan pertama hingga ke 12, dan selepas gagal untuk pilihan pertama, ke mana pergi pilihan kedua, ketiga atau keempat?

Atau adakah keputusan CGPA 4.00 masih dikira tidak layak untuk kursus perubatan?

Apabila dikemukakan persoalan ini kepada pihak UPU mereka mengatakan ini keputusan universiti sendiri. Apabila diajukan kepada universiti, dipersalahkan pihak Kementerian Pendidikan. Inilah jawapan 'standard' untuk melepaskan kepertanggungjawaban masing-masing.

Cadangan saya kepada pihak UM, sekiranya tempat untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah hanya terhad kepada beberapa ratus sahaja, tidak perlulah mengambil pelajar asasi sehingga beribu-ribu. Ukur baju di badan sendiri.

Jangan menjadikan pelajar sebagai bahan kajian dan jangan memberi harapan tinggi kepada pelajar yang akhirnya akan mengecewakan diri pelajar itu sendiri, terutama anak bangsa Melayu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130814/fo_03/Anak-dapat-CGPA-400-gagal-ikuti-kursus-perubatan#ixzz2cLCUTkQ0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

sebarkan

Sama2 renung....

Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:
DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!.

taubat

AIDILFITRI ini menemukan saya dengan seorang sahabat lama; rakan di IPT puluhan tahun lalu. Dia seorang usahawan, bidangnya termasuk membekalkan peralatan dan kelengkapan kepada jabatan dan agensi pihak pemerintah.


Beliau mendedahkan akan dunia bisnes dan politik yang dakwanya banyak penyewelengannya termasuk rasuah. Bagi menghadapinya, kata beliau, seseorang itu ada beberapa pilihan - pertama lakukan 'kejahatan sejahat-jahat' tetapi jangan sampai 'tertangkap' dan yang kedua, tinggalkan terus bidang berkenaan.


Katanya, bagi rakan-rakan bisnes dan politik yang memilih untuk berbuat 'sejahat-jahatnya' termasuk tidak menunaikan ibadat seperti solat sama sekali (ada yang melakukan solat secara berpura-pura demi kepentingan politik dan bisnes) dan zakat, beliau menyaksikan mereka dilimpahi nikmat demi nikmat seperti kekayaan melimpah luah, kemasyhuran, pangkat, gelaran dan pelbagai kelebihan duniawi. Yalah, dia macam Firaun yang dikatakan tidak pernah sakit; menyebabkan dia mengaku dirinya tuhan.

Namun bagi mereka yang hatinya berbelah-bahagi (50-50) seperti takut-takut mengamalkan rasuah dan maksiat tetapi ada kala melakukannya kerana 'terliur' dan 'lalai' dengan kenikmatan dunia tetapi tidak meninggalkan solat secara terus; mereka akan diuji dengan kemewahan yang diperolehi.
Bagi golongan kedua; ada saja yang tidak kena - ahli keluarga kemalangan dan matilah, isteri sakit teruklah, anak berperangai jahatlah, rumah dimasuki pencurilah, diri sendiri kena rompaklah; pendeknya banyak masa dan duit dalam poket dihabiskan untuk menyelesaian masalah.

Sahabat saya itu berpendapat; golongan pertama sudah dilupakan oleh Yang Maha Berkuasa - apa saja mereka kehendaki diberi; mereka mendapat bahagian mereka di dunia ini tetapi tidak di akhirat nanti. Mereka bolehlah 'beraya sakan' di dunia, tetapi ingatlah kesenangan hidup di dunia hanya sebentar cuma! Mereka macam Firaun, Hamman dan Qarun.

Kepada mereka yang masih solat yang di dalamnya ada diucapkan "Ya Allah, tunjukki kami jalan yang lurus", Yang Maha Berkuasa menguji mereka dengan mendatangkan pelbagai masalah agar mereka dapat berfikir - "Ya Allah tak betul jalan yang aku ikuti selama ini, aku mahu kembali ke jalan-Mu yang lurus!"

Kata sahabat saya itu, ramai orang bisnes dan politik yang dikenalinya sudah 'kembali ke jalan yang lurus'. Pada konteks, hari raya ini, ungkapan kerap digunakan adalah 'kembali kepada fitrah'. Namun katanya, bagi orang bisnes dan politik tidaklah semudah orang awam untuk mengucapkan '0-0' ketika bersalaman antara satu sama lain pada Aidilfitri. Ucapan '0-0' bermaksud kedua-dua pihak kembali kepada fitrah, saling maaf memaafkan antara satu sama lain.

Dosa kepada Allah; Yang Maha Berkuasa Yang Maha Pemurah dan Penyayang sedia mengampunkannya tetapi dosa sesama manusia antara syarat pengampunan dan taubat seseorang itu perlu mengembalikan hak dan harta orang yang diambilnya. Inilah, yang beratnya kata sahabat saya itu.

Bagi orang bisnes dan politik, jika dulu dalam setahun dia rasuah RM100,000, dia perlu kembalikan wang itu kepada pemiliknya. Itu dalam tempoh setahun, kalau 10 tahun, wang rasuah itu adalah RM1 juta; kalau 20 tahun; RM2 juta. Persoalan ke mana wang RM2 juta (jika dapat disediakan) itu hendak dikembalikan? Itulah kalau rasuah dan penyelewengan RM2 juta; kalau RM20 juta, RM200 juta atau RM2 bilion?

Kata sahabat saya itu; dia mengenali seorang lagi sahabat bisnes yang 'sudah kembali ke fitrah'; dia sudah meninggalkan 'dunia lamanya' - dia dan keluarganya kini duduk dalam sebuah teratak buruk sebaliknya sebahagian besar harta-hartanya diinfakkan untuk membuat sekolah tahfiz yang kos pengurusannya dia tanggung sendiri. Dengar khabar lebih RM10,000 sebulan.

Selain itu, dia membuat pelbagai projek dan program kebajikan lagi semata-mata untuk 'membasuh dosa'nya. Demikianlah, apabila cahaya keimanan sudah menghampiri seseorang termasuk menyedari dosa lampau yang terlalu banyak, seseorang sanggup berkorban apa saja demi menggapai pengampunan Illahi. Tidaklah dia menguar-uarkan 'taubat' dengan bermodalkan 'air liur' saja atau kejap-kejap ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah!

Oohh, nampaknya pandai sekali penulis ini (LanH) menceloteh mengenai kisah orang lain. Penulis mengakui banyak dosa kepada ibu bapa, anak isteri, kaum kerabat, rakan setugas, sahabat handai dan juga pembaca sekalian; jadi pada Syawal mulia ini, penulis menyusun jari memohon ampun bagi 'membasuh segala dosa' itu. Kita '0-0' selepas ini, ya!