Rabu, 2 Oktober 2013

tantrum

ANAK MENGAMUK @ TANTRUM

Menurut pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.
Panduan Hadapi Anak Mengamuk:

1. Alih perhatian dia.
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

2. Jangan mengikut kehendaknya.
Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

3. Elak daripada memarahi atau menjerit
Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4. Jangan pedulikan
Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

5. Apabila anak berhenti mengamuk
Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.

********************************************
“Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.”(HR. Muslim)

Mohon SEMUA yg baca tolong SHARE utk pengetahuan bersama. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat.

Terima kasih kepada yg SHARE.

Iman

1.Melalui mujahadatunnaf.
Mujanadatunnaf ialah berjuang melawan hawa nafsu jahat dan melawan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak dan mendorong kita ke jalan kejahatan.
Latihan-latihannya adalah melalui 3 peringkat iaitu:
a ) Takhalli : Takhalli ialah berusaha berjuang membuang segala sifat-sifat jahat atau membersihkan jiwa kita daripada sifat jahat atau mazmunah
b) Tahalli : Tahalli ialah mengisi jiwa kita dengan sifat baik (Mahmudah). Setelah kerja pembersihan selesai kita isi pula wadah (jiwa dan hati) dengan perkara baik.
c) Tajalli : Peringkat Tajalli ialah peringkat merasa nikmat meninggal atau membuang sifat jahat dan merasa nikmat mengisi atau melakukan sifat baik serta merasa keagungan dan kehebaan Allah. Orang yang dapat membuang sifat-sifat jahat dan dapat pula menghiasi dirinya dengan sifat baik, Allah akan singkap hatinya dapat merasa nikmatnya beribadah dan nikmat sentiasa mengingat Allah dan sentiasa ingin membuat kebaikan.

2. Cara atau peringkat kedua ialah melalui mengerjakan amalan sunat. Terutama sembahyang sunat khususnya di waktu malam (sembahyang tahajjud). Selain daripada amalan sembahyang sunat ialah puasa sunat, berdoa, baca Al Quran dan sebagainya.

3. Cara dan peringkat ketiga untuk mendapatkan iman ialah melalui tafakur. Tafakur atau berfikir atau merenung ialah salah satu cara mendapatkan iman. Khususnya merenung dan berfikir akan kebesaran Allah dan kehebatan serta hikmah sesuatu yang dijadikan oleh Allah sama ada berbentuk benda (alam, muka bumi, bintang dan lain-lain) dan juga kejadian-kejadian ke atas diri kita seperti nikmat dan ujian. Semuanya mempunyai hikmah yang kalau kita renungkan akan mendapat iman.

Kambin

kisah seorang sahabatku, penjual haiwan ternakan:

Setelah melayani pembeli, saya melihat seorang wanita sedang memperhatikan dagangan kami, 

Dilihat dari penampilannya sepertinya mahu membeli. Lalu saya menghampiri nya dan menawarkan.
“Sila kan puan"
Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa?” Wanita itu menunjuk pada haiwan yang paling murah. 
Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya. 
"Harga paling diskaunnya berapa?"
"RM250 bolehlah". harga sebegitu untung saya kecil, tapi biarlah..
“Wang saya cuma ada RM200, boleh ya..”.
Alahai.. saya bingung, karena itu harga modal kami, akhirnya saya berlembut. “Biarlah..”

Sayapun menghantar haiwan wanita itu, Ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullaah..
Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.
Wanita itu hanya tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak melihat tempat tidur yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sedang tidur seorang nenek tua kurus. “Mak.. bangun mak, nih tengok Sumi bawa apa", Perempuan tua itu terbangun.
“Mak Sumi sudah beli kambing buat emak qurban, nanti kita hantar ke Masjid ya mak."

Orang tua itu terkejut namun kelihatan bahagia, sambil mengusap-usap kambing orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.
“Nih abang duitnya, maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah, saya hanya kuli cuci, saya sengaja kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya...

Ya Allah... Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hambaMU yang satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergetar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.
“Bang nih wang kambing itu!" panggil wanita itu,

“Tak pa lah puan, biar biaya kambing ini, saya yg bayar."

Saya cepat pergi sebelum wanita itu perasan bila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambaNYA yg dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya....

Semoga Allah mempermudah kita semua...

Audit 2012

Baca la satu persatu. Kalau rasa mampu baca tanpa rasa sakit, baca la satu persatu. Kalau rasa tak mampu untuk bendung rasa sakit di ahti, maka jangan baca. Kerana ia hanya membuatkan kebencian terhadap BN semakin meluap2. Setiap tahun pun sama. Ini kitaran nya.Laporan audit didedahkan kepada umum = kita bahas sebab wujud penyelewengan = menteri berjanji akan menyelesaikan perkara berbangkit =tapi janji tinggal janji = penyelewengan dan penyalahgunaan dana awam terus wujud = tiada hukuman dan tindakan dikenakan kepada pihak2 yang berpangkat besar = hanya mereka2 yang kecil dan berstatus rendah disuruh pikul tanggungjawab= maka kita tunggu la laporan audit untuk tahun mendatang pula = proses yang sama berulang dan berulang dan masih berulang.Adakah suara2 rakyat ialah suara2 monyet pada pandangan pemimpin BN? 

Nampaknya macam ya. Kerana mereka tak rasa takut atau serik langsung untuk berbuat kezaliman terhadap rakyat sendiri. Dan nampaknya penyokong2 BN juga sampai sekarang tak serik2 memangkah parti itu walaupun bukti demi bukti penyelewengan didedahkan.Alasan mereka yahudi, kafir, kristian, cina blablablabla.. alasan2 yang merepek tak tentu hala. Meletakkan ketakutan di tempat yang tak terbukti itu merupakan satu kebodohan. Tak payah ulas panjang2 la bab kebodohan tue. Buang masa nak bedahsiasat akal mereka.Kita ulas terus bab laporan audit negara bagi tahun 2012.1. RTM beli jam yang mencecah harga 3,810 sebijik dalam 20 biji. Menurut laporan audit, harga jam tue sepatutnya rm100 aje pun sebuah. 

2. Untuk scanner pula = mesin pengimbas, RTM beli dengan kos RM14,670 sebuah. Hahaha. Ada ke scanner dengan harga mahal macam tue? Nak imbas apa? Mata? Otak? Kertas aje pun woi. Scanner A4 aje pun. Untuk jam dinding yang branded nak mampos tue katanya dengan mesin scanner tue RTM telah belanjakan sebanyakRM120, 210.00 = 3 scanners + 20 biji jam dinding. Jangan menangis wahai pembaca2 blog. Jangan menangis. Jika anda rasa ini pembaziran, maka ketahuila bahawa ada lagi yang lebih membazir dari ini.3. Kalau nak tahu, RTM juga beli scanner untuk A3 dengan harga rm20, 630 sebuah. Beli 5 biji. Harga asal rm1,000 sebuah. Tapi RTM beli dengan harga 20k. Wow.4. Dan nak tahu apa respon RTM terhadap siasatan audit? Mereka cakap harga yang bayar meliputi kos pemasangan, penyelenggaraan dan kos maintainance. Gila kelakar nak mampos. Ko tak reti nak godek2 jam dinding tukar bateri ke apa bagai kalau dia dah lambat bergerak? 


Dan audit juga memaklumkan bahawa semua peralatan di atas dibekalkan oleh sebuah syarikat melalui rundingan terus. Syarikat kroni sapa la tue ek. 5. Jabatan Kastam pula menyebabkan kerugiaan 600k bila mereka lupuskan beribu2 pasang kasut atas alasan tidak menepati piawaian kualiti yang dikehendaki oleh Kastam. Secara logiknya aku neh pembeli, ko pula penjual. Ko jual sesuatu, aku check dulu, dah oke baru aku bayar. Betul tak? Tapi bila barangan yang dijual itu tidak menepati kehendak aku, apakah aku akan terus proceed dan bayar? Tak la kan. Tapi apakah pula prosuder yang dijalankan oleh KASTAM? Kalau tak menepati piawaian, tukar la balik. Suruh syarikat tersebut betulkan kesalahan mereka. Apa jadah ko buang duit sampai 600k macam neh?6. Kementerian kesihatan lagi best. Mereka boleh pergi upah 2 syarikat untuk selenggara facebook. Tak belajar dari kesilapan Ng Yen Yen nampaknya. Kempen kesihatan untuk mengalakkan masyarakat agar jangan merokok. Melibatkan rm320k wang pembayar cukai. Takde masalah kalau mereka betul2 focus buat kerja2 kempen seperti risalah, video kesedaran dan sebagainya. Tapi kalau sekadar bangunkan satu laman facebook, apa je pun? Ia boleh dibuat sendiri ma. 

Lantikla satu kakitangan tetap bayar la gaji dia tiap2 bulan untuk update status facebook, kongsikan kempen2 kesedaran mengenai tabiat merokok. Kan lebih menjimatkan disitu? 7. Kementerian yang sama juga berperanan membazirkan wang pembayar cukai sebanyak rm38,750 apabila kempen2 risalah kesedaran tentang bahaya merokok dan juga beg kertas terpaksa dilupuskan akibat menggunakan kata2 yang sukar difahami dan kata2 yang dianggap menghina. Merokok satu tabiat bodoh untuk orang bodoh. Inila slogan yang digunapakai yang kemudian nya menyebabkan ia terpaksa dilupuskan begitu saja. Bukan kah perkataan yang lebih tepat ialah kementerian kesihatan diuruskan oleh orang yang bodoh untuk menghasilkan kempen yang bodoh? Bahkan audit turut mendedahkan terdapat ribuan kesalahan ejaan dalam buku2 nota yang mereka sepatutnya edarkan kepada masyarakat. Ohh yeah? Makna nya alasan perkataan bodoh itu hanyalah sekadar alasan sampingan aje kot. Alasan utama nya ialah buku2 nota tersebut mengandungi kesalahan ejaan yang memalukan kementerian jika ia diedarkan juga. Heh.

8. Kerajaan bayar rm1.6juta untuk artis kpop di saat rakyat dihadapkan dengan pelbagai kempen jimat cermat pada tahun 2012. Masihkah korang semua ingat lagi? Apa TPM cakap? Rakyat malas nak berjimat cermat? Apa Jamil Khir cakap? Orang miskin jangan suka meminta2? Woahhhh. Artis kpop dibayar jutaan ringgit beb. Rakyat sendiri dipaksa berjimat beb. Potong pelbagai subsidi lepas tue ceramahkan kita agar lakukan perbelanjaan berhemah. Takde duit untuk kebajikan rakyat tapi ada duit untuk artis KPOP? Artis kpop bukan orang kafir? Bukan kah totok UMNO anti nak mampos dengan orang2 kafir? Lainla aku yang rilex je dengan geng2 kafir dan yahudi. Bahkan aku sentiasa menyayangi mereka.9. Mahu tahu pula apa yang CEO2 KHAZANAH buat seperti yang dilaporkan oleh audit negara? Dorang dapat kad kredit AMEX tanpa had penggunaan. Pergh. Rujuk bawah ;Dapat kad kredit percuma satu hal, takde had satu hal, tak mengisytiharkan pula perbelanjaan satu hal, tak payah bayar satusen pun satu hal lagi. Owhh indahnya dunia membelanjakan wang orang lain tanpa kawalan.10. Yang neh pun best juga. Seorang pegawai kerajaan dibayar sebanyak rm303,813 untuk melancong sambil bekerja ke Geneva-Switzerland selama 4 hari yang mana audit mendedahkan bahawa jika pegawai tersebut menggunakan penerbangan kelas pertama pergi balik, tidur di hotel mewah sekalipun tak mungkin kos nya akan mencecah rm50,000.

11. Audit juga mendedahkan bahawa kerajaan terlebih bayar kepada TM sebanyak rm27.59 juta bagi program MERS = Talian 999 satu inisiatif kerajaan untuk memudahkan aduan mengenai kecemasan di negara ini. 12. Dalam perkembangan yang berkaitan, audit turut mendedahkan kerajaan terlebih bayar rm1.92juta kepada pakar perunding bagi projek MERS. Dan TM juga masih mengenakan bayaran kepada kerajaan bagi satu projek usahasama untuk mendidik kanak2 mengenai penyalahgunaan talian 999 walaupun projek tersebut telah dihentikan sejak tahun 2008. Audit mendedahkan despite of that, TM masih gagal mendidik rakyat mengenai panggilan palsu yang dibuat terhadap talian 999 di mana 97.5 % panggilan yang dibuat terhadap 999 adalah panggilan kecemasan yang palsu. Dan 32.4% panggilan kecemasan yang dibuat pula tak berjawab. 13. Yang neh pun best juga. Lebur rm30,000 atas papan iklan. Aku malas nak tulis dah. AKu PC je korang baca. Klik gambar untuk pembacaan yang lebih jelas.Kalau untuk kempen2 kesedaran takde masalah. Tapi kalau sekadar bayar syarikat untuk buat papan iklan yang rosak + jahanam apa cerita? Buang duit aje la.

14. Kementerian Kesihatan memang sure suka membazir tak tentu hala. Kempen2 kesedaran memang oke. Tapi kena pantau gak projek2 tersebut. Jangan main langgar lari aje. Ini ada satu lagi kes pasal papan iklan. Kali neh 30 papan iklan = rm494k. Kalau boleh dipakai takde hal. Masalah haprak. Betul2 buang duit. Lihat gambar ;15. Audit juga mendedahkan MBM Majlis Belia Negara membayar 2 atau 3 kali bagi kerja2 yang sama. Buat satu kerja tapi dapat bayaran dua atau tiga kali. Pergh. Bestnya.Lihat bawah ;16. Yang neh pun best juga. Bayar punya bayar tapi takde bukti kenapa bayaran itu dibuat. Best tak? Menurut semakan audit mereka ;- Bayaran tersebut di anggap tidak jelas- Dan tidak munasabah - Siasatan harus dijalankan bagi memastikan unsur2 penyelewengan tak berlaku.Hehe. Tak payah la beria2 audit oooii. Duit tue dah lebur ke mana2 hala dah. Rakyat je kena jimat cermat la neh.Lihat bawah. Ia babitkan Jabatan Belia dan Sukan Negara. Ini lagi satu.

Sejumlah RM179,080 didapati telah digunakan untuk perbelanjaan Majlis Makan Malam Petugas HBN 2012, di mana terdapat peningkatan perbelanjaan sebanyak 80.2% berbanding sejumlah RM99,365 yang telah dibelanjakan untuk majlis yang sama pada tahun sebelumnyaKorang boleh teruk p kat page 377. Kalau rajin baca sekali yang kementerian yang sama telah membelanjakan 42,500 untuk beli 17 papan tanda robot yang audit sifatkan tidak munasabah dengan harga yang ditawarkan.Pfttt. Kita ada banyak duit rupanya. Ingatkan betul2 dah takde duit untuk salurkan kepada kebajikan rakyat. Dah sampai beli papan tanda robot ribu2 tue mestila duit kerajaan banyak sangat.17. Dalam laporan audit juga mendedahkan bagaimana aset polis hilang meskipun dalam pengawasan polis sendiri. Antara aset yang dicatatkan hilang ialah PISTOL dan juga kenderaan polis. 


Menurut KPN, pistol tersebut mungkin jatuh kat laut. Macam pelik pula jawapan tue. Sebab kalau korang tengok laporan audit, pistol2 tersebut hilang secara berasingan dan dilaporkan kehilangan oleh polis2 yang berbeza tapi macam mana pula pistol2 tue boleh sepakat untuk terjun ke laut bersama2? Ya, ya jangan tanya aku boleh tak pasal aku pun tengah dok ketuk2 kepala hotak untuk memahami maksud KPN kesayangan korang tue.18. Begitu juga dengan beberapa buah pesawat yang dibeli oleh kementerian pertahanan tetapi tidak boleh diterbangkan atas alasan tiada penyelengaraan akibat kekurangan dana untuk maintainance. Cantik. Beli sikit punya mahal. Tapi tak boleh terbang. Dah tahu ia pesawat yang memerlukan kos maintainance kenapa tak amek kira semua aspek sebelum melakukan pembelian? Tak merancang ke? Bila lama2 tak pakai, terbiar, tak diselanggara dengan baik bukan kah ia akan rosak dan reput begitu saja? Dah rugi lagi duit. Beli baru lagi lepas tue takde lagi duit nak selanggara, betul tak?Sebenarnya kalau baca satu persatu, memang penyelewengan penuh bersepah2 kat pelbagai agensi2 berkaitan kerajaan dan kerajaan itu sendiri. Penat nak tulis. Terlalu banyak. Aku baca pun pening. 

Sana sini wujud ketirisan yang amat besar.Sebenarnya juga aku dah lama faham. Rakyat juga dah sedia faham. Mana2 penyelewengan yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan adalah bermaksud kakitangan kerajaan tue yang buat, bukan menteri2 yang buat. Sudah sepatutnya la kakitangan kerajaan tue dihadapkan dengan hukuman. Kenapa menghukum menteri2 pula.Itu betul. Tapi bila menteri sendiri berpakat melakukan pembaziran dan menutup kelemahan demi kelemahan oleh kakitangan2 di kementerian2 mereka apa cerita? Tak ke mereka bersalah sekali sebab bersubahat dan berpakat?Fahami la dulu. 1. Penyelewengan demi penyelewengan didedahkan oleh audit.2. Tindakan susulan yang diambil untuk membetulkan kesalahan adalah dalam skala yang kecil.3. Duit tetap hilang tak berganti, kerajaan tetap rugi.4. Kakitangan atasan yang terlibat dalam proses kelulusan masih bekerja, kakitangan bawahan yang dipersalahkan, dipecat dan dipertanggungjawabkan. Contohnya macam kes menteri2 kita neh la. Bukan sedikit mereka dikaitkan dengan pelbagai skandal. Tapi ada siasatan? Ada? Takde. Bahkan dapat jawatan demi jawatan lagi la ada. Mereka disucikan

 dengan mengunakan statement media. Yang lebih keras menyucikan diri dengan tindakan saman. Dan akhirnya yang rakyat yang macam kita juga terpaksa menelan air liur. Nak lawan orang kaya kena spare duit. Kita duit tak banyak. Cukup2 makan pakai. Taknak lawan rasa tak boleh. Nak lawan kena ada duit. Kita tersepit di tengah2. Maka kembali la pada Allah yang menjadi tempat mengadu. Sampai bila mangkok2 ayun neh masih mahu menyusahkan kami? 5. Siasatan dilakukan bersifat sementara. Nak kaburi pandangan rakyat. Owh rupanya kerajaan nak selesaikan masalah padahal selepas 3,4 bulan kes tersebut senyap, takde apa2 perubahan dan penyelewengan tetap berlaku.6. Tiada usaha yang konsisten, keras dan tegas untuk menghentikan pembaziran yang dilakukan oleh sektor awam.

