Sabtu, 26 Oktober 2013

zimbabwe


NAJIB dah bentang Bajet, duit rakyat kena kebas. Hari ni pujian juak juak melambung lambung.. Keluar paper, keluar segala media kononnya HEBAT! Ok.. Untuk permulan aku nak sentuh pasal GST. Tapi sebelum terlupa, aku SYOR pada orang2 Umno. 

Lepas ni ramai2 nyanyi lagu P.Ramlee filem 1961 Ali Baba Bujang Lapok: "Beginilah nasib diriku yang malang, ooh Tuhan.." Kah kah kaaaaaaaahh!! Habis semua rakyat kena cukai GST 6%. Najib kata cukai ni banyak negara lain buat, contohnya Zimbabwe. Nasib badan. 

Dapat PM janji dicapati. NAJIB sebut Zimbabwe pun dah laksana GST. Dia bohong kering live 27juta rakyat Malaysia. Aku dah research seharian tentang GST Zimbabwe? Mane ade? FAKTANYA Zimbabwe Revenue Authority dah hapus Sales Tax pada 2004. Diganti Value Added Tax (VAT). Najib kencing hidup hidup 27juta rakyat M'sia secara live! GST adalah cukai regresif yg tindas golongan pendapatan rendah dan telah ditolak banyak negara2 maju dunia. CGT, VAT cukai progresif yg ditanggung lebih oleh golongan berada pendapatan tinggi. Pada MACAI UMNO-BN yg nak hujah tunjuk terer, please buat homework & heavy reading. Gi buat research bebetul, jangan jd macam menteri2 tu!! Ada MACAI bedal aku konon Najib x sebut pun Zimbabwe laksana GST. Dia x perasan agaknya. Takpa. Memang ada. 

Sila rujuk teks rasmi perenggan 106 ayat akhir. DAH tunjuk bukti, dia kata GST & VAT tu sama pulak!!! Bab tu I'm sorry. Certain level of stupidity is beyond repair. Cukai, GST & VAT dikatakan sama? Budu ngan kicap sama x? Walau dah hujah berfakta pun org Umno ni tak faham2. Nak wat apa lg. Yg jenis perangai lembu aku hantar balik kandang Umno. Dalam ucapan Najib dengan jelas menyebut pelaksanaan GST di Zimbabwe. Padahal Zimbabwe tak laksanapun. Auta lebih! Anak sape la yang siapkan teks untuk Najib nih? GST ngan VAT pun x pandai nak bezakan. SAH x buat research! Yang membacanya pulak main bedal je.. Yang percaya dan menyokong pulak SAH BEBAL!!! Elok la tuh, selaras dengan kerajaan mengurangkan subsidi secara berperingkat, rakyat juga sedang mengurangkan UMNO-BN secara berperingkat.. 

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan, sebenanya VAT dan GST konsep pelaksanaannya sama... cuma beza dari segi sebutan macam kelapa=nyior. Yang membezakannya adalah model dia, setiap negara ada model masing-masing, ikut dasar negara tersebut, contoh Tourist refund scheme ada negara mengamalkannya dengan tujuan menarik pelancong ada negara tidak mengamalkannya sebab merasakan tak perlu skim khas untuk menarik lebih ramai pelancong. Model GST di Malaysia mengambil kira pengalaman negara yang mengamalkan GST (singapura, Australia dsb) dan juga VAT (uk, africa selatan dsb).

    BalasPadam