Sabtu, 12 Oktober 2013

Laksanakan

Oleh: hishamahmad

"Pada satu ketika di waktu malam yang telah lalu, saya bersama seorang teman sekampung telah menemui seorang yang berpengaruh dalam kampung saya yang dikenali  dengan nama Sidang atau Tok sidang iaitu umpama ketua kampung. Tujuannya ialah untuk mencadangkan satu projek pendidikan dan program dakwah dilakukan. Ia bukan cadangan gitu-gitu sahaja. Ia berbekalkan kertas kerja berbelas mukasurat. Sejak itu setelah 1-2-3 bulan berlalu … ia terdiam begitu sahaja.

Sesungguh mengarap idea di atas helaian kertas itu tanpa mengharapkan habuan keduniaan sudah merupakan satu yang bukan mudah, namun untuk menggerakkannya adalah langkah yang lebih payah. Apalagi tanpa sokongan yang kuat…tapi saya percaya masih ia boleh dimulakan, dijalankan dan dijayakan.

Projek saya itu ringkasnya ialah apa yang saya rasa lebih penting untuk dilakukan sebagai aktiviti agama berbanding sekian banyak aktiviti lain yang sekian lama secara tradisi dilakukan. Antaranya, saya mahu mewujudkan kelas secara kerap bagi didikan anak-anak kecil dan remaja khususnya, program berterusan, merangkumi pelbagai aspek, ziarahi rumah kerumah dengan pendekatan dan matlamat yang sama dan berbeza seperti dilakukan jemaah tabligh,  program melalui kerjasama semua keluarga, dari tuition pelajaran sekolah hingga perkara dakwah.. 

saya mahu ditalaqi dan tasmik kemampuan solat, bacaan fatihah seluruh anak muda, saya mahu program penghayatan solat jemaah yang berbeza biar dalam 5 tahun dapat sekurang-kurang 5 saf, saya nak mereka menghafaz makna surah-surah lazim dalam solat jemaah, saya hendak mereka menghayati tanggungjawab kepada palestin, Syria dll… . Banyak lagi kalau nak cerita. Saya nak kami semua bekerjasama mencari tenaga pengajar ‘free’ dpd anak-anak kampung yang berjaya, saya nak tabung dana ditubuhkan dan macam-macam lain. Ini bukan projek 1 tahun ini projek 5, 10 tahun atau lebih bagi kampung ini. Biar anak yang keluar mungkin professional seperti doktor, jurutera atau pensyarah tetapi memahami agama dan berjiwa daie.  …. ….   

Malangnya, pada sayalah, seperti mana di kampung ini mahupun ditempat lain, kebanyakan kita masih dengan cara yang sama … maksud saya pada melakukan aktiviti-aktiviti bersifat agama. Kadangkala saya tidak faham kenapa dan apa kebaikan yang mereka lakukan … sedangkan di atas semua itu, banyak lagi perkara yang lebih bermanfaat dan wajar untuk dilakukan. Kiranya ianya perlu untuk dilakukan,  mengapa tidak dilakukan dengan cara yang lebih baik. Satu contoh, saya bingung melihat kesungguhan mereka mengalunkan qasidah… dan mengajak kami yang muda menyrtainya, .. sedang kita tidak mengerti apa makna dan ceritanya.  

Saya merasa prihatin dengan kanak-kanak dan remaja , setelah habis waktu persekolahan, masa berbaki hari itu, habis begitu sahaja. Melepak sana sini dan bermain-main. Bermain-main dan melepak  sana-sini. Seperti tiada jadual dan disiplin aktiviti harian mereka.  Saya memahami bahawa antara sebabnya ialah bapa atau ibu atau keduanya mungkin sedang bekerja.  Kalangan anak-anak muda, begitu ramai terpalit dengan najis rokok dan kerana pelajaran yang kurang cemerlang, kebanyakan tertumpu dikilang-kilang bagi pendapatan tidak seberapa dan jaminan kerjaya yang sukar diduga. Manakala anak-anak gadis pula, ramai yang tidak menutup aurat , dan dari sudut kerjaya juga, tidak jauh berbeza.

Saya juga melihat betapa saf solat jemaah berlegar antara satu saf hingga dua, kekadang tiga.  Tapi lazimnya diwaktu … maghrib. Kalau ada geng bangla datang, atau jemaah tabligh berkampung , barulah meriah suasana. Begitulah. Aktiviti kuliah bukan takda….ada, tapi kehadiran masih lebih kurang sama. Begitulah. Kaedah ustaz-ustaz sama sahaja. Kitab dibaca.. itu juga, sama. Sekarang ini dua ustaz menggunakan kitab yang sama… sedangkan disana melambak lagi kitab-kitab yang pelbagai tajuk dan rupa.

Sinikalnya, malam tadi, ketika imam dan beberapa jemaah senior belajar tajuwid peringkat fatihah, anak-anak muda dan kanak-kanak melepak dipangkir tepi surau berbual mesra sambil menyedut dan menghembus asap. Kalau dosa itu diukur pada kadar sedutan dan hembusan  sesuai  dengan sedut-tarik udara yang Allah kurnia.. entahlah berapa banyak catatan dosa.
Kalau ada ceramah perdana, malam nisfu syaban dll, penuhlah surau dengan riuh rendah manusia,  tetapi esok subuhnya … kemana perginya mereka?  Ada sesuatu yang tidak kena? Something is missing ….   Kita perlu melihat adakah ini yang kita mahukan …. Maaf … adakah ini yang Allah mahukan…  Adakah kita sudah berpuashati ?

Saya hanya ingin agar kami ahli-ahli jemaah yang komited dengan surau dan sebilangan mereka yang prihatin diluar untuk mengunakan akal kita, berbincang dari masa kesemasa tentang perkara ini.
Sesungguh semasa saya melalui tadarus Quran berserta terjemahan pada Ramadan yang lalu, saya telah menemui begitu banyak ayat-ayat yang memerintahkan kita ….

untuk kita berfikir, menggunakan akal fikiran, untuk memerhatikan, untuk mengambil pelajaran, untuk mengetahui, … dan seumpamanya…
Inilah sekurang-kurang-kurangnya:- 

al-Baqarah
44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

76. dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) Dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di Dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) Yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? tidakkah kamu berakal?" 

197. (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan Yang termaklum. oleh Yang demikian sesiapa Yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, Dalam masa mengerjakan Ibadat Haji. dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

 219. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

266. Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai Dalam kebun itu Segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu Yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan Yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).

269. Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya.
Ali imran 13, 191

13. Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan Yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan Yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam Dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding Dengan mereka sendiri. dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa Yang dikehendakiNya, Dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran Yang memberi insaf bagi orang-orang Yang berfikiran (yang celik mata hatinya).

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

l maidah 100  
100. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sama Yang buruk Dengan Yang baik, Walaupun banyaknya Yang buruk itu menarik hatimu. oleh itu bertaqwalah kepada Allah Wahai orang-orang Yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.

 Al anam 80, 81,
 80. dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal Sesungguhnya ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? dan Aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa Yang kamu sekutukan Dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?

81. "Dan Bagaimanakah Aku hendak takutkan apa Yang kamu sekutukan Dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut Bahawa kamu telah sekutukan Allah Dengan sesuatu Yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? maka Yang manakah di antara dua puak itu Yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"

 Al araf 86, 179, 204
 86. "Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, Dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang Yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah Bagaimana akibat orang-orang Yang berbuat kerosakan.

 179. dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

 04. dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan Dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

 al anfal   60  
 60. dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

 Yunus(10) 67,
 67. Dia lah Yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum Yang mahu mendengar (keterangan-keterangan Yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).

 Yusuf (12) 26, 27, 109, 111
 26. Yusuf pula berkata: "Dia lah Yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya Dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang Yang dusta.

 27. dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang Yang benar".
109. dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, Yang Kami wahyukan kepada mereka. maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan Bagaimana akibat orang-orang kafir Yang terdahulu dari mereka? dan (ingatlah) Sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, mengapa kamu (Wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

 111. Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi Yang terkandung Dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita Yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa Yang tersebut di Dalam Kitab-kitab ugama Yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan Yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum Yang (mahu) beriman.

 Ra’du  (13) 4, 14, 16, 17, 19,
 4. dan di bumi ada beberapa potong tanah Yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) Yang berumpun dan Yang tidak berumpun; semuanya disiram Dengan air Yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya Yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang Yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

 14. Kuasa menerima Ibadat Yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang Yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadaNya. dan tiadalah Ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan Dalam kesesatan.

 ö16. Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, Patutkah kamu menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, Yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang Yang buta Dengan orang Yang celik? atau Adakah sama, gelap-gelita Dengan terang? atau Adakah makhluk-makhluk Yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" katakanlah: "Allah jualah Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan 
Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

17. ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya Yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih Yang terapung-apung. dan dari benda-benda Yang dibakar di Dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas Yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal Perbandingan tentang perkara Yang benar dan Yang salah. adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda Yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

19. maka Adakah orang Yang mengetahui Bahawa Al-Quran Yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (Wahai Muhammad) perkara Yang benar, sama Dengan orang Yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang Yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.
 Ibrahim – 19, 22,24, 28,

1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

22. dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu Dengan janji Yang benar dan Aku telah menjanjikan kamu lalu Aku mungkiri janjiKu itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan Kuasa mempengaruhi kamu selain daripada Aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi Aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) Yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang Yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab Yang tidak terperi sakitnya.

 24. tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

 28. tidakkah Engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir Yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah Dengan kekufuran, dan Yang telah menempatkan kaum mereka Dalam kebinasaan?

 An-nahl (16) 11, 12, 13, 68,   69, 90
 11. ia juga menumbuhkan bagi kamu Dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari Segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum Yang mahu berfikir.

 12. dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan Dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum Yang mahu memahaminya.

 13. dan apa-apa jua Yang dijadikan untuk kamu di bumi Yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum Yang mahu mengingati nikmat Allah itu.

 68. dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.

69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan 
kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.
  
90. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

 Toha : 112
 112. dan sesiapa Yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal Yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalaNya.

Al anbiya; 97
 97. dan hampirlah datangnya janji hari kiamat Yang benar, maka Dengan serta-merta pandangan mata orang-orang Yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata Dengan cemas): "Aduhai celakanya kami. Sesungguhnya Kami telah tinggal Dalam keadaan Yang melalaikan Kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan Kami telah menjadi orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".

 al haji (22) 46
 46. oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut - mereka menjadi orang-orang Yang ada hati Yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga Yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan Yang sebenarnya bukanlah mata kepala Yang buta, tetapi Yang buta itu ialah mata hati Yang ada di Dalam dada.
  Al Nur : 35
  
35. Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" Yang berisi sebuah lampu; lampu itu Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang Yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan minyak dari pokok Yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) Walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian bandingannya adalah sinaran Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Al Furqan  : 44

44. atau Adakah Engkau menyangka Bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (Apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka)? mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.


Al Qasas 46, 60, 71, 72

46. dan Engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan kisah itu) supaya Engkau memberi amaran kepada kaum (mu) Yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).
!
60. dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) Yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; Dalam pada itu, apa jua Yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang Yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?

71. katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; Tuhan Yang manakah Yang lain dari Allah, Yang dapat membawakan cahaya Yang menerangi kepada kamu? maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"

 72. Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; Tuhan Yang manakah Yang lain dari Allah, Yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan Bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"

 Al ankabut : 15
 15. maka Dengan itu Kami selamatkan Dia dan pengikut-pengikutnya Yang turut bersama Dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makhluk.

  Al Rum – 21,22,23,24, 28, 37, 
  Sajadah 26, 27 Al zumar (39) 9 , 15, 17, 18,  27, 49.

Ghafir(40)   58

Tiada ulasan:

Catat Ulasan