Satu hari tu, di zaman kubur Nabi masih merah tanahnya, bertanyalah Abu Bakar Ra kepada anaknya merangkap isteri nabi iaitu Aisyah R.aha. akan soalan:
“Sunnah Nabi yang manakah lagi yang ayah belum amal?”
Perghh, dahsyat, soalan tahap tinggi macam ni memang sesuai sekali di tanya oleh orang macam Abu Bakar Ra, lantas Aiyah terpaksa termenung panjang fikir dalam dalam akan apa Sunnah Nabi yang ayah dia belum amal, susah jugak nak jawab soalan camni, sebab Abu Bakar dah ikut semua Sunnah Nabi, sekarang nak check, kot kot ada sunnah yang tertinggal…
Hmmm, aku pulak yang termenung panjang, bukan apa, Cuba korang bandingkan dengan ustaz ulamak zaman sekarang, dan cuba tanya mereka soalan yang sama, iaitu:
“Sunnah Nabi yang manakah lagi yang Ustaz belum amal?”
Tak payah aku fikir panjang, zasss, terus aku bagi jawapan, janggut takde, seluar labuh cecah lantai, serban takde ekor, mata tak bercelak, makan pakai sudu, solat berjemaah tak istiqamah, masuk tandas tak tutup kepala, dakwah rumah ke rumah tak buat, takut iktikaf di masjid, kayu sugi rasa jijik, arghhh, banyak lagi ler.., korang fikirlah sendiri.. itu baru Tanya ustaz, cuba Tanya aku, lagi teruk.. hampeh!
Sambung balik, maka Aisyah r.aha bagitahu ada satu sahaja sunnah Nabi yang ayah belum amal (satu jer! perghh) iaitu, Nabi sebelum subuh, akan bagi makan pada satu orang tua yahudi buta dihujung kampong…
Maka bertolaklah Abu Bakar RA ke hujung kampung dengan niat nak ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, waktu bagi makan, orang tua yahudi buta tu Tanya, lebih kurang cerita:
“anak ni siapa?”
Jawab Abu Bakar: “orang sama” sebab Abu Bakar takut jika orang tu tahu orang lain yang suap makanan nanti panjang cerita pulak, tapi orang tua tu dah tahu rupanya, lalu jawab:
“kau bukan orang yang sama”
Pelik bagi Abu Bakar, camna pakcik ni tahu aku bukan orang yang sama?, lalu Abu bakar RA tanya pakcik tu camne pakcik boleh tahu eden ni bokan orang yang samo? Lalu menjawablah soalan akan pakcik tu dengan satu jawapan yang buat Abu Bakar RA menangis..
Kata pakcik tua yahudi buta tu:
“Orang dulu, dihancurkan dulu makanan sebelum suap, ni kau suap seketul macam tu, dah tentu engkau bukan orang yang sama..”
Menangisnya Abu Bakar kerena belum berjaya ikut Sunnah nabi 100%, dan mengakulah Abu bakar bahawa beliau adalah khalifah islam yang baru, orang yang suap makanan kat Pakcik dulu tu adalah Nabi Muhammad SAW…
Menangislah pulak pakcik tu terkejut dengar jawapan Abu bakar RA lalu terbongkarlah segala cerita yang mana menurut pakcik tu waktu orang dulu sedang suap makanan, beliau selalu caci Nabi Muhammad sebagai gila dan sesat lalu menasihati ‘orang dulu’ supaya jangan ikut Nabi Muhammad SAW padahal orang yang di caci itulah yang menyuapnya makanan sampai pakcik tu kenyang dan dampai orang dulu tu wafat..
Maka di waktu dan ketika itu juga, terus pakcik Yahudi buta tu mengucap dua kalimah syahadah dan terus masuk islam..
Moral of the story, dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..
Aku ulangi:
Dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan