Isnin, 21 Oktober 2013

makruh solat


Perkara-Perkara Yang Makruh Dalam Solat | 

Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.

Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:

1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.

2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.

3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.

4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.

5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.

6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.

7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.

8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.

9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.

10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.

11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.

12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.

13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.

14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.

15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.

16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.


17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.

Dakwah

Shah Kirit bin Kakulal Govindji,21 Okt 2013
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri secara ringkas. Nama saya ialah Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Pelik bukan? Kebiasaan di Malaysia, apabila seseorang itu masuk Islam, dia dikehendaki menukar nama bapa dia kepada Abdullah. Sebenarnya tidak ada satu pun nas dari Al-Quran mahupun Hadith Sahih yang mewajibkan seseorang yang masuk Islam mesti tukar nama bapa dia kepada Abdullah!

Saya telah dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi ibu bapa saya telah membesarkan saya sebagai seorang Hindu. Tuan-tuan dan puan-puan mesti hairan, ini adalah kerana di dalam Islam kita percaya bahawa setiap kanak-kanak di dunia ini dilahirkan dalam fitrah Islam tetapi ibu bapalah yang mencorakkan mereka menjadi Nasrani, Yahudi, Majusi, Hindu, Buddha mahupun sebagai seorang ‘Free Thinker’. Hadis Rasulullah SAW bermaksud;
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari dan Muslim)

Justeru itu saya lebih suka menggunakan perkataan ‘Revert’ daripada ‘Convert’ apabila seseorang itu menganuti agama Islam kerana mereka kembali kepada fitrah kejadian mereka.

Punca awal saya masuk Islam adalah atas dasar perkahwinan. Ya, kerana saya mahu berkahwin dengan perempuan Islam. Saya cakap berterus terang kerana dalam kalangan masyarakat kita ada sejenis ‘penyakit’, termasuklah dalam kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam. Apabila sesorang itu menyampaikan hasrat untuk memeluk agama Islam, dia akan diperli atau disindir seperti, “Kenapa masuk Islam? Kalau tidak kerana perempuan Melayu memang tidak sah!”

Salahkah kami masuk Islam kerana mahu berkahwin? Sebenarnya masuk Islam kerana mahu berkahwin tidak salah. Mungkin itu Qada’ dan Qadar, bersabit dengan perkahwinan seseorang itu mendapat hidayah dari Allah. Yang salah ialah sudah masuk Islam tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan Islam. Yang turut salah ialah masyarakat Islam setempat yang tidak mahu membimbing atau membantu orang yang baru masuk Islam.

Jika kita perhatikan keadaan sekeliling, kita dapati ramai yang masuk Islam adalah kerana perkahwinan. Ini adalah kerana orang-orang Islam di Malaysia hampir-hampir tidak ada melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sekeliling mereka. Sudahlah tidak buat kerja, sindir orang pula!

Alhamdulillah, hari ini kita sebagai orang-orang Islam sedar bahawa Islam bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tetapi adalah untuk seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai dakwah Islam kepada mereka yang belum terima hidayah lagi. Allah mencela golongan seperti ini dalam surah Al-Baqarah ayat 140;
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.”


Na’uzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini. Allah memberikan penghormatan kepada kita orang-orang Islam di dalam surah Ali Imran ayat 110;
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia....”.


Kita pun rasa sangat seronok mendengarkan ayat ini. Namun begitu kita lupa bahawa setiap penghormatan itu datang bersama tanggungjawab. Lagi besar suatu penghormatan maka lagi beratlah tanggungjawab yang harus dipikul. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita orang-orang Islam yang melayakkan kita di gelar ‘sebaik-baik umat’ juga disebut dalam ayat yang sama;
“...(Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.”


Ini bermakna kita harus menjadi masyarakat ‘amar maaruf nahi munkar’ iaitu melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam secara serentak. Allah berfirman dalam surah al-Asr ayat 1-3;
“Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.”
“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.”


