Rabu, 9 Oktober 2013

Guru

Suara rintihan atau isu  para guru sering kedengaran sejak berpuluh tahun tetapi sehingga kini tidak pernah selesai. Memang tidak dinafikan ada tindakan penyelesaian diambil tetapi ianya banyak yang bersifat ad hoc dan political. Berbagai kajian telah dijalankan oleh KPM sendiri misalnya tentang beban kerja guru tetapi penyelesiannya bukan mereka meringankan beban malah ditambahkan lagi beban  kerja hingga lebih berganda. 
Lebih ironi lagi ialah tidak ada satu badan atau kesatuan pun yang bertindak atau mewakili semua guru. Sebagai contoh NUTP dan  KGLM selaku kesatuan yang disertai oleh ramai guru hanya memperjuangkan guru-guru lepasan maktab sahaja. Oleh kerana projek pensiswazahan guru, maka lulusan maktab telah dinaikkan status mereka secara ‘magic’ dan automatic kepada siswazah. Laluan kenaikan pangkat bagi golongan  mereka lebih mudah dan pendek iaitu formula 8: 8: 5 berbanding dengan guru siswazah dengan formula ‘time-based’ 8: 8: 6: 3. 

Mereka juga berjaya’melangkah kepala’ guru-guru berijazah tulen walaupun yang ‘super senior’ dalam urusan kenaikan pangkat seperti menjadi GPK, pegawai di PPD, JPN, KPM  dan menjadi Pengetua. Lalu kesatuan-kesatuan ini terus menuntut keistimewaan mereka sebagai siswazah pula dengan ‘mengabaikan’ lulusan siswazah yang sebenar.

Terlalu banyak isu keguruan yang tidak selesai dan scenario ketidakadilan yang berlaku dalam profesion ini tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pihak secara pro aktif. Akibatnya golongan-golongan ini berterusan  teraniaya tanpa pembelaan. Kita ingin mengenengahkan beberapa isu yang berkaitan. Antaranya ialah masa kerja guru, beban kerja yang semakin bertambah, Pengetua/Guru Besar yang tidak kompeten, sistem kenaikan pangkat yang tidak adil, Kursus Upskilling guru, situasi tempat kerja yang tidak kondusif dan  kekurangan peralatan ICT dan ABM .

Dalam semua profesion, hanya keguruan sahaja yang tidak ada ditetapkan masa kerjanya.  TIDAK ADA SATU PIHAK pun yang memperjuangkan hak-hak guru dalam hal ini. Pada November 2012 kerajaan telah mengumumkan  sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru dimana Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Malaysia. 

Oleh kerana mendapat tentangan dari komponen Pakatan Rakyat dan dari Kesatuan Guru,  pada 28hb November 2012, Timbalan, Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah membatalkan perlaksanaan sistem ini.  Sebagaimana kerajaan pernah mengumumkan penghapusan yuran sekolah  dalam bajet 2008, para ibubapa terpaksa membayar sejumlah wang yang berkali ganda dari jumlah yuran sekolah itu sendiri. Perkara yang sama berlaku pada masa kerja guru. Sebelum 2012, kebanyakan guru sekolah menengah harian biasanya balik pada jam 2.30 petang. Sejak awal 2012, terdapat pengetua yang mengarahkan guru bekerja sehingga jam 3 petang.  

Malangnya guru hanya balik pada jam 3 petang Itu hanya untuk satu atau kadang-kadang 2 hari sahaja dalam seminggu. Selebihnya mereka pulang sehingga lewat jam 6.00 petang .  Di bawah ini dipaparkan jadual untuk menjelaskan pernyataan kami.

MASA KERJA GURU SELEPAS TAMAT WAKTU PERSEKOLAH  JAM  2.30 PM
Perkara

Hari
Aktiviti selepas tamat sesi  Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ) pada  2.30pm  dari Isnin hingga Khamis
Waktu
Nota
Isnin
Mesyuarat  dengan Pengetua setiap  Isnin dengan agenda yang karut marut dan salahguna kuasa memaksa guru hadir hingga lewat petang.

3.00-5.00pm (atau 5.45 pm)
Pembelajaran bermula pada jam 7.30 tapi guru datang seawal jam 7.00am
Selasa
Kokurikulum (1 Sukan 1 Pelajar) @ Mesyuarat Guru.
3.00- 5.00pm
Bergantung kepada sekolah. Ada sekolah yg melaksanakannya pada hari lain.
Rabu
Kokurikulum  (Badan Beruniform @ Kelab dan Persatuan)
1.50pm – 3.30pm
Ada sekolah melaksanakan nya pd 1.50 – 4.30pm
Khamis
Mesyuarat hal ehwal sekolah seperti mesyuarat pantia, AJK kecil, koperasi dll
3.00 – 4.30
Hampir setiap minggu sehingga Oktober
Jumaat
Perjumpaan dgn pelajar/kelas tambahan
3.00 – 4.00
Sekurang2nya 1 kali dalam sebulan.
Sabtu
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), Kelas Tambahan, Sukan, Gotong Royong, Aktiviti In-House Training, Taklimat, Perjumpaan dengan PPD @J PNP  dll.
8.00am  -12.00 @ 1.00pm
Sekurang2nya 1 kali sebulan dan ada sekolah yang memaksa guru datang sehingga 3 kali sebulan.

Jadi secara puratanya guru bekerja selama  10 jam dari Isnin hingga Khamis. Ini belum diambilkira kerja yang dibawa pulang ke rumah. Kita boleh rumus sendiri dari jadual kerja bagi pengendalian PBS dalam jadual seterusnya.

Kesan-kesan kepada pertambahan waktu kerja antaranya ialah:

Secara teorinya minda para guru akan lega sebaik sahaja mereka keluar dari pintu pagar sekolah. Oleh kerana pulang lebih lewat, mereka akan berfikir tentang banyak perkara khususnya guru perempuan iaitu tanggungjawab pada suami dan anak-anak. Ini mengakibatkan gangguan psikologi kepada guru dalam bentuk stress atau tension kerana beban kerja yang makin bertambah dan tekanan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri secara normal.

Guru terpaksa berbelanja lebih membayar kepada ‘baby sitter’ setinggi RM15 bagi setiap tambahan 1 jam selepas jam 3 petang sebagaimana hari-hari biasa.

Apabila pulang sama (malah lebih lewat) dari waktu pejabat, jalanraya yang sesak pada ‘peak hour’ menyebabkan guru lewat sampai ke rumah. Solat Asar dilakukan di penghujung waktu.

Oleh kerana kami tiba lewat ke rumah, rutin kehidupan di luar kami hampir musnah. Jogging, bawa anak makan angin petang, berkebun dan sebagainya sudah sukar untuk dilakukan.

Pengetua-pengetua  yang berkursus di Institut Aminudin Baki (IAB) seolah-olah di ‘brainwash’ oleh IAB agar melaksanakan perjumpaan satu hari dalam seminggu dengan guru-guru semata-mata mahu mendengar celoteh KATUN mereka yang membosankan dan tidak berfaedah. Ironinya perjumpaan ini mengambil masa sehingga 3 jam. Kandungan perjumpaan berkisar  sekadar mendengar motivasi dungu yang tidak bermutu dan meminta para guru berkongsi ilmu yang tidak kami minta dan hargai sama sekali.

 Perjumpaan/mesyuarat ini hanya boleh berakhir dalam masa 15 – 30 minit sahaja. Tetapi aduan  rakan-rakan dari sekolah-sekolah yang lain adalah senada iaitu pengetua banyak cakap merapu dan tidak ada  walaupun ‘basic skill’ dalam mengendalikan mesyuarat.Oleh itu para guru merasa tertekan duduk berjam-jam dalam mesyuarat.

Bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula, guru memperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam bagi menyelesaikan tugasan mereka setiap minggu. Ini tidak diambilkira masa yang digunakan oleh mereka dirumah. Di bawah ini adalah jadual masa kerja guru dalam  pengendalian PBS bagu satu (1) kelas. Seorang guru biasanya diberi dua (2) sehingga empat(4) kelas PBS.

PERUNTUKAN MASA GURU DALAM PENGURUSAN PBS BAGI SATU KELAS
(PURATA 30 PELAJAR)
Perkara


Menggubal/Menyiapkan/ Mengetip (stapler) dan Menyusun Soalan
Menanda/Memeriksa soalan dan mengesahkan penglibatan pelajar dalam PBS( 10minit untuk setiap kertas/pelajar)
Memasukkan Eviden Pelajar ke dalam fail
Mendaftar /Key-In
Pencapaian Pelajar Ke dalam Sistem SPPBS
Masa
2 jam
30 x 10 = 300min / 5 jam
5minit x 30 = 150 minit / 2 jam 30 minit.
Sepanjang 2012, kami mengambil masa sehingga 2 hari utk 1 kelas kerana capaian internet yang lemah.
Nota
Jika guru itu mengajar 4 kelas, darabkan 30 org pelajar  (30x4 = 120 org  pelajar)

5. Kelemahan-kelemahan PBS yang tidak didedahkan ialah:

Kemudahan ICT sekolah amat mendukacitakan. Dalam sebuah sekolah yang purata bilangan gurunya ialah 80 orang, hanya ada dua(2) atau tiga (3) desktop sahaja. Oleh itu hampir SEMUA guru menggunakan laptop/harta mereka sendiri untuk menjalankan kerja kerajaan. Malangnya kerajaan sanggup bagi laptop percuma pada pelajar dan membiarkan guru dalam kerumitan mereka sendiri. Hanya profesion guru sahaja di mana mereka terlalu banyak menggunakan wang dan harta sendiri untuk buat kerja kerajaan.

Oleh kerana guru tidak dibenarkan mencari pendapatan sampingan, mereka terpaksa meminjam untuk membeli laptop bagi melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka. Harga laptop RM1500- RM2000., guna kad kredit atau hutang dan bayaran bulanan sehingga RM60 sebulan.

Capaian internet/schoolnet yang amat lemah menyebabkan guru terpaksa guna streamyx atau broadband. Bayaran sebulan ialah dari RM48 hingga RM148 sebulan.

Peruntukan masa yang terlalu lama oleh guru untuk mendaftar pencapaian pelajar secara online (kerana capaian internet yang lemah) dan pengurusan PBS yang lainnya menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan sebahagian kerja ini di rumah. Sebagaimana yang pernah didedahkan dalam akhbar, kami terpaksa berjaga sehingga jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS.

Kesan kepada situasi ini ialah terjejasnya sistem rumahtangga dan  hubungan suami isteri sehingga membawa kepada pertengkaran. Masa yang selama ini dihargai dengan membelai anak-anak sudah berkurangan dan berlaku pertelingkahan suami isteri kerana  isteri (guru) terpaksa tidur lewat dan  mengabaikan anak/suami kerana PBS.

Kami pernah menghantar email kepada pihak Kementerian dan NUTP tetapi respon mereka sekadar menyiasat sahaja dan tiada tindakan. Nampaknya seolah-olah ada agenda yang tersirat dari KPM yang memang berhasrat untuk melaksanakan sistem kerja 9 jam secara senyap-senyap. Malangnya tidak ada mana-mana badan yang berani menyuarakan keadaan ini.  Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku di Kuantan malah seluruh Malaysia. 

Oleh yang demikian, kami amat berharap pihak tuan dapat melakukan sesuatu bagi kebaikan semua guru yang selama ini tidak mendapat perhatian serius dari pihak yang berkenaan.

barrua

http://wartashubhi.blogspot.com,09 Okt 2013
Polis bukan semua baruaSiapa yang tak merah telinga panas hati bila dipanggil "Barua". Perkataan barua adalah perkataan yang berdaftar di dalam kamus dewan. Ertinya perkataan tersebut memang digunakan dalam Bahasa Malaysia bagi menggambarkan maksudnya.

Ada dua maksud perkataan Barua:
  1. Orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat
  2. Kata makian.


Sebenarnya definisi kedua itu boleh dijangka. Apa saja perkataan yang membawa maksud tak bagus boleh dijadikan kata makian samada benar orang itu seperti yang digambarkan oleh perkataan atau tidak. Ia tetap menimbulkan kemarahan, dan itupun tujuan orang maki orang lain. Untuk timbulkan kemarahan.

Kalau kita lihat maknanya, kita boleh faham bahawa barua tak wujud jika tidak ada orang atasan atau boss yang mengarah atau menggunakannya. Oleh itu, sesiapa saja yang ada boss atau orang atasan boleh menjadi barua dengan syarat dia diarah melakukan perkara jahat dan dia menurut arahan tersebut.

Bagaimana pula dengan orang atasan yang menyuruh perbuatan jahat itu. Kita panggil apa pula padanya?. Kita boleh panggil dia barua juga kerana dia mendapat arahan daripada Syaitan atau nafsu buruk yang ada dalam jiwanya. Tak ada sesiapa yang kerja mengarahkan orang buat jahat selain dari Syaitan yang menggunakan nafsu yang tak terkawal dalam diri anak Adam.

Jadi sesiapa saja boleh jadi barua. Saya juga boleh jadi barua bila menurut arahan nafsu bisikan syaitan untuk buat perkara jahat. Orang politik juga boleh jadi barua bila mengikuti pemimpinnya untuk melakukan benda jahat. Pengikut ajaran sesat atau lain-lain seumpamanya juga boleh jadi barua.
Pegawai kerajaan atau bukan kerajaan juga boleh jadi barua. Anak murid yang juga boleh jadi barua kepada gurunya yang suruh buat benda jahat. polis juga bolej jadi barua jika ikut bossnya buat benda jahat. Malah mereka yang bergelar ustazpun boleh jadi barua jika mengikuti arahan boss mereka untuk buat benda jahat.

Untuk mengelakkan diri kita dari menjadi barua, walaupun diperintah atau dikuasai oleh boss yang jahat, hanya dengan tidak melakukan perbuatan jahat tersebut. Maka terlepaslah diri daripada menjadi barua walaupun ketuanya jahat.

Jangan jadi barua

Jika anda dikecam dan dilabel sebagai barua sedangkan anda tak melakukan atau tak mengikut perintah buat jahat, tak perlulah melenting dengan perkataan sedemikian. Kerana mereka yang mengatakan benda tak betul pada seseorang telah melakukan satu perbuatan jahat, ertinya dia menjadi barua pada nafsunya dan juga hasutan syaitan.
Teorinya mudah saja, jika anda katakan barua pada seseorang, maka salah seorang akan menjadi seperti yang dikatakan itu. Orang yang dituduh ataupun yang menuduh. Jadi tak perlu risau dan marah bila dilabelkan sebagai barua. Allah maha mengetahui dan bukankah Dia ialah Pemilik kita dan segala urusan kita lakukan hanya untukNya?

Selasa, 8 Oktober 2013

Nikah

Perkara-perkara yang boleh merosakkan sebuah PERNIKAHAN.

A. Suami :
1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan isteri nombor satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.
6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.

B. Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.

C. Keperluan seorang Suami :
1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.

D. Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Ingat.. Ketua keluarga yang berjaya dalam mengurus keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti. Ketua keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan yang lain pun akan mengikuti.

Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai, biarpun ia harus diperoleh dengan cucuran air mata.

Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.

Perbaikilah apa yang perlu diperbaiki sekarang sebelum terlambat.
Cintailah pasangan yang telah dipilih-Nya untuk hidupmu.

Bagi yang belum menikah, semoga ini boleh menjadi bekal buat anda kelak.. Semoga kita boleh menjadi Suami Soleh dan Isteri Solehah sehingga ke Syurga.

Aamiin ya Rabbal'alamin..

SHARE kalau berMANFAAt

boss...

Dalam sebuah laporan kajian di US, didapati salah satu perkara yang boleh menyebabkan pekerja berasa kurang seronok bekerja adalah apabila ketua mereka berkonflik dengan ketua-ketua lain.

Dalam lain perkataan, staff seronok bekerja di bawah ketua yang popular, yang disenangi ramai, yang baik dengan semua orang, yang tidak mempunyai musuh dan seteru.

---

Hasil kajian itu mempunyai implikasi ke atas gaya kepimpinan kita dalam syarikat.

Supaya staff kita seronok bekerja di bawah pimpinan kita, lakukan yang berikut:

+ Jangan sekali-kali berkonflik dengan sesiapa.

+ Jika ada orang yang membenci diri kita, diam sahaja. Jangan cakap apa-apa, supaya staff tidak tahu bahawa sebenarnya kita tahu ada orang tidak suka kita.

+ Jangan sekali-kali kita mengumpat sesiapa kepada staff.

+ Jangan sampai ada orang tahu siapa yang kita tidak suka.

+ Apabila mendengar orang lain sedang mengumpat orang lain, kita ketap bibir rapat-rapat!

Sudah menjadi sifat manusia, kita seronok bekerja dengan orang yang popular....

Isnin, 7 Oktober 2013

renungan

  Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  

Renungan untukku,untukmu,dan untuk kita semua

Bissmillahirrahmannirrahim

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum kamu ditutupkan dengan kain kafan yang suci putih.

Pada waktu itu tak guna lagi bersedih,walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletakan di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah dengan 4 kali takbir dan 1 kali salam,berserta Al-Fatihah,solawat dan doa sebagai memenuhi Fardhu Kifayah

Tapi apakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yg telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.

Justru KU(Allah) menyeru kepada sekalian muslimin dan muslimah
Usunglah dirimu ketika solat
Sebelum dirimu di usung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke Masjid sebelum kamu diiringi kepusara.

Tangisilah dosa2mu didunia,kerana tangisan di alam Baqa tidak berguna
Sucikan dirimu sebelum kamu disucikan
Sadarkan dirimu sebelum kamu disadarkan oleh panggilan Izrail yg menakutkan.

Ingatlah
yang kekal ialah Iman
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman diperjalanan
Guna kembali kepangkuan Tuhan
Pada hari itu,harta,takhta,jabatan,dan segala manteri serta kekayaan yg kita miliki didunia tiadalah berguna.

Waallahu'alam

Salam ukhuwah