Tetapi setelah aku mengikuti pengajian agama di mesjid, aku terus berhenti dan buang semua rokok yang aku dah beli. Ustaz yang mengajar menceritakan bahawa anak saudaranya bekerja di Malayan Tobacco. Anak saudaranya menceritakan dari awal hingga akhir.
Daun tembakau ni manis dan ulat terlalu suka makan. Kalau daun berlubang2 peraih atau kilang reject. So, petani2 tembakau spray racun serangga ke pokok dan daun2 tembakau setiap pagi. Dulu, walau pun daun tembakau berlubang2, apabila petani menjemurnya, sang kambing pulak makan. Kini, setelah disembur racun serangga, bukan ulat sahaja yang tak sentuh daun tembakau, malah kambing pun tak mahu.
Peraih akan membeli daun2 yang telah dikeringkan dari petani. Kemudian peraih akan jual kepada pengilang. Pengilang akan mengasingkan daun mengikut grade. Daun2 yang telah diasingkan mengikut standard grade nya, akan direndam dalam takungan besin besar untuk beberapa hari. Daun bukan direndam dalam air biasa tetapi arak atau rum mengikut jenama apa rokok itu nanti. Rendaman ini dilakukan untuk beberapa sebab. Pertama untuk menghilangkan bau racun serangga yang melekat pada daun semasa di spray oleh petani. Kedua tujuan penjenamaan sesuatu brand mengikut perisa.
Itu sebab ada rokok yang rasanya agak keras. Ada pula yang rasanya agak lembut. Dan ada pula yang rasanya berangin atau ber mentol.
Sambung ustaz tu lagi, sesiapa yang menghisap rokok....sebenarnya dia menghisap arak kering. Yang bermentol tidak baik untuk kaum lelaki untuk jangka panjang kerana akan menjejaskan kejantanan mereka kelak.
Sejak dari malam tu, aku terus berhenti membeli dan menghisap rokok. Kadang2 meleleh melihat kawan2 menghisap rokok didepan aku. Tetapi aku punyai pendirian. Bagi aku menghisap rokok ini bukan sahaja mengancam kesihatan tetapi haram kerana arak atau rum digunakan dalam merendam daun tembakau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan