Blog Zon152
Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Mengapakah ini berlaku? Adakah ia boleh dibaiki?
Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas manakala Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling.
Gambar 1: Bentuk biasa kapasitor kipas
Gambar 2: Lokasi kapasitor kipas siling
Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.
Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.
Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.
*Saya dapat banyak soalan mengenai kerosakan kipas siling. Sila rujuk dibawah untuk melihat soalan lazim dan jawapan mengenai kerosakan kipas siling.
Kipas Siling Kawalan Jauh Semakin Perlahan
Saya sering sahaja menerima email mengadu tentang masalah kipas siling kawalan jauh mereka yang bermasalah. Antara masalah yang sering diadukan adalah kipas tidak berpusing laju atau tidak berpusing langsung walaupun terdapat bunyi 'tit tit' apabila alat kawalan jauh ditekan. Masalah ini berlaku BIASANYA berpunca dari kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) dalam kipas tersebut.
Pada artikel lalu, saya ada menunjukkan lokasi kedudukan kapasitor bagi kipas siling biasa yang terletak pada bahagian atas kipas. Kipas siling biasa hanya memerlukan satu kapasitor sahaja untuk berfungsi. Tetapi untuk kipas siling kawalan jauh memerlukan beberapa buah kapasitor dan ia dipasang pada PCB di dalam kipas tersebut.
Apabila anda menanggalkan kipas kawalan jauh yang bermasalah itu, anda akan menemui (PCB) seperti gambar di bawah ini. Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor 'start' dan kapasitor 'run', yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pada PCB tersebut. Kapasitor 'start' BIASANYA berwarna hitam, manakala kapasitor 'run' pula BIASANYA berwarna kuning atau coklat. Sekiranya kapasitor tersebut berwarna lain, terpaksalah anda menggunakan kebijaksanan sendiri atau mendapatkan bantuan mereka yang mahir elektronik untuk mengecam kapasitor 'start' dan kapasitor 'run'.
Berdasarkan pengalaman saya, kapasitor 'start' yang sering menjadi punca kepada masalah kipas perlahan dan tidak berpusing. Sekiranya anda dapati kapasitor 'run' menggelembung, ganti juga kapasitor tesebut. Tanggalkan kapasitor dari PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru tersebut adalah lebih dari 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan yang asal. Selamat mencuba ;-)
Kipas Pusing Terbalik Selepas Dibaiki
Soalan: Saya baru sahaja tukar kapasitor pada sebuah kipas dinding. Kemudian, apabila kipas dihidupkan, bilah kipas berpusing terbalik (angin keluar ikut belakang). Kenapa boleh jadi sedemikian, adakah saya terbalik pasang wayar live dan neutral, ataupun masalah lain?
Jawapan: Nampaknya anda sudah tersilap membuat penyambungan wayar pada kapasitor tersebut.
Motor kipas dinding biasanya ada tiga wayar (rujuk gambar di atas) . Wayar COMMON biasanya berwarna hitam, manakala warna wayar RUN dan wayar START adalah tidak tentu, bergantung pada pengilang. Biasanya pada tapak bawah atau bahagian dalam kipas terdapat gambarajah litar yang boleh dirujuk untuk mengetahui warna wayar START dan RUN.
Mengikut pendawaian yang betul, kapasitor hendaklah dipasang pada terminal START. Tetapi anda telah memasang kapasitor pada terminal RUN, oleh sebab itu kipas berpusing terbalik. Betulkan semula sambungan wayar kapasitor tersebut. Kapasitor untuk kipas tidak mempunyai kekutuban (tiada terminal positif-negafit atau live-neutral).
Kedudukan wayar neutral dan live tidak mempengaruhi arah putaran kipas. Anda boleh sambung wayar COMMON pada live, wayar START dan RUNNING pada neutral, tiada masalah.
Soalan Lazim Mengenai Kerosakan Pada Kipas Angin
Berikut adalah himpunan soalan lazim yang sering ditanya berserta dengan jawapan.
Di mana saya boleh mendapatkan kapasitor kipas?
Kapasitor kipas boleh didapati di kedai elektrik yang ada membuat kerja pembaikan peralatan elektrik atau kedai yang menjual komponen elektronik.
Kipas siling rumah saya tiba-tiba sahaja berpusing terbalik, angin hembus ke atas. Kenapa boleh jadi macam itu?
Adakah kipas anda kipas siling biasa? Jika ya, itu menunjukkan kapasitor kipas mengalami kerosakan. Gantikan kapasitor itu dengan yang baru.
Sekiranya kipas kawalan jauh, mungkin anda telah mengaktifkan fungsi 'reverse rotation' pada kipas tersebut. Fungsi ini akan menyebabkan kipas berpusing terbalik dan fungsi ini berguna di negara yang mempunyai iklim sejuk. Sekiranya kipas anda tidak mempunyai fungsi seperti ini tetapi kipas berpusing terbalik, ini menunjukkan kapasitor kipas telah rosak.
Saya ada masalah dengan sebuah kipas siling yang menggunakan remote control. Pada kelajuan 1 atau 2, kipas berpusing sangat perlahan, tetapi pada kelajun 3, kipas berpusing dengan laju. Adakah kapasitor dalam kipas ini perlu diganti?
Masalah sebegini menunjukkan terdapat kerosakan pada papan elektronik dalam kipas tersebut, bukannya pada kapasitor kipas. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.
Kawasan perumahan saya baru-baru ini mengalami over-voltage menyebabkan 2 biji kipas siling rumah saya tidak berfungsi. Adakah ia boleh dibaiki?
Adakah kipas anda ini kipas siling biasa atau kipas siling remote control? Sekiranya kipas siling biasa, cuba ganti regulator (alat pengawal kelajuan kipas) kepada yang baru.
Sekiranya anda menggunakan kipas siling remote control, papan elektronik dalam kipas tersebut telah rosak. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.
Kipas meja saya berpusing perlahan walaupun telah diset pada kelajuan maksimum. Kapasitor kipas telah diganti baru tetapi kipas tetap perlahan. Kenapa boleh jadi seperti itu?
Dalam kipas terdapat 2 jenis gelung, gelung 'start' dan gelung 'run'. Kerosakan seperti ini menunjukkan gelung 'start' telah putus. Kipas anda perlu dihantar ke kedai 'motor rewinding'. Tetapi kos rewinding untuk kipas adalah tidak berbaloi kerana kosnya sama seperti membeli kipas baru. Lebih baik beli kipas baru.
Di manakah saya boleh mendapatkan khidmat membaiki kipas siling?
Agak sukar kita mencari kedai yang membaiki kipas siling terutamanya kipas siling kawalan jauh. Ini kerana seseorang juruteknik perlu datang ke rumah anda, perlu panjat dan tanggalkan pemasangan kipas tersebut. Sekiranya perlu, kipas tersebut perlu ditanggalkan dan dibawa balik ke bengkel pembaikan. Kos untuk perkhidmatan sebegini adalah tidak berbaloi kerana kos pembaikan adalah hampir sama dengan pembelian kipas baru. Kadang-kadang kipas tidak dapat dibaiki (teruatamanya kipas siling kawalan jauh) kerana alat ganti pada papan elektronik tiada di pasaran.
Apa yang anda boleh buat, tanggalkan sendiri kipas siling anda yang rosak dan hantar ke kedai pembaikan alat elektrik atau elektronik.
Sekiranya anda tahu kedai-kedai yang ada membuat pembaikan kipas di sekitar tempat tinggal anda, boleh beritahu di ruangan komen.
Untuk Pelbagai info elektronik yang menarik sila lawati: zon152.blogspot.com
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
BalasPadamKipas remote model Panasonic, PCB No. M14C5 saya berputar perlahan dan tersangkut-sangkut (jerking) pada kelajuan no. 2.
Adakahn disebabkan oleh running capacitor C33 (2.9u-farad) yang perlu di tukar?
Perlukah starter capacitor C2 (.82u-farad) juga perlu ditukar
Terima kasih
Perlukah
kalau nak tukar kipas remote.. kpd regulator mcm mana?
BalasPadamkalau nak tukar kipas remote.. kpd regulator mcm mana?
BalasPadamBuang remote kt kipas, bypass, pastu pasang regulator, done
BalasPadamMcamne nk bypass tu..
PadamSy tukar kapasitor bulan 11 tahun lepas (1.5uf kepada 1.8uf), skarang dah slow macam asal. Adakah normal utk ganti kapasitor setiap tahun atau ada punca lain?
BalasPadamsalam...remote kipas sy rosak.. kipas jenis rubine.. boleh repair tak..
BalasPadamKipas berdiri sy no 1 pon dah laju..mcm mne nk bagi slow? Boleh tambah regulator ke?
BalasPadamkalau jadikan kipas remote.. kpd regulator mcm mana?
BalasPadambagaimana cara wiringnya tuan...(blh ke buka board eletronik dan buat sambungan bypas...bagaimana sambungan wayar perlu dibuat)
Rumah saya pakai kipas siling biase tapi bila sye buka suiz dan kelajuan pada no 1 dan 2 slow sgt.. Bile buka no 3 dan 4 kipas tak berpusing.. Tapi bile buka no 5 kipas memang laju.. Apa masaalah kipas rumah saya ini ye??
BalasPadamKipas siling sy berpusing terbalik. Jenama sapphire. Kipas baru ada 3 biji semua berpusing terbalik. Mcmn nk betulkan pusingan kipas seperti biasa
BalasPadamSelamat sejahtera, jika ingin cari papan litar kipas Panasonic boleh email saya Wileyteh@gmail.com ataupun terus layari ke page online web saya di shopee https://shopee.com.my/wileyteh . Papan Litar Original & murah.
BalasPadamSalam..kipas diding sy tidak berfungsi la..baru je beli..klu en tahu ap sbbnye ye...kipas
BalasPadamboleh ke ke tu board kipas siling brand deka ke board brand kdk...?
BalasPadamKipas siling kawalan jauh saya x berpusing...bila pusing guna tangan baru jalan...tp remote x boleh kawal kelajuan...adakah masalah kapasitor
BalasPadamBoleh tolong repair kipas x ..area masai johor
BalasPadamSiapa2 yg pndai repair kipas. Area masai johor
BalasPadamSaya ada membuat perkhidmtan baiki kipas. Layari fb saya https://www.facebook.com/drkipas
BalasPadamUntuk yang ada masalah kipas area klang,pelabuhan klang,banting dan sekitar boleh jenguk² page fb saya https://www.facebook.com/baikipas/
BalasPadam