Khamis, 3 Oktober 2013

Saidatina Aisyah RA

Perkongsian ilmu... 

Aisyah r.a. Berkahwin Umur 16 Tahun

Saidatina Aisyah Berusia 19 Tahun Ketika Tinggal Bersama Nabi Muhammad SAW.

Seorang ulama Pakistan, Allama Habibul Rahman Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah usia Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan juga beliau mengkaji usia Saidatina Khatijah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan usia anak perempuan Nabi SAW ketika berkahwin dengan Saidina Ali k.wj.
Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda Syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam. Syiah banyak membuat pemalsuan di atas sejarah Islam terutama umur isteri-isteri Rasulullah SAW yang dikahwini oleh baginda SAW.

Melalui pembuktian baru ini, beliau menghidangkan fakta baru kepada seluruh umat Islam bahawa:
1. Saidatina Aisyah r.ha telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya Muhammad SAW ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah.

2. Umur Saidatina Khatijah r.ha ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad SAW yang mana ketika itu juga baginda berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan empat cahaya mata perempuan dan tiga orang lelaki.

3. Saidatina Fatimah r.ha telah dilahirkan di Makkah sebelum Nabi SAW dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan Saidina Ali k.wj di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).

Maulana Habibul Rahman menulis kerta kerja pada mulanya dalam nahasa urdu dan kini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi membetulkan tanggapan salah sejarah.
Maulana Asri Yusuf seorang ahli hadis Malaysia turut bersetuju dengan cara pemikiran Maulana Habibul Rahman dan beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar hujah Habibul Rahman dan sesiapa yang berminat boleh membaca di Darul Kautsar atau melalui youtube di bawah tajuk umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah.
Semenjak kita sekolah kita didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Khatijah ketika beliau berusia 40 tahun, sedangkan sejarah turut menyatakan Rasulullah SAW mendapat tujuh atau sesetengah riwayat menyatakan lapan anak.
Bolehkah seseorang berusia 40 tahun ke atas kemudian sempat melahirkan anak tujuh orang?
Kita juga didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika beliau berusia enam tahun, sebuah perkahwinan bawah umur.
Perawi dalam hadis umur Aisyah iaitu Hisham bin Urwah tersangat berusia ketika dicatatkan hadis berkenaan. Banyak ulama mempertikaikan hadis Hisham ketika beliau terlalu berusia (melebihi 70 tahun) dan waktu itu tinggal di Iraq.

Sesetengah ulama menyatakan Hisham Urwah telah tersilap mendengar enam belas kepada enam, dan sembilan belas kepada sembilan.

Setelah dibuat kajian bahawa umur Aisyah bukan 6 tahun semasa dikahwini oleh Rasulullah SAW. dan bukan 9 tahun ketika bersama dengan Baginda SAW.

Telah diberi beberapa hujah untuk membuktikan penemuan baru dalam sirah Nabi SAW iaitu :
Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas
Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.
Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru
Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini
Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a.. Ke Habshah
Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a.. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah r.ha. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.

Hujah Ke-11 – Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.

Hujah Ke-12 – Aishah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.ha. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW.

Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur.

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luar biasa Aishah r.ha Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau . Lahir Di Zaman Jahiliyah.

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.

Hujah Ke-22- Aishah r.ha. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan.

Marilah kita kembali memahami , meneliti dan mengkaji bukti-bukti sejarah Nabi SAW yang benar lagi sahih yang mana ianya telah di selewengkan oleh puak-puak Syiah dahulu hingga mengelirukan umat Islam seluruh dunia daripada dahulu hingga sekarang.

Musuh-musuh Islam telah menggunakan fakta-fakta yang salah dan menggunakan fakta tersebut untuk mengecam peribadi Rasulullah SAW. Oleh itu para ulama Islam, sarjana Islam dalam bidang sejarah dan pakar ilmu hadis perlulah bersatu dan membukukan buku sejarah dan sirah Rasulullah SAW dan para sahabat yang betul dan sahih dan menolak sebahagian daripada fakta-fakta yang salah yang terdapat di dalam buku-buku sejarah Islam sekarang ini.

Rabu, 2 Oktober 2013

Makhluk Allah

Ibu anjing dan 4 ekor anaknya yang baru lahir, telah selamat berada di rumah aku. Aku terpaksa membawa mereka balik kerana majoriti masyarakat Melayu di Pangsapuri Angsana, USJ 1 Subang Jaya adalah masyarakat Melayu paling bangsat pernah aku jumpa di Malaysia. Mereka membiarkan sahaja anak-anak kecil mereka membaling batu dan kayu pada ibu anjing ini. Mereka kurang menegur jika anak-anak mereka menyerupai Iblis! Seandainya aku membiarkan sahaja ibu anjing dan 4 anak-anaknya terus tinggal disitu, mereka confirm akan mati kerana disakiti oleh anak-anak Melayu bertaraf celaka! So, aku perlu memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat

Aku dapat rasakan anak-anak mereka akan membesar sebagai anak-anak Melayu yang gagal didalam pelajaran. Jika tak percaya apa yang aku cakap ini, sila nilai post aku dalam tempoh 10 tahun lagi. Anak-anak kecil itu tadi berjaya mendapat pekerjaan baik atau sebaliknya?

Walaubagaimanapun, masih wujud beberapa masyarakat Melayu yang menyokong perbuatan aku. Dan mereka salute terhadap apa yang aku lakukan. Setelah daripada itu, mereka menyatakan hasrat untuk menyertai AAT dan berjuang bersama-sama aku. Dan mereka-mereka ini juga telah membantu aku untuk MEMBERI PENAMPAR KEPADA ANAK-ANAK MELAYU YANG BERPERANGAI BANGSAT!

Di gambar adalah Nyonya Chong. Dia menawar bantuan kepada aku untuk calm down ibu anjing. Aku takut ibu anjing ni. Dia tersangat garang.

Ucapan penghargaan kepada Balai Bomba Subang Jaya. Mohon kita beri tepukan gemuruh kepada Ketua Operasi Bomba bernama En Hazinan. Beliau dan anak-anak buahnya membantu aku menangkap ibu anjing yang sangat agresif. Dalam masa hampir 1 jam, ibu anjing berjaya dimasukkan ke dalam sangkar

Jika mana-mana pihak yang berhasrat mencabar aku kerana menempatkan anjing didalam rumah, mohon buat aduan kepada mana-mana Jabatan Agama. Aku sanggup ke penjara hanya kerana ingin menyelamat ibu anjing dan 4 anak-anaknya daripada mati diseksa oleh manusia Iblis
 — bersama PetzStop Catshouse dan 16 lainnya.

Tarbiyah

A : Assalamualikum. Nak tanya soalan sikit , mcm mna nk tarbiyah diri sendiri ? Apa kaedah tarbiyah yg berkesan ?

B : wa'alaikumussalam.

Agak subjektif. Tengok apa kelemahan diri kita dan di mana salah laku kita. Itu yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan. Namun, di sini saya boleh sampaikan beberapa tips:

i. Cuba baca al-Quran dengan maknanya.
ii. Dekati sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan.
iii. Disiplinkan diri dengan jadual harian yang tersusun.
Selamat beramal.
iv. Seimbangkan amal fardi (individu) dan amal jama'ie (berjemaah)

InsyaAllah, selamat beramal.

jangan lupe

Jika perlu MARAH, marahlah...tetapi usah terlupa
dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah... tetapi usah
terlupa dengan perkataan TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah... tetapi jangan
sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN, miskinlah... tetapi jangan
terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah... tetapi jangan terlalu
kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah
sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa
keperluan DUNIA.
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah...
selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu DUA BUAH RUMAH, belilah... asalkan
jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-
keraslah... asalkan jangan sampai terlupa
BERIBADAH .
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah... asal tidak
SAKAN dan MENYALAHI SYARIAT .
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG,
berkatalah… asalkan jangan sampai
MENGUMPAT .
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang,
cemburulah... asalkan anda pun BERUSAHA KUAT
sepertinya .

tantrum

ANAK MENGAMUK @ TANTRUM

Menurut pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.
Panduan Hadapi Anak Mengamuk:

1. Alih perhatian dia.
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

2. Jangan mengikut kehendaknya.
Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

3. Elak daripada memarahi atau menjerit
Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4. Jangan pedulikan
Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

5. Apabila anak berhenti mengamuk
Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.

********************************************
“Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.”(HR. Muslim)

Mohon SEMUA yg baca tolong SHARE utk pengetahuan bersama. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat.

Terima kasih kepada yg SHARE.