Rabu, 16 Oktober 2013

Bismillah 5?

















Apa itu Bismillah 5? 
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim 
2. Bismillahish Shaafii 
3. Bismillahil Kaafii 
4. Bismillahil Mu’aafii 
5. Bismillahi
l ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim 

Maksudnya: 
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan. 
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan. 
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik. 
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 

Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:
 * Penawar bisa diri. 
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang. 
* Penawar bisa-bisa badan. 
* Penawar sakit perut. 
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya. 

Cara Merawat: 
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit. Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh. 

kesampaian

Terdapat 2 sebab utama apa yang kita impikan dalam kehidupan tidak pernah kesampaian.

1. Kita tidak benar-benar mahukannya (no burning desire).
2. Kita tidak mahu membayar 'harga' (usaha, kesusahan, kesabaran, dll ) untuk mencapainya. .

Jangan disalah takdir, andai diri sendiri tidak serius mahu berubah.

demand

Mahasiswa Lepasan IPTA mahir 'copy paste' bila berkhidmat di sektor pekerjaan.

Bila disuruh membuat surat rasmi tunggang langgang tatabahasa.

Bila 'copy paste' daripada surat yang asal sangat cekap.

Belum bercerita tentang skil dan seni komunikasi lagi.

oops.

Bila bab gaji demand umpama 'pegawai berstatus jusa'.Alahai..mahasiswa..

Pertingkatkan diri anda.

Ubah mana yang kurang.

Belajar daripada dunia sekeliling.

Bukan hanya bercanda di mapley.

Lepak di fesbuk.

Upgrade gadjet.

Kontang agama.

Rokok dan mengorat awek.

Copy paste tutorial.

Meniru dalam perperiksaan.

Nilai anda hanya dapat ditentukan apabila anda keluar daripada zon selesa anda.

Ubah!Ini kalilah!

Selasa, 15 Oktober 2013

Zulhijah :)




















Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah

Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hambal). Puas Imam Ahmad bin Hambal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak berhasil.

Sehingga akhirnya Imam Ahmad bin Hambal berkata: “Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hambal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam Ahmad keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.” Imam Ahmad bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku sangat menginginkan bertemu dan melihat Imam Ahmad bin Hambal.” Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hambal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”