7. Tiada usaha yang konsisten, keras dan tegas untuk menyenaraihitamkan individu2 tertentu yang terlibat dari luar untuk songlap duit kerajaan. Individu2 ini menggunakan nama syarikat2 yang berbeza still dapat projek sebab disenaraihitamkan based on syarikat not based on individu itu sendiri.8. SPRM tidak dilibatkan secara terus supaya kakitangan awam rasa kecut untuk melakukan penyelewengan. Hukuman yang ringan dan biasa2 aje membuatkan mereka tak rasa takut langsung disamping ketidakpekaan oleh kementerian2 tersebut untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan dana awam dengan tegas.9. Sistem lulusan bayaran yang tidak efisen, tidak tersusun dan tidak tertib. Sepatutnya semua bayaran2 yang diluluskan perlu melalui satu agensi pemantauan yang mana berperanan menyiasat, membuktikan kesahihan, memastikan bahawa bayaran tersebut tally dengan barangan dan satu2 


perkhidmatan, sebelum boleh dikeluarkan baucar bayaran. Lebih baik kita gunakan duit pembayar cukai untuk wujudkan satu agensi pemantauan dan siasatan yang berkesan daripada berterus terusan membiarkan penyelewengan, pembaziran dan penyalahgunaan dana awam seperti ini. 3OK nampak macam kecik. Tapi bila dihitung2 dengan 30k, dengan 120k, dengan 1.6juta dan semua sekali, ia adalah satu jumlah yang amat besar dan sangat2 sakit ahti untuk difikirkan ia terbazir begitu saja untuk perkara yang tah hapa2 disaat rakyat terpaksa berhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi dengan subsidi untuk rakyat ditarik balik sedikit demi sedikit atas alasan kerajaan mengalami defisit, rakyat perlu berjimat dan perlu sama2 kerajaan untuk membantu memulihkan ekonomi negara. Takde masalah. Kita sama2 bersatu memulihkan ekonomi negara. Tapi masalahnya sekarang disatu pihak je diseru berkorban disatu pihak lagi langsung buat tatau.

arak kering

Aku dulu seorang perokok juga tetapi level social smoker. Bila dah habis kerja baru merokok. Itu pun secara santai.

Tetapi setelah aku mengikuti pengajian agama di mesjid, aku terus berhenti dan buang semua rokok yang aku dah beli. Ustaz yang mengajar menceritakan bahawa anak saudaranya bekerja di Malayan Tobacco. Anak saudaranya menceritakan dari awal hingga akhir.

Daun tembakau ni manis dan ulat terlalu suka makan. Kalau daun berlubang2 peraih atau kilang reject. So, petani2 tembakau spray racun serangga ke pokok dan daun2 tembakau setiap pagi. Dulu, walau pun daun tembakau berlubang2, apabila petani menjemurnya, sang kambing pulak makan. Kini, setelah disembur racun serangga, bukan ulat sahaja yang tak sentuh daun tembakau, malah kambing pun tak mahu.

Peraih akan membeli daun2 yang telah dikeringkan dari petani. Kemudian peraih akan jual kepada pengilang. Pengilang akan mengasingkan daun mengikut grade. Daun2 yang telah diasingkan mengikut standard grade nya, akan direndam dalam takungan besin besar untuk beberapa hari. Daun bukan direndam dalam air biasa tetapi arak atau rum mengikut jenama apa rokok itu nanti. Rendaman ini dilakukan untuk beberapa sebab. Pertama untuk menghilangkan bau racun serangga yang melekat pada daun semasa di spray oleh petani. Kedua tujuan penjenamaan sesuatu brand mengikut perisa.
Itu sebab ada rokok yang rasanya agak keras. Ada pula yang rasanya agak lembut. Dan ada pula yang rasanya berangin atau ber mentol. 

Sambung ustaz tu lagi, sesiapa yang menghisap rokok....sebenarnya dia menghisap arak kering. Yang bermentol tidak baik untuk kaum lelaki untuk jangka panjang kerana akan menjejaskan kejantanan mereka kelak.
Sejak dari malam tu, aku terus berhenti membeli dan menghisap rokok. Kadang2 meleleh melihat kawan2 menghisap rokok didepan aku. Tetapi aku punyai pendirian. Bagi aku menghisap rokok ini bukan sahaja mengancam kesihatan tetapi haram kerana arak atau rum digunakan dalam merendam daun tembakau.