Pelik dengan dunia ni... Pelik dengan orang atasan, ternama, VIP dan seangkatannya. Kita diajar untuk tepat pada masa, diajar dari kecik. Bila join sesuatu organisasi, ataupun belajar secara teori untuk menetapi masa. Biasalah orang yang mahu berjaya dan berdisiplin mestilah kena tepat pada masa kan?
Tapi kenapa bila sesuatu majlis, atau apa-apa event, VIP selamba datang lambat. Bajet dia je la yang busy, dia je la yang terkejar masa, masa dia je yang berharga... Buat orang yang hina macam kita ni tertunggu-tunggu... Ohhh duniaaa, takde teladan langsung... Then, orang bawah akan sambung tradisi itu sehinggalah berabad... takkan hilang tradisi tu kan?
*Menyatakan ketidakpuasan hati pada orang atasan
*Bermakna orang atasan hanya bijak berkata tapi disiplin kurang memuaskan
*Alasan jalan jammed, ada kerja dan sebagainya sangat tidak munasabah sebab kita yang hina ni kalau bagi alasan camtu konfirm kena reject gak. Tak boleh gerak awal ke beb?
*Ketidakadilan terus berleluasa walaupun benda ni nampak kecik
*Banyak majlis aku pergi, tak pernah pun tepat pada masa... Ape punya sikap lah manusia yang dipandang mulia buat macamtu -__
*Sebab tu orang yang bawah2 ni susah nak tepat pada masa... tengok je lah orang atasan, orang yang untuk diteladani... hehehe
*Stress baca nota tak habis lagi, minggu test bermula esok!!!!
#Harap sape2 yang jadi orang ternama, atasan, VIP dan sebagainya tolong ubah tradisi ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan