Kekadang ramai yang selalu persoalkan kejayaan orang lain... kenapa dia tu berjaya... kenapa dia tu hebat... kenapa dia tu selalu bertuah.... mengapa bukan kita? Persoalan yang sellau mencipta rasa iri hati, cemburu... dengki dan rasa tak puas hati... Ada yang salahkan kekurangan diri...ada yang menyerahkan bulat-bulat pada takdir dan nasib tanpa berusaha.... ada yang cuba memburukkan dan menjatuhkan si yang berjaya...perbuatan yang dilaknat Allah...... Tapi kenapa kita selalu tak tengok yang sebaliknya?
Si sipulan tu berjaya mencanak-canak hebatnya.... kita biasa-biasa.... Tapi kenapa kita perlu rasa dengki atau iri hati? Mengapa tidak bersyukur dengan apa yang kita dah ada...dengan cuba melihat ramai lagi yang lebih tak bernasib baik dari kita? Kita perlu rasa bersyukur dengan apa yang ada... Tapi perlukah kita duk rilek-rilek sahaja kata ini sudah cukup bagi kita tanpa usaha lebih?
Dari hati akan menbentuk realiti kehidupan kita.... Sebelum kita membuat apa-apa tindakan... baik kita muhasabah diri.. Si sipulan tu berjaya... Mengapa kita tidak? Sejauh mana usaha kita berbanding dengan dia? Sejauh mana kita yakin pada diri kita yang sebenarnya mampu berjaya macam tu juga? Setinggi mana kita mempositifkan diri kita untuk berjaya? Sekadar duduk goyang kaki main pusing-pusing pen sahaja dah mampu nak mencakar langit ke? Bawak kereta tekan pedal 50 km/h takkan dapat potong orang lain yang bawak kereta 70km/h... Atau sekadar duduk termenung baca wall Facebook tanpa menimba apa-apa ilmu baru setiap saat setiap masa? Sejauh mana kita menganjakkan diri kita menuju ke arah kejayaan yang diidam-idamkan tu?
Apa yang kita fikir... apa yang kita cakap pada diri kita sendiri... sebenarnya memberi kesan secara separa sedar terhadap diri kita... Kalau kita selalu fikir..."Aku nie bodoh...tak macam kau..." atau.. "Aku nie tak pandai cam ko... Cukup la stakat nie..." Atau lagi... " Cukup la setakat nie...dah untung jadiler... buat apa nak besarkan lagi....(perniagaan)"... Sindrom melayu kebanyakan... Cepat berpuas hati tapi cepat jugak rasa tak puas hati bila tengok kejayaan orang lain... Pastu mula la nak cari jalan nak tikam belakang... Tuduh bukan-bukan....Jadi stalker hari-hari tunggu berita kejatuhan si sipulan... Bukan ke lagi elok kalau jadikan kejayaan orang lain sebagai suntikan semangat nak berjaya juga?
Selain berdoa dan bertawakkal.... Cuba kita letakkan diri kita ke tempat yang lebih tinggi... berusaha dengan lebih gigih.... Merancang kehidupan dengan lebih terperinci... Mempositifkan diri dengan sepenuhnya.... Usaha DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH dahulu sebelum mengatakan ianya ketentuan Allah.... kerana Allah menyuruh kita berusaha dulu sebelum bertawakkal... Majukan diri... yakin pada diri..
Kalau kita rasa kita tak pandai... belajar dan membacalah dengan lebih gigih... Kalau kita rasa kita lembap... sediakan masa kerja lebih untuk tingkatkan keupayaan diri... Kalau kita rasa kita kurang pengalaman... Timbalah ilmu sebanyaknya dengan selalu menyertai apa-apa peluang yang ada... Kalau kita rasa kita lemah... Kuatkan diri sedaya upaya dengan seratus peratus semangat yang ada.... Kalau kita asyik kalah... Perbanyakkan latihan dan tingkat stamina tanpa mengeluh kesah kerana penat... Positifkan diri! Hentikan beralasan... hentikan sebab negatif... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... Ubah diri kita supaya mencari seribu daya sebelum menyerah duduk bersandar menerima qada' dan qadar... Dalam azan selalu menyeru... "Hayya 'Alal falah" yang bermaksud...Marilah Menuju Kejayaan...
Jika dilihat sudut yang lebih global.... Di mana Malaysia sekarang di mata dunia? Di mana level sukan bola sepak kita di mata dunia (Ranking 160++???) ? Di mana level kita dalam dunia akademik? Di mana Malaysia dalam kemajuan teknologi? Yang lebih penting... di mana MELAYU di mata dunia? Terkenal dengan sifat-sifat negatif? Kenapa dan mengapa jadi begitu? Lemah ker kita? Bukan ke Melayu nie satu bangsa yang pernah diangkat sebagai satu bangsa tersohor dengan kehebatan ilmu pelayarannya...satu empayar yang digeruni seluruh dunia... satu kerajaan yang menjadi pusat menimba ilmu pengetahuan ... Apa bezanya kita dengan nenek moyang kita? Adakah sebab hilangnya identiti asal... diperdaya dengan unsur negativiti penipuan teks sejarah - Melayu nie kaum yang lemah? Sama-sama positifkan diri kita.... Kembalikan era kegemilangan empayar kita di Asia Tenggara nie... yang lebih penting.. anjakkan diri kita sendiri dahulu...
P/S: Teringat lagu nie.... Memang menaikkan semangat....:)