Assalaamu'alaikum w.b.t....... Pernahkah kita muhasabah diri kita, berapa peratus kah kita melakukan perkara-perkara yang Allah S.w.t suka setiap hari berbanding dengan apa yang Allah tidak suka? Berapa jam kita habiskan masa kita kepada yang bermanfaat dan menimbulkan rasa takut pada Allah berbanding dengan yang lagho / melalaikan dan sia-sia?
Tahukah bahawa jika kita mahu disayangi oleh Allah Azza wa Jalla, maka hendaklah kita mengikut cara Nabi S.a.w atau mendengar kata-katanya?
"Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu kasihkan Allah ikutlah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Surah Aali Imran : 31]
Ada orang kata, "nak masuk syurga mesti dengan rahmat Allah, bukan kerana berapa banyak amalan yang kita buat kerana amalan kita tidak layak dengan syurga Allah." Ya betul, hanya dengan RAHMAT (belas kasihan) ALLAH kita dapat masuk syurga. Tetapi anda ingat dapat RAHMAT ALLAH dengan percuma dan mudah begitu sahaja?
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hatidan amalan kamu." [Hadits Riwayat Muslim]
Kalau kita mendalami Ilmu Tasawwuf (ilmu untuk menyucikan hati dan menyempurnakan ibadah kita), sebaiknya kita BERAMAL semata-mata untuk mendapatkan REDHA dan RAHMAT dari Allah, bukan semata-mata kerana mahu PAHALA dan SYURGA. Kerana jika Allah S.w.t redha dan merahmati kita, automatik lah syurga pun dapat.
Antara amalan-amalan yang kita dapat lakukan seharian yang sangat besar ganjaran dari Allah ialah;
Yang pertama sekali perlu diingatkan agar kita MELAKSANAKAN segala KEWAJIPAN atau YANG FARDHU AIN terlebih dahulu, contohnya Solat Fardhu (terutamanya dengan berjema'ah), Puasa Ramadhan, Zakat, Haji dan seumpamanya. Lakukan dengan betul seperti apa yang diajarkan oleh Rasulullah S.a.w dan ditunjukkan oleh para ulama pewaris nabi. Seperti solat sebagai contoh, lengkapkan lagi ilmu kita dengan membaca juga kitab seperti Kitab Munyatul Musolli, Rahsia khusyu' sembahyang, Sifat Solat Nabi dan sebagainya.
Dan segala amalan WAJIB dan SUNAT yang kita buat mestilah dipasangkan NIAT yang betul-betulikhlas kerana Allah S.w.t, bukan kerana Riya', Sum'ah, 'Ujub dan Takabbur, na'uzubillahi min zaalik.
1 - Perbanyakkan solat sunat. Solat sunat qabliyyah Subuh, Solat Dhuha, Solat Witir, Solat Tahajjud, Solat Rawatib dan boleh tambah dengan solat-solat sunat lain.
"Sesungguhnya Allah S.w.t menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir." [Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim r.a]
"Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir kerana Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada yang ganjil." [Hadits Riwayat al-Tirmidzi dan Hakim]
Abu Hurairah pernah berkata; "Rasulullah S.a.w berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari setiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur."
"Dua rakaat sebelum Subuh (Solat Qabliyyah) itu lebih baik dari dunia dan isinya." [Hadist riwayat Imam Muslim]
"Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." [Surah Isra’; ayat 79]
.
"Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan." [Hadits Riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad]
"Seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat sunnat di waktu malam (Solat Tahajjud)." [Hadits Riwayat Muslim]
"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka." [Hadits Riwayat Abu Daud & Tirmidzi]
"Barangsiapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh." [Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi]
Nabi S.a.w yang MAKSUM dan sudah DIJAMIN SYURGA pun memperbanyakkan SOLAT SUNAT. Kalau kita langsung tidak mahu mengerjakan solat sunat dalam sehari, amat malang lah! :-(
2 - Sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah S.w.t. dan MEMUJINYA sama ada sedang berdiri, duduk, baring atau apa saja keadaan. Ingatlah, Allah SUKA DIPUJI.
Apa ayat Al-Quran yang paling AGUNG? Ayat yang paling agung ialah AYAT KURSI. Kandungannya adalah puji-pujian dan mengagungkan kebesaran Allah S.w.t dengan seagung-agungnya.
Untuk sentiasa dapat berzikir pada Allah, pada permulaannya memang mencabar. Tetapi apabila kita sudah biasakan diri, lawan nafsu, buang segala lagu atau muzik yang melalaikan dari dalam kepala, insyaAllah nanti ALAH BISA TEGAL BIASA. Practise makes perfect!
Mahu MAHIR dalam apa saja bidang pun perlukan LATIHAN / PRACTISE. Mahu mahir suatu yang jahat pun perlu PRAKTIS. Mahu mahir suatu yang BAIK pun perlukan PRAKTIS. Terpulang pada HATI anda sendiri mahu jadi yang mana.
"Maka (Allah) mengilhamkannya jalan keburukan, dan jalan taqwa. Maka berjayalah sesiapa yang menyucikan (diri dan hati) nya." [Surah As-Syams : Ayat 8 - 9]
Kemudian, selagi lagu atau muzik-muzik melalaikan bersenandung di dalam kepala anda, selagi itulah sukar untuk dapat Zikrullah sepanjang masa. Kerana penawar memang tidak boleh bercampur dengan racun dalam satu masa.
Apabila anda sudah dapat BIASAKAN diri Zikrullah, nanti anda akan dapat rasai bahawa Zikrullah sebenarnya LEBIH NIKMAT dari mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Kerana lagu-lagu itu hanya memberi nikmat sementara, tak dapat pahala malah dapat dosa, buang masa dan sebagainya. Sebaliknya Zikrullah akan memberi NIKMAT BERPANJANGAN , mendapat pahala dan merasa tenang bersama Allah Azza wa Jalla.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang." [Surah Al-Raad : 2]
Contoh zikir yang mempunyai fadhilat yang besar ialah mengucap Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariikalah <-- Sila klik untuk penerangannya.
"Siapa yang tasbih (Subhanallah) 33 kali, tahmid (Alhamdulillah) 33 kali, dan takbir (Allahu Akbar) 33 kali, jadi jumlahnya 99 kali, kemudian di cukupkannya 100 dengan membaca : La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir, maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." [HR Muslim)
Dan macam-macam zikir lagi .......
3 - Membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 50 ayat dalam sehari. Lagi banyak lagi bagus! Kerana jika kita baca Al-Quran tidak sampai 50 ayat dalam sehari, maka kita digolongkan dalam golongan manusia YANG LALAI, na'uzubillahi min zalik.
"Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah ia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat." [Surah Al-An’aam : ayat 155]
Dari Jabir r.a. katanya, bahawa Rasulullah S.a.w bersabda; "Bacalah oleh mu Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya." [Hadits Riwayat Muslim]
"Barangsiapa yang membaca 50 ayat dalam sehari semalam, maka dia tidak dicatat sebagai seorang yang lalai. Barangsiapa yang membaca 100 ayat, maka dia dicatat sebagai orang yang qaniith taat. Barangsiapa yang membaca 200 ayat maka dia tidak akan dibantah oleh al-Quran pada hari kiamat. Dan barang siapa yang membaca 500 ayat, maka dicatat baginya perbendaharaan harta berupa pahala." [HR Ibnus Sunniy, Hadits Shahih li ghairihi]
"Rasulullah S.a.w tidak tidur sehinggalah baginda membaca surah as-Sajadah dan surah al-Mulk” [HR Ibnus Sunni]
“Sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu siang dan malam kerana mencari keredhaan Allah S.w.t, diampunkan dosanya”. [HR Ibnus Sunni]
“Sesiapa yang membaca surah az-Zilzal pada waktu malam, dia seperti membaca separuh al-Quran. Sesiapa membaca surah al-Kafirun, dia seperti membaca satu perempat al-Quran. Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas seperti membaca satu pertiga al-Quran. [HR Ibnus Sunni]
Dan sebagainya lagi .......
4 - Sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad S.a.w. Dengan banyak berselawat ke atas Rasulullah S.a.w insyaAllah di Hari Kiamat nanti kita akan mendapat SYAFAAT dari beliau.
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat." [Hadits Riwayat Thabrani]
“Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadits riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah SWT akan mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya." [HR Ibn Najar dari Jabir]
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan Syurga. [HR Abus Syaikh dari Anas]
5 - Istighfar dan berdoa kepada Allah S.w.t. Nabi Muhammad S.a.w beristighfar (memohon ampun) dari Allah S.w.t sebanyak sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Beliau yang maksum (tiada dosa) pun memohon ampun, maka siapa kita kalau langsung SOMBONG tidak mahu mohon ampun dari Tuhan, sedangkan dosa kita sangat banyak?
"Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi Rahmat." [Surah Al-Mu’minuun : ayat 109]
Kalau dapat cari waktu hujan, di sepertiga malam (atau sekitarnya) dan waktu sedang sujud serentak untuk berdoa, amat lah bagus kerana semua keadaan itu adalah waktu MUSTAJAB berdoa. Juga kalau dapat cari waktu hujan, masa antara azan dan iqamah, sedang berpuasa sunat, ketika bermusafir dan ketika sujud serentak kesemuanya. Dan di waktu doa mustajab yang lain.

Jangan lupa untuk memuji Allah (seperti ucap Alhamdulillah) dan bershalawat pada Nabi S.a.w dalam doa kita, kerana doa tanpa shalawat terhijab dengan Allah S.w.t.
"Setiap doa terhijab (tertutup) hingga bershalawat kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam." [HR. ad-Dailami]
6 - Berkasih-sayang sesama manusia kerana Allah S.w.t.
Dalam satu hadits Qudsi disebutkan bahawa Allah s.w.t berfirman ertinya: "Wajib mendapat kasih sayang Ku bagi orang yang saling berkasih-sayang kerana Ku dan saling duduk-duduk di dalam majlis kerana Ku dan saling memberi kerana Ku dan saling berziarah kerana Ku." [Hadits Riwayat Ahmad, Hakim dan Ibn Hibban]
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku (kaum) supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". [Surah Al Hujurat : 13]
7 - Cari masa dalam sehari untuk MENANGIS menyesali segala dosa, takutkan Allah dan nerakaNya. Dan kurangkan lah KETAWA, atau jika boleh, tak payah ketawa langsung lagi baik.
Nabi S.a.w bersabda yang maksudnya; "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." [Hadits Riwayat Abu Naim]
"Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah S.w.t selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah S.w.t dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah S.w.t dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah." [Hadits riwayat at-Tirmidzi]
Sikap banyak menangis (kerana takutkan ALLAH) ialah sikap orang yang betul-betul BERIMAN dan BERTAQWA, sedangkan sikap BANYAK KETAWA ialah sikap orang-orang MUNAFIQ. Seperti yang pernah ditempelak oleh Allah S.w.t tentang tentera-tentera munafiq ketika Perang Uhud. "Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak."[Surah at-Taubah : Ayat 82]
Pernah suatu ketika, Rasulullah S.a.w berjalan melalui sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa." [Hadits Riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah]
8 - Jangan merasakan diri ini sudah SANGAT BAIK dan SELAMAT DARI NERAKA di Akhirat nanti walaupun kita sudah BANYAK melakukan amal soleh dan ibadah. Kerana orang-orang yang BERUNTUNG ialah orang-orang yang merasa TIDAK AMAN dari AZAB ALLAH.
".. Tidaklah yang merasa aman dari adzab Allah, kecuali orang-orang yang rugi." [Surah Al-A'raaf : 99]
"Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu; menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta." [Surah Al-Mulk : 16]
Jika kita masih merasakan diri kita TIDAK BAIK, barulah kita akan berusaha untuk buat yang lebih baik lagi, lebih beramal lagi dan sentiasa merasa TIDAK CUKUP AMALAN. Serta kita tidak BANGGA dan MENDABIK DADA dengan amalan-amalan kita, dan merendah-rendahkan orang lain, na'uzubillah min zaalik.
9 - Berpuasa sunat. Puasa sunat yang paling disukai oleh Nabi Muhammad S.a.w ialah puasa pada setiap hari Isnin dan Khamis (melainkan jika jatuh pada hari-hari yang DIHARAMKAN berpuasa).
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.a.w. bersabda; "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah S.w.t) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa." [Hadits Riwayat Tirmizi - Hadits Hasan Gharib]
"Puasa yang paling disukai oleh Allah S.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah S.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." [Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
10 - Dan berbuat amal-amal soleh lain selagi mempunyai kemampuan dan kesempatan seperti bersedekah, jalin silaturrahim, dakwah, menuntut ilmu (yang bermanfaat) dan sebagainya, selagi PERKARA-PERKARA itu adalah apa yang ALLAH SUKA. Dan jangan lupa, niatkan segala amalan baik kita itu KERANA ALLAH dan mulakan dengan BISMILLAH.
Secara ringkasnya, sama-sama lah kita buat apa yang Allah S.w.t suka setiap hari, dan jauhkan / tinggalkan apa yang Allah S.w.t tidak suka dalam masa yang sama.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jika kita sentiasa amalkan apa yang Allah S.w.t suka, insyaAllah nanti jadi seronok dan merasa RUGI jika tidak lakukan. Lawan nafsu Ammarah bis suu' (yang menyuruh berbuat jahat dan dosa) pada peringkat permulaan, lama-lama nanti jadi mudah dan tabiat. Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat, amiin.
Di akhirat nanti, segala amalan kita akan ditimbang di atas Al-Mizan di Mahsyar. Semoga timbangan itu berat sebelah amal baik kita dan semoga kita semua dibalas syurga. Dan betapa pentingnya amalan di dunia ini, lihat saja bayi-bayi baru lahir yang meninggal dunia. Mereka nanti akan menjadi PELAYAN-PELAYAN dalam syurga sepertimana para bidadari, kerana mereka tidak pernah merasa KESUSAHAN dan UJIAN HIDUP di dunia ini.
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."[Surah Al-Baqarah : ayat 195]
Wallahu a'lam .......