‘Berpesan-pesan dengan kebenaran’ bermakna melakukan ‘amar maaruf nahi munkar’ yakni melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam. Ayat ini jelas menunjukkan tanggungjawab melakukan dakwah bukan tugas Ustaz, Imam atau Jabatan Agama sahaja tetapi adalah tanggungjawab setiap orang Islam.

Di dalam Khutbah terakhir, Rasulullah SAW telah bertanya kepada para Sahabat yang tidak kurang dari 110,000 orang, “Adakah aku telah sampaikan pesanan Islam?”

Para Sahabat-pun secara serentak menjawab, “Ya Rasulullah! Kamu telah sampaikan.”

Maka Rasulullah SAW seterusnya memerintahkan mereka;

“Sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir.”

Para sahabat pun faham akan perintah Rasulullah SAW lalu keluar dari negeri Arab menyampaikan dakwah Islamiyah. Maka Islam telah pun sampai ke Negeri China, India, Sepanyol dan seterusnya ke Malaysia. Alhamdulillah, Para sahabat-sahabat Nabi dahulu tidak ada sikap macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya ada yang bertanya, tetapi sebaliknya telah bertebaran ke pelbagai pelusuk dunia dalam menyampaikan syiar Islam.

‘Master key’ untuk melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam ada diterangkan dalam Surah Ali-Imran ayat 64;
“Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah.”


Untuk mencari kalimah-kalimah yang bersamaan antara kita dengan mereka, maka kita hendaklah mengkaji kitab mereka (bukan untuk beriman tetapi) untuk mencari ayat-ayat yang menjurus kepada tauhid. Sekiranya di peringkat permulaan kita hanya menggunakan Al-Quran dan Hadith sahaja mungkin orang-orang bukan Islam ini menolak kerana mereka belum beriman kepada Al-Quran.

Sekiranya kita menggunakan Bible maka orang-orang Kristian terpaksa menerimanya. Berikut adalah antara hujah-hujah yang boleh kita gunakan dari Bible terhadap orang-orang Kristian;
“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.” [Mark 12:29]

Apabila kita mulakan dakwah kepada orang-orang Hindu, adalah lebih baik sekiranya kita mulakan dengan konsep ketuhanan dalam Islam yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas;
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa;”
“Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;”
“Ia tiada beranak, dan pula tiada diperanakkan;”
“Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya”


Seterusnya kita boleh bincangkan mengenai ayat-ayat yang ada persamaan di dalam kitab-kitab mereka contohnya Veda, Upanishad, Purana, Maha Bharata, Ramayana dan yang paling popular di kalangan orang-orang Hindu adalah Bhagavad Geeta. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh kita gunakan:
“He is One only without a second.” (Chandogya Upanishad 6:2:1)
“There is no likeness of Him.” (Svetasvatara Upanishad 4:19)
“His form is not to be seen, no one sees Him with the eye.” (Svetasvatara Upanishad 4:20)
“There is no image of Him.” (Yajurveda 32:3)
“He is bodiless and pure.” (Yajurveda 40:8)

Namun begitu dalam kita menyampaikan dakwah kepada orang-orang bukan Islam, adalah penting kita sentiasa mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 125;
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.”

Adakah kita menggunakan hikmat kebijaksanaan dan menasihatkan dengan cara pengajaran yang baik dan lemah lembut bila menyampaikan dakwah Islamiyah kepada orang-orang bukan Islam? Jarang sekali.

Kebiasaannya bila ada orang bertanya mengenai Islam, jawaban yang lazim diberikan adalah, “Dalam Islam kita mesti sembahyang 5 kali sehari, Bulan Ramadhan mesti puasa satu bulan dari pagi sampai senja – tidak boleh makan atau minum, mesti bayar zakat, tidak boleh makan ‘kerbau pendek’ (khinzir), tidak boleh minum (arak), mesti kena ‘potong’ dulu (berkhatan), pergi masjid mesti pakai songkok dan kain, kalau pergi solat Hari Raya mesti pakai baju Melayu (seolah-olah solat itu tidak sah tanpa memakai baju Melayu!).”

Saya perhatikan bahawa kita sebenarnya lebih banyak ‘me-Melayu-kan’ seseorang yang masuk Islam dari meng-Islamkannnya. Kita memberikan gambaran seolah-olah Islam ini adalah satu agama yang sangat menyusahkan umatnya. Sepatutnya kita jangan terlalu rigid berkenaan fikah (halal dan haram) pada peringkat permulaan. Yang harus diutamakan adalah tauhid, apabila iman dia sudah meresap dan mantap barulah kita sampaikan bab-bab fikah secara beransur-ansur ikut kemampuan seseorang individu. Bila iman sudah kukuh di hati, seseorang itu akan mengerjakan perintah Allah tanpa perlu disuruh, Insya-Allah.

Saya ingin mengajak semua yang hadir di sini termasuklah diri saya agar marilah kita semua bangkit dari lena kita. Kita telah lama tidur dengan mata celik. Marilah kita bangkit dan laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita untuk menyampaikan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah kepada sesama Islam.

Berhenti dari memberikan alasan. Apabila saya mengajak orang untuk berdakwah, mereka selalu memberikan alasan dan minta tunggu. Hendak tunggu apa lagi? Allah memberikan amaran kepada kita dalam Surah At-Taubah ayat 24;
“Katakanlah (wahai Muhammad); Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”.


Marilah kita berhenti dari memberikan alasan-alasan seperti berikut;
1.Tunggulah saya pandai; sampai bila-bila pun kita tidak akan cukup pandai sekiranya kita tidak cuba dari sekarang. Sekali lagi saya rujuk kepada hadith diatas iaitu, “Sampaikanlah walau satu ayat”.
2.Tunggu bila ada orang bertanya baru nak cerita tentang Islam; sekali lagi saya rujuk kepada petikan dari Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w, “Siapa-siapa yang hadir disini sampaikanlah kepada yang tidak hadir”.
3.Negara kita negara majmuk, sensitif untuk melakukan dakwah; pada zaman Nabi Muhammad SAW terdapat tidak kurang dari 360 suku kaum. Ini tidak menghalang baginda memberikan dakwah kepada kaum Musyirikin pada masa itu malahan baginda telah berjaya menyatu-padukan semua kaum tersebut di bawah panji Islam!
4.Agama ini urusan peribadi, jangan masuk campur dalam hal orang lain; Dalam Islam ia menjadi tanggungjawab semua orang-orang Islam mencampuri urusan orang lain apabila ia melibatkan perkara akidah; ‘amal maaruf nahi munkar’.

http://www.tarbawi.my

Sabtu, 19 Oktober 2013

Ambank

"Just nak share ngan korang, aku bru buat repot polis..

Lebih kurang pukul 4ptg, ada sorang lelaki yg mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yg appear adalah 1800808888. Dia kata nak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 kat Poh Kong, KLCC. Aku ckp aku xde kredit kad, akaun atau apa2 urusniaga dgn Ambank. So dia kata mungkin ade org guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dlm sistem Ambank, tp dia kata dia hanya bahagian pengesahan, x boleh check maklumat. Aku dah curiga. Dia suruh aku complain kat Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, mmg talian hotline diaorg 1800808888. Aku call no Bank Negara yg dia bagi tu dan lelaki India, Vijaya yg angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk dpt maklumat lanjut. Tak sampai 15 minit, lelaki cina pulak, Lim call aku dr no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan. Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yg lain ke dalam satu sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yg lain tu. Dia tanya aku berapa banyak duit aku dlm akaun2 tu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tak kan tak boleh check. Suara dia dah lain. Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai kat bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok. Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa2 rekod aku dgn Ambank dan mengatakan yg Ambank sendiri telah menerima banyak aduan. Dlm 10 minit dia call lagi, tanya aku dah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way. Tapi, sebenarnya aku kat Balai Polis. Masa tgh buat repot, dia call lagi tp dah mula marah2 sebab kononnya kena kerja overtime nak handle kes aku (baiknya 'pegawai Bank Negara' tu). Aku terus cakap dengan dia yg aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yg sama.

Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka skrg ada teknologi supaya nombor telefon yg tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja."

sawit

Ramai pula yang tanya tentang minyak masak. Saya syurkan minyak kelapa sawit. Ada dua jenis, yang biasa dan yang merah. Yang merah ada lebih banyak khasiat tapi yang biasa pun adalah minyak yang paling baik sebab stabil pada suhu tinggi dan juga tidak akan hasilkan transfat. Minyak kelapa sawit telah diburuk-burukkan oleh media barat sebab kepentingan ekonomi mereka dan yang terakhir mereka suruh boycott sebab kononnya ladang sawit menyebabkan orang utan hilang tempat tinggal..mana ada..kita jaga orang utan kita siap ada sanctuary lagi. Ada yang tanya minyak sunflower .tak se stabil ..Canola oil jangan beli sebab ini minyak GMO yang asal dari rapeseed yang memwng racun...corn oil.. tak stabil bila goreng. .cotton seed oil..siapa pernah guna tahu habis melekat kat periuk belanga..minyak zaitun ya bagus tapi jangan guna utk goreng..minyak kacang ..senang perat , minyak perat jangan guna. Minyak sawit pun jangan guna berkali kali sampai hitam.. minyak rosak bahaya. Itulah sebabnya saya tak galakkan hari hari makan goreng pisang beli di warung. Saya pernsh rawat penjual goreng pisang. .dia baru mula menjual dalam 2 bulan dan bila tak habis dia makan. Liver dia bengkak. Kalau nak baca lebih tentang palm oil silakan ke link ini.

banding

Apabila si En.Suami suka membanding2 kan isteri dgn perempuan simpanannya..

En. Suami : Ustaz..ppoan simpanan sy lbh ramping tubuh nya..tp isteri sy gemuk..

Ustaz : ppoan simpanan 
kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? tentu tak kan? sbb dia lbh sygkan bentuk tubuhnya dr kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya utk kamu kerana dia lebih
mencintai kamu dari bentuk tubuh badan

En. Suami : Tapi ustaz..ppoan simpanan sy lebih manja dan lemah
lembut.. isteri sy jarang ada masa utk sy dan kadang2 garang..


Ustaz : ppoan simpanan kamu tak ada tanggungjawab utk dipikul tentang kamu..dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu,
hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama
kamu.tapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masa nya
terpaksa dibahagi-bahagi antara kamu dan anak2 kamu.. krn dia tahu
menjaga anak2 kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya
padamu..


En. Suami : isteri sy jarang memujuk sy ustaz..tak seperti ppoan simpanan sy..


Ustaz : itu krn isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mrk bertanya
kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. anak2 mengadu tentang
kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mrk. bersedih memikirkan kamu yang tak ada masa utk bersama mrk. isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri
terus hanyut bergelumang dosa bersama ppoan simpanan kamu itu. ppoan
simpanan kamu itu pernah ke terfikir tentang maruah kamu?


En Suami..tapi kan ustaz....


Ustaz: cam ni lah....kalau isteri awk sentiasa tak cukup sempurna dimata
awk, awk ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik utk lelaki yg tak tahu
bersyukur seperti awk. Cuba awk pikir, klau bukan krn dia yg korbankan bentuk
tubuh nya krn awak, sepanjang hayat awk tak akan melihat waris
keturunan awk. klau dia mahu, dia juga boleh memilih utk mencintai
dirinya sendiri dari mencintai awk.. tapi itulah pengorbanan seorang isteri
yang tak pernah awk hargai.bukan dia yg tak cukup sempurna utk awk tp
awklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. lebih baik awk
nilai diri awk sendiri dari awk menilai isteri awk krn dia ibu kpd anak2 awk ....