Sabtu, 19 Oktober 2013

Ambank

"Just nak share ngan korang, aku bru buat repot polis..

Lebih kurang pukul 4ptg, ada sorang lelaki yg mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yg appear adalah 1800808888. Dia kata nak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 kat Poh Kong, KLCC. Aku ckp aku xde kredit kad, akaun atau apa2 urusniaga dgn Ambank. So dia kata mungkin ade org guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dlm sistem Ambank, tp dia kata dia hanya bahagian pengesahan, x boleh check maklumat. Aku dah curiga. Dia suruh aku complain kat Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, mmg talian hotline diaorg 1800808888. Aku call no Bank Negara yg dia bagi tu dan lelaki India, Vijaya yg angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk dpt maklumat lanjut. Tak sampai 15 minit, lelaki cina pulak, Lim call aku dr no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan. Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yg lain ke dalam satu sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yg lain tu. Dia tanya aku berapa banyak duit aku dlm akaun2 tu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tak kan tak boleh check. Suara dia dah lain. Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai kat bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok. Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa2 rekod aku dgn Ambank dan mengatakan yg Ambank sendiri telah menerima banyak aduan. Dlm 10 minit dia call lagi, tanya aku dah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way. Tapi, sebenarnya aku kat Balai Polis. Masa tgh buat repot, dia call lagi tp dah mula marah2 sebab kononnya kena kerja overtime nak handle kes aku (baiknya 'pegawai Bank Negara' tu). Aku terus cakap dengan dia yg aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yg sama.

Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka skrg ada teknologi supaya nombor telefon yg tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja."

sawit

Ramai pula yang tanya tentang minyak masak. Saya syurkan minyak kelapa sawit. Ada dua jenis, yang biasa dan yang merah. Yang merah ada lebih banyak khasiat tapi yang biasa pun adalah minyak yang paling baik sebab stabil pada suhu tinggi dan juga tidak akan hasilkan transfat. Minyak kelapa sawit telah diburuk-burukkan oleh media barat sebab kepentingan ekonomi mereka dan yang terakhir mereka suruh boycott sebab kononnya ladang sawit menyebabkan orang utan hilang tempat tinggal..mana ada..kita jaga orang utan kita siap ada sanctuary lagi. Ada yang tanya minyak sunflower .tak se stabil ..Canola oil jangan beli sebab ini minyak GMO yang asal dari rapeseed yang memwng racun...corn oil.. tak stabil bila goreng. .cotton seed oil..siapa pernah guna tahu habis melekat kat periuk belanga..minyak zaitun ya bagus tapi jangan guna utk goreng..minyak kacang ..senang perat , minyak perat jangan guna. Minyak sawit pun jangan guna berkali kali sampai hitam.. minyak rosak bahaya. Itulah sebabnya saya tak galakkan hari hari makan goreng pisang beli di warung. Saya pernsh rawat penjual goreng pisang. .dia baru mula menjual dalam 2 bulan dan bila tak habis dia makan. Liver dia bengkak. Kalau nak baca lebih tentang palm oil silakan ke link ini.

banding

Apabila si En.Suami suka membanding2 kan isteri dgn perempuan simpanannya..

En. Suami : Ustaz..ppoan simpanan sy lbh ramping tubuh nya..tp isteri sy gemuk..

Ustaz : ppoan simpanan 
kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? tentu tak kan? sbb dia lbh sygkan bentuk tubuhnya dr kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya utk kamu kerana dia lebih
mencintai kamu dari bentuk tubuh badan

En. Suami : Tapi ustaz..ppoan simpanan sy lebih manja dan lemah
lembut.. isteri sy jarang ada masa utk sy dan kadang2 garang..


Ustaz : ppoan simpanan kamu tak ada tanggungjawab utk dipikul tentang kamu..dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu,
hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama
kamu.tapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masa nya
terpaksa dibahagi-bahagi antara kamu dan anak2 kamu.. krn dia tahu
menjaga anak2 kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya
padamu..


En. Suami : isteri sy jarang memujuk sy ustaz..tak seperti ppoan simpanan sy..


Ustaz : itu krn isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mrk bertanya
kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. anak2 mengadu tentang
kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mrk. bersedih memikirkan kamu yang tak ada masa utk bersama mrk. isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri
terus hanyut bergelumang dosa bersama ppoan simpanan kamu itu. ppoan
simpanan kamu itu pernah ke terfikir tentang maruah kamu?


En Suami..tapi kan ustaz....


Ustaz: cam ni lah....kalau isteri awk sentiasa tak cukup sempurna dimata
awk, awk ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik utk lelaki yg tak tahu
bersyukur seperti awk. Cuba awk pikir, klau bukan krn dia yg korbankan bentuk
tubuh nya krn awak, sepanjang hayat awk tak akan melihat waris
keturunan awk. klau dia mahu, dia juga boleh memilih utk mencintai
dirinya sendiri dari mencintai awk.. tapi itulah pengorbanan seorang isteri
yang tak pernah awk hargai.bukan dia yg tak cukup sempurna utk awk tp
awklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. lebih baik awk
nilai diri awk sendiri dari awk menilai isteri awk krn dia ibu kpd anak2 awk ....

Sunnah Perkahwinan

Soalan: Tolong terangkan apakah perkara yang dibenarkan dan yang dilarang di dalam adat perkahwinan orang Melayu seperti bersanding, makan beradab, sirih junjung, tepung tawar, berinai, dan sebagainya.

Ustaz Azhar Idrus :

Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah:

* Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin perempuan dedah aurat, pakaian ketat, tabarruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah, dan sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal tinggal solat 1 waktu akan diseksa 6000 tahun dalam api Neraka. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita dan ahli keluarga sahaja dan jangan sampai melanggar batas syarak.

* Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"! Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.

* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.

* Sirih junjung ini adalah adat agama hindu, tidak dibenarkan kecuali pengantin memang jenis makan sirih.

* Tabur beras kunyit ini juga asalnya adat orang hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.

* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama hindu dan majusi. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.

* Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin!

* Renjis air mawar boleh kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang!

* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin jenis tak solat, jangan bersilat tapi kasi dia "flying kick" terus!

* Berinai dijari adalah haram bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan wanita sahaja. Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin. Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal ! Bagi perempuan pula, janganlah pakai inai lebih-lebih sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti tatu pulak. Berlebih-lebihan juga haram hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.

* Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi dah ada sekarang yang cium mulut terus depan tok imam dah jadi macam orang kristian. Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki...

* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut - Ini dah ikut adat orang kristian.

Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan. Tinggallah adat-adat yang bid'ah dan kembali kepada sunnah.

Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama. Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kesah cuma kita kena ingat, kita kena jawab soalan-soalan dalam kubur nanti....

Saliva

Wahai anakku,
Aku ingin memulakan surat ini dengan bertanya soalan ini. Apakah kamu sedar mengapa manusia sering menelan air liur? Semasa kita mendengar, melihat, makan, bercakap (mengumpat mahupun memuji) dan bersolat, manusia sentiasa menelan air liur tanpa sedar.

Apa tujuan manusia menelan air liur? Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain.

Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya. Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya.

Wahai anakku,
Pernahkah terlintas pada minda anakanda mengapa kita diwajibkan untuk menunaikan solat, doa, zikrullah, membaca Al-Quran, berfikir dan mengambil iktibar? Begitu juga ketika kita senyum, orang yang melihat senyuman kita akan berasa riang kerana air liur yang dihasilkan adalah baik.

Sebaliknya sekiranya kita mengumpat mengenai seseorang, mendengar dan melihat benda yang tidak baik, air liur beracun akan dihasilkan sehingga minda kita terkena racun dengan buruk sangka, takut, dengki dan cemburu.

Wahai anakku,
Kamu sungguh bertuah kerana dilahirkan di zaman internet. Setelah subuh, anakanda membaca berita melalui internet – samada di Facebook atau mana-mana laman lain. Membeli surat khabar sudah dianggap sebagai satu pembaziran. Ekoran itu, kamu tidak terkena racun yang ditaburkan di media tradisional seperti akhbar dan TV.

Tapi, situasi sungguh berbeza bagi generasi dahulu. Kami disajikan setiap hari dengan racun melalui surat khabar dan TV media perdana. Terlalu banyak air liur beracun yang telah kami telan untuk berpuluh tahun. Pemikiran kami sudah kaku seolah-olah diracuni. Berita pukul 8pm seolah-olah lebih penting daripada kuliah Maghrib bagi sebahagian besar kita.

Wahai anakku,
Awasilah setiap apa yang kamu baca dan tonton kerana ia menyumbang ‘racun’ kepada pemikiran dan dirimu. Setiap maklumat memerlukan tapisan, sebaik-baik tapisan ialah iman.

Wahai anakku,
Betapa ramai yang rosak minda dan jiwa melihat dan membaca sesuatu yang tidak baik, samada dari pelbagai media baru atau lama kerana rosaknya ‘penapisan atau filter’ dalam diri mereka. Untuk itu, wahai anakku, jadilah kamu sentiasa membersihkan imanmu dengan membaiki amalanmu dengan Allah. Nescaya air liurmu menjadi penawar kepada racun yang cuba merosakkan kamu.

Wahai anakku,
Awasilah apa yang kamu lihat dan dengar, kerana sesungguhnya pendengaranmu, penglihatanmu dan perasaan dalam hatimu, semuanya akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti.

Senyum.