http://wartashubhi.blogspot.com, | 09 Okt 2013 |
Siapa yang tak merah telinga panas hati bila dipanggil "Barua". Perkataan barua adalah perkataan yang berdaftar di dalam kamus dewan. Ertinya perkataan tersebut memang digunakan dalam Bahasa Malaysia bagi menggambarkan maksudnya.
Ada dua maksud perkataan Barua:
- Orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat
- Kata makian.
Sebenarnya definisi kedua itu boleh dijangka. Apa saja perkataan yang membawa maksud tak bagus boleh dijadikan kata makian samada benar orang itu seperti yang digambarkan oleh perkataan atau tidak. Ia tetap menimbulkan kemarahan, dan itupun tujuan orang maki orang lain. Untuk timbulkan kemarahan.
Kalau kita lihat maknanya, kita boleh faham bahawa barua tak wujud jika tidak ada orang atasan atau boss yang mengarah atau menggunakannya. Oleh itu, sesiapa saja yang ada boss atau orang atasan boleh menjadi barua dengan syarat dia diarah melakukan perkara jahat dan dia menurut arahan tersebut.
Bagaimana pula dengan orang atasan yang menyuruh perbuatan jahat itu. Kita panggil apa pula padanya?. Kita boleh panggil dia barua juga kerana dia mendapat arahan daripada Syaitan atau nafsu buruk yang ada dalam jiwanya. Tak ada sesiapa yang kerja mengarahkan orang buat jahat selain dari Syaitan yang menggunakan nafsu yang tak terkawal dalam diri anak Adam.
Jadi sesiapa saja boleh jadi barua. Saya juga boleh jadi barua bila menurut arahan nafsu bisikan syaitan untuk buat perkara jahat. Orang politik juga boleh jadi barua bila mengikuti pemimpinnya untuk melakukan benda jahat. Pengikut ajaran sesat atau lain-lain seumpamanya juga boleh jadi barua.
Pegawai kerajaan atau bukan kerajaan juga boleh jadi barua. Anak murid yang juga boleh jadi barua kepada gurunya yang suruh buat benda jahat. polis juga bolej jadi barua jika ikut bossnya buat benda jahat. Malah mereka yang bergelar ustazpun boleh jadi barua jika mengikuti arahan boss mereka untuk buat benda jahat.
Untuk mengelakkan diri kita dari menjadi barua, walaupun diperintah atau dikuasai oleh boss yang jahat, hanya dengan tidak melakukan perbuatan jahat tersebut. Maka terlepaslah diri daripada menjadi barua walaupun ketuanya jahat.
Jangan jadi barua
Jika anda dikecam dan dilabel sebagai barua sedangkan anda tak melakukan atau tak mengikut perintah buat jahat, tak perlulah melenting dengan perkataan sedemikian. Kerana mereka yang mengatakan benda tak betul pada seseorang telah melakukan satu perbuatan jahat, ertinya dia menjadi barua pada nafsunya dan juga hasutan syaitan.
Teorinya mudah saja, jika anda katakan barua pada seseorang, maka salah seorang akan menjadi seperti yang dikatakan itu. Orang yang dituduh ataupun yang menuduh. Jadi tak perlu risau dan marah bila dilabelkan sebagai barua. Allah maha mengetahui dan bukankah Dia ialah Pemilik kita dan segala urusan kita lakukan hanya untukNya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan