Gaji pokok saya hanyalah RM 650 saja sebulan. Gaji yang saya katakan lebih kurang RM 1000 sebulan kaedah kiraannya macam ini. Saya terpaksa bekerja 12 jam sehari. Tiap-tiap hari biasa bekerja, saya dapat bayaran kerja lebih masa empat jam. Hari-hari cuti samada cuti am atau cuti umum, saya tetap juga bekerja. Hari-hari tersebut saya dapat bayaran kerja lebih masa sebanyak 12 jam.
Pendek kata kalau dalam sebulan itu saya kerja tiap-tiap hari 12 jam termasuk hari cuti maka pendapatan saya lebih dari RM 1000 sebulan. Tapi kalau saya kerja lapan jam sehari, hari cuti saya cuti, maka gaji saya hanyalah RM 650 sebulan. Itu belum lagi ditolak caruman KWSP. Maknanya Pegawal Keselamatan kalau nak pendapatan lebih dari seribu sebulan, terpaksalah bawa anak bini sekali ke pondok pegawal terutama pada hari-hari cuti. Sebab mereka tak ada masa untuk bawa anak bini berjalan-jalan seperti kakitangan kerajaan.
Dalam pada itu seseorang Pegawal Keselamatan yang telah beberapa tahun bekerja, memang ada kenaikan gaji. Misalnya seseorang Pegawal Keselamatan yang telah bekerja lima atau enam tahun gajinya mungkin telah meningkat RM 800 atau RM 900 sebulan. Namun harus diingat kontrak Syarikat Kawalan Keselamatan disatu-satu tempat saling bertukar ganti. Misalnya saya bekerja Pegawal Keselamatan disebuah sekolah yang tidak jauh dari rumah saya. Setelah tiga tahun bekerja dan menikmati kenaikan gaji tahunan, tiba-tiba syarikat kawalan keselamatan tempat saya bekerja tidak lagi disambung kontraknya.
Saya terpaksa membuat dua pilihan. Jika ingin bekerja dengan syarikat baru, maka terpaksalah saya terima gaji baru. Kalau gaji yang ditawarkan lebih tinggi dari syarikat dahulu, saya bernasib baik. Tapi kalau syarikat baru menawarkan gaji dan kemudahan yang tidak memuaskan dari syarikat lama, maka pilihan saya mungkin akan terus bekerja dengan syarikat lama.
Namun saya terpaksa ditugaskan ditempat lain pulak. Kalau dekat dengan rumah tidak jadi masalah. Tapi kalau beratus kilometer dari rumah, tentunya tidak berbaloi hanya sekadar menikmati gaji lebih seratus dua. Maka pilihan saya kerja dengan syarikat baru, meskipun terpaksa menerima gaji rendah semula.
Disamping itu, ada juga syarikat pegawal keselamatan menipu helah pekerja. Pegawal Keselamatan yang telah lama bekerja dan gajinya telah agak lumayan, tiba-tiba ditukarkan ditempat jauh. Macam-macam alasan diberikan.Kononnya majikan tempat saya jaga itu mahu pegawal lain. Sebenarnya ini adalah tektik untuk membuang pekerja lama yang telah menerima beberapa kenaikan gaji. Pengawal yang ditukar ke tempat jauh mungkin tak mahu pergi. Jalan mudah mereka mungkin berhenti. Dan inilah peluang syarikat kawalan keselamatan mengambil pegawal baru dengan bayaran gaji permulaan yang murah.
Pendek kata kerjaya sebagai pegawal keselamatan macam bola. Ada kalanya melambung tinggi dan adakalanya jatuh ke tanah. Tapi yang selalu orang lihat yang melambung tinggi itulah, sedangkan penyebab yang melambung itu orang tidak tahu. Macam Pegawal Keselamatan yang dicanangkan pendapatan lebih RM 1000 sebulan, tapi yang menyebabkan mereka dapat RM 1000 sebulan ramai orang tidak tahu iaitu bekerja sehari suntuk dan sebulan penuh tanpa ada hari cuti. Sedangkan gaji pokoknya ramai yang tak ambil berat dalam membela nasib Pegawal Keselamatan.
Lagi pun Pegawal Keselamatan sekarang rata-ratanya ada sijil SPM. Malah lepasan Institusi Pengajian Tinggi pun ada yang jadi Pegawal Keselamatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan