Ahad, 3 November 2013

gula gula2

Subky Latif,03 Nov 2013
Segala nikmat kecemerlangan dan syurga yang dijanjikan oleh Bajet 2014 belum dapat dikecapi atau jadi satu angan-angan, tetapi kesan awal yang bakal dihadapi segera oleh rakyat dan pengguna ialah bala dan pahit.

Berbagai-bagai janji yang disarankan dirasakan seperti  memberi  gula-gula yang tiada rasa pada lidah dan tekak  melainkan terasa ada benda pada lidah dan tekak.

Apa yang ditawar yang boleh dapat segera seperti BRIM yang dinaikkan RM150 dari RM500 kepada RM650 sekali atau dua kali setahun bagi isi rumah  yang berpendapatan  sehingga RM3,000 sebulan, pesara dapat RM250 sebulan, bonus pegawai awam antara setengah bulan gaji dan minima RM500, seramai 3,334 murid Taska anak orang berpendapatan kurang dari RM900 sebulan diberi bantuan RM250 sebulan dan macam-macam lagi.

Bunyi sedap dan menyeronokkan. Tetapi ia ibarat memberi gula-gula kerana benda yang bakal melanda pula seperti cukai GST dan mansuh subsidi gula akan menenggelamkan apa yang tawarkan itu. Yang melanda itu bala. Apabila bala itu menenggelamkan tawaran manis tadi jadilah tawaran itu ibarat gula-gula.

Gula-gula biasanya manis tetapi apabila gula naik 35 sen sekilo yang  disebut sebagai mansuh subsidi gula, maka ia menjadi gula-gula tadi tawar. Nasib baik yang tidak bergula itu tawar tetapi ada yang tidak bergula yang pahit seperti kopi. Ada yang rasa kopi pahit itu nikmat, tetapi bagaimana kalau kek dan kuih muih pahit? Segala yang tawar dan payau tak tertelan oleh tekak, apa lagilah yang pahit.

Betullah berlebih gula menjadikan kencing manis, tetapi  tiada yanag manis menyebabkan hilang tenaga dan terdedah kepada berbagai-bagai penyakit juga.

Orang Arab boleh tidak makan gula dan dapat tenaga dengan makan kurma, tetapi kurma di Malaysia tidak berbuah. Boleh kurma menggantikan gula bagi memelihara tenaga, tetapi lebih murah membeli gula tanpa subsidi daripada memberi  kurma.

Manusia dari mula tidak terpisah dengan manis. Memansuhkan subsidi gula sama seperti  mencatu atau menyekat menikmati manis. Bagi yang berada, gula tanpa sabsidi seperti mencatu manis, tetapi bagi yang tidak berada memanshkan sabsidi seperti menyekatnya menikmati manis.

Gula ada tetapi mahal. Pilihan mereka antara gula dan beras. Dengan pendapatan belum tinggi seperti yang dijanjikan sejak empat tahun  dulu, dengan pendapatan yang ada, kalau mereka beli beras secukupnya, mereka tidak boleh beli gula. Kalau beli gula dan barang yang bergula, tak boleh beli  beras secukupnya.

Untuk makan nasi tidak cukup beli beras saja. Dia mesti beli lauk dan segala yang melengkapkan sistem lauk. Jika dia nak beli beras dan gula, maka dia mesti makan nasi kurang lauk atau makan nasi tak berlauk. Musim Jepun dulu kita makan nasi berlauk ubi atau pisang muda. Bagi ia diterima tekak, ia digaul dengan garam dan minyak.

Saya pernah terima tetamu dari Timur Leste. Mereka tidak sentuh lauk yang disediakan. Mereka makan nasi putih saja. Saya dapati mereka segar. Apakah tiba masa kita jadi seperti mereka makan nasi tak berlauk dan tak berkuah?

Dengan minyak naik sebulan dua dulu, tiada jaminan ia tidak naik lagi, kita dapati kesan kenaikan barang gara-gara kenaikan minyak, kini kita hadapi kenaikan gula dengan kesan kenaikan segara makanan manis, beberapa belas bulan lagi kita hadapi pula cukai GST sedang pendapatan masing-masing belum juga tinggi, maka belum nampak sesuatu yang manis dari bajet baru itu.

Yang nampak adalah bala sedang mara dan yang dirasa setakat ini bajet itu adalah tawar, pahit dan kepahitan. Setahun lagi ada pula Bajet 2015, apa pula bala kali itu? Bala! Bala! Balak!

Visi Misi matlamat

Setelah terlibat dalam Perbincangan Meja Bulat (RTD) dianjur oleh ASLI pada hari Isnin (28 Oktober) lalu dan satu Forum 30 Oktober dianjur oleh Fakulti Ekonomi, Univerisiti Malaya oleh Persatuan Mahsiswa, saya kini bersedia tegas dan terang  pendirian dan rumusan tentang Budget 2014 ini dengan cara bertulis.

Untuk pengetahuan umum, RTD anjuran ASLI berjodol “Kelestarian Fiskal dan Impak ke atas Sektor Korporat’ dan Forum UM atas tajuk Analisis Budget 2014. Panelis Forum MU pula terdiri dari Tan Sri Dr Kamal Saleh, Dr Nungsari dan Professor Rajah Rahsiah dan saya sendiri dan sebahagian besar yang hadir terdiri dari penuntut Fakulti Ekonomi dan ada dari UPM dan USIM.

RTD ASLI pula dikemudikan oleh Tan Sri Dr Navaratnam dan pendiskusi terdiri dari Dr Chen Chaw Min mewakili Kementerian Kewangan, Professor Dr Rajah Rahsia dari UM, Mr Khoo Chuan Keat dari Pricewaterhouse Coopers (PwC Malaysia)  dan Mr Stewart James Forbes, Pengarah Eksekutif dari Malaysia International Chamber of Commerce & Industry (MICCI). 

Saya mulakan dengan menegas kesimpulan bahawa keseluruhan Bajet Najib ini saya sifatkan sebagai Budget yang tidak punya visi atau wawasan. Budget ini hanya punya Matlamat. Keyakinan awal saya lebih mendalam lagi ketika panelis Forum di UM mengongsi rumusan dan kecenderungan yang sama. 

Terdahulu dari pengumuman Bajet oleh Najib pada  25hb Oktober lalu, saya telah menulis dua makalah tentang ‘langkah-langkah menyejukkan pasaran hartanah’ dan kedua ‘bagaimana GST bakal menyusahkan rakyat’. Terbukti sebahagian besar syor saya dalam makalah pertama kini menjadi polisi kerajaan dalam Bajet Najib. Saya masih mahu membuktikan kebenaran makalah kedua saya tentang GST,

Panelis semacam sepakat dalam Forum UM bahawa Belanjawan ini tidak punya satu kerangka pemikiran yang ‘jelas dan tegas’ dari sisi pandang strategik pembangunan bagi mencapai status Negara maju pada tahun 2020. 

Sebaliknya ‘pendewaan’ terhadap angka pertumbuhan terus menjadi pegangan kerajaan Umno-BN untuk kesekian lamanya. Budget ini menyerlahkan penerusan anutan fahaman tersebut. 

Selainnya Budget 2014  ini hanya ‘memperbanyak kerja yang sama’ atau lebih sinis ‘more of the same’.

Namun di segi metodologi untuk mencapai sesuatu Visi tidak menampakkan kejelasan, bahkan ketidaktentuan, samar dan terkadangkali penuh kontradiksi. 

Ternyata, di sebaliknya segala pengenalan akronim barunya Model Ekonomi Baru (NEM), ETP dan EPP, pakar-pakar ekonomi seperti Tan Sri Dr Kamal Saleh, Professor Industri Ekonomi termasuk Professor Jomo Sundram dan ramai yang lain masih gusar memerhatikan bersimpang-siurnya trajektori pembangunan ke arah cita-cita negara maju pada 2020 nanti.

Lebih tepat lagi adalah seluruh Belanjawaan, sebagai alat fiskal jangka pendek, dicerakin bagi mengatasi kepincangan tadbir-urus kewangan Negara, 16 tahun berturut-turut. 

Dengan lain perkataan, Belanjawaan ini dirangka, seperti dijelaskan PM Najib sendiri, adalah bagi mengurangkan defisit fiskal negara ke paras 3.5 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sementara berusaha mengekalkan pertumbuhan yang munasabah di antara 4-4.5%. 

Belanjawaan ini adalah untuk mempastikan bahawa kerajaan Pusat tidak akan terus menambah hutangnya dengan memperkenalkan sumber pendapatan baru yakni dari segi pengenalan ‘Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST’.

Bagi mencapai matlamat itu, Najib pertegaskan tentang komitmen mereka untuk mengurangkan seterusnya menamatkan pemberian subsidi dalam frasa ‘rasionalisasi subsidi’. Penarikan subsidi gula sebanyak 34 sen sekilo disiytiharkan terus dan berkuatkuasanya keesokan harinya 26hb Oktober.

Subsidi dicerca supaya dipandang jelek. Subsidi dihubungkaitkan dengan segala yang membawa keburukan termasuk ‘mengherot pasaran’, ketidakefisienan, penyeludupan, dan pembaziran. Namun Najib sepi apabila subsidi diberikan kepada krooni,contohnya,  pihak Penjana Tenaga Bebas (IPP). Tidak pula ditonjolkan tentang subsidi kepada kroni yang lain seperti yang disebut dengan istilah insentif, geran dan juga atas nama pelepasan cukai atau ‘tax-brake’ kepada entiti-entiti perniagaan.

Penulisan ini mengingatkan Najib dan kerajaan Umno-BN bahawa jangan memangsakan rakyat ketika hutang Negara sudah mencecah RM543.3 bilion bersamaan dengan 54.8% KDNK. Rakyat tidak ada campurtangan dalam membuat hutang sebesar ini. Umno dan mutakhir ini Najiblah yang mesti dipersalahkan. 

Sejak 2009, ketika mengambil alih pimpinan Negara, Najib memohon Penambahan Perbelanjaan (Supplementaray Budget) sebayak RM20 bilion setahun! 75% dari itu adalah perbelanjaan mengurus (OPEX). 

Terdahulu dari tahun 2000, hanya RM5 bilion sahaja sebagai perbelanjaan tambahan. Antara 1995-1999, kerajaan berbelanja kurang dari pendapatan yakni Budget Berlebihan (Surplus) atau Berimbang (Balanced).

Saya ingatkan PM Najib selagi habit atau tabiat buruk ‘ketagihan’ memohon Belanjawaan Tambahan ini tidak boleh dibenteras dan diatasi, lebih jelek lagi ‘berbelanja dahulu dan pohon kemudian’, maka Najib hanya boleh beretorika dengan slogan  ‘kemampanan fiskal’ atau ‘fiscal sustanaibility’. 

Hakikatnya, kesemuanya adalah cakap kosong sahaja. Cita-cita untuk mendapatkan Belanjawan Berimbang pada tahun 2020 adalah impian semata-mata. Buktikan kami salah!

Bagi mengatasi kemelut hutang, Najib sangat berhajat kepada satu sistem cukai yang bersifat ‘broad-based’ dan membawa pulangan yang lebih lumayan. GST, pada sifatnya yang berteraskan ‘multi-peringkat’ dan melibatkan satu senarai barangan dan perkhidmatan yang jauh lebih panjang dan merangkumi, pasti akan mendatangkan hasil yang lebih lumayan dari system Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). 

Pada permulaan kadar 6% GST, kerajaan berharap akan dapat pungutan cukai antara RM10-12 bilion. Persoalan besar yang Najib perlu jawab dahulu ialah ‘Apakah wajar kerajaan mengenakan Cukai pada golongan berpendapatan rendah sama seperti golongan berpendapatan tinggi? 

Meskipun hujjah balasnya ialah ‘Siapa guna dia bayar’ namun GST jelasnya meninggalkan kesan yang Tidak Adil atau Inequitable bahkan sebaliknya “Regresif’ atau Songsang. 

Akhirnya kerajaan tidak menggunakan sistem Cukai untuk melakukan ‘Pengagihan semula kekayaan’ (Redistribution of Income-Wealth) akan tetapi sebaliknya menggunakan Cukai untuk ‘Memangsakan Rakyat Berpendapatan Rendah’. Mekipun boleh ditampung dengan BRIM dan sebagainya, saya minta PM Najib terangkan betapa impak dan dampak kewangan ke atas rakyta teramai. Buktikan kami salah sekali lagi!

Mengapakah Najib sunyi sepi tentang pengenalan ‘Cukai Keuntungan Kapital atau Capital Gain Tax’ khasnya keuntungan dalam pelaburun kewangan seperti Saham atau Ekuiti dan juga Bon. 

Dari hanya memandang kepada rakyat teramai yang sudah pun terbeban dengan kos saraan hidup yang tinggi, gaji yang telah lama beku dan nilai ringgit yang terumbang- ambing, mengapa Najib bisu tentang mendapatkan pendapatan dari mereka yang membuat keuntungan jutaan ringgit dalam transkasi jual-beli saham dan pelaburan kewangan lain? 

Apakah alasan beliau hanya kerana untuk menjadi Bursa kita berdaya-saing. Kita kehilangan billion RM setahun kerana tidak mengenakan cukai  keuntungan ‘Capital’ ini!

Belanjawaan Najib gagal menyerlahkan cara bagaimana Negara ini mahu memacu ‘ekonomi berpendapatan tinggi’ sekaligus melonjakkan rakyat supaya mencapai pendapatan per kapita RM46, 500 atau USD 15,000 setahun.

Najib wajar diigatkan bahawa sekadar mengulangi apa yang dicapai oleh Tun Mahathir di segi mencapai petumbuhan 9% untuk selama satu dekad dalam 90an tidak mendatangkan apa-apa kesan limpahan atau ‘trickling-down effect’ kepada rakyat teramai. 

Bahkan akibat dari pacuan ‘menggila’ seperti itulah fenomena ‘ekonomi meruap’ atau ‘over-heating economy’ dan pelbagai ‘bubble’ termasuk belon-hartanah. Kesemua meletop dan terdedah semasa ‘Krisis Kewanagan Asean 1997’.

Bersekali dengan kesemua itu adalah pelebaran kesenjangan atau jurang kaya-miskin yang terus melebar samada di antara kaum dan dalam sesebuah kaum etnik. Paling parah adalah kaum Melayu. Kesemua adalah akibat Model Pembangunan yang Pincang dan Tempang. 

Pembangunan yang jelasnya tidak melahirkan sebuah “Socially Just Development” atau “Pembangunan Sosial yang Adil”. Perhatikan ‘Pekali Gini’ yang semakin melebar adalah cukup untuk mengesahkan betapa target seperti ‘ “Pendapatan Per Kapita” adalah sangat tidak tepat sebagai kayu ukor berbanding dengan ‘Pendapatan Ahli Isi-Rumah’ atau “Member Household Income”.

Lebih kritikal dari itu adalah model pacuan Pembangunan bagi mencapai “Negara Maju dengan pendapatan yang disasarkan”.  Meskipun falsafah itu masih boleh penulis pertikaikan, namun berdasarkan model pembangunan yang dikehendakki sendiri oleh Najib-BN itu masih banyak yang boleh dibahaskan dan dihujjahkan kelestarian dan kemunasabahannya.

Bayangkan Korea Selatan yang dalam tahun 70an memiliki pendapatan per kapita setengah dari rakyat di negara ini, kini  mempunyai 4 kali ganda pendapatan per kapita dari rakyat Malaysia. 

Apakah kehebatan mereka atau apakah kesilapan kita? Mengapakah model pembangunan mereka yang tidak bercakap memperaga MultiMedia Super-Corridor serta pelbagai Flagships dan K-economy serta K-pekerja seperti Malaysia tetapi melahirkan gergasi seperti Samsung dan Hyundai dan banyak lagi? 

Kita sebaliknya hanya memilikki industry-industri dan IKS yang berteraskan Nilai-Tambah yang rendah. Mengapakah mereka mampu mencapai ‘Total Factor Productivity – TFP” pekerja yang sangat tinggi sementara kita jauh ketinggalan? Mengapa mereka mampu mencapai nilai “Keberkesanan Output Pelaburan Kapital “ atau nilai ICOR mereka yang berkesan, sementara kita tergendala dengan pelbagai kebejatan ketirisan dan budaya dan ‘delivery’ kerja yang sangat tidak efisen?

Kesemua ini dan banyak lagi perkara-perkara struktiral dan ‘asas’ sebenarnya menantikan jawapan oleh PM Najib! Nyata bahawa belanjawan ini digubal dengan ‘Matlamat’ mengelakkan kemelut Hutang terus membengkak dan mengurangkan Defisit Fiskal yang sangat menekan Najib dan kerajaan BN.

Sekali saya katakan inilah Belanjawan yang tidak punya Visi pembangunan, hanya punya Matlamat!

Dr Dzulkefly Ahmad,
Pengarah Ekeskutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

tamat

ni situasi hidup sebagai org melayu di Malaysia..

*Masa zaman skolah:
tak tnya pun anak skolh mana (sebb semua budak2 dlm malaysia mesti bersekolah)

*Bila lepas upsr:
sibuk tnya dpt bpe A n skolah asrama mana

*Bila lepas Pmr:
lagi skali sibuk tanya dpt bpe A... skolh mana lepas ni...

*Bila lepas SPM:
Lagi skali tnya dpt bpe A... dapat sambung blajar mana...

*Bila dah habis dip/degree:
Rupanya tanya lagi... keje mana skrg...

*Bila dah kerja:
Ad lagi soalan.. bila nak kawin....?

*Bila dah kawin:
Ada lagi... bila nak dpt anak....?

*Bila dah ada anak:
Ada lagi... bila anak ko tu nak kawin....?

*Bila anak dah kawin:
Bila lagi nak ada cucu...?

*Bila dah ada cucu:
Anak dgn cucu ko tak balik lg ke melawat ko kt sini...?

*Bila dah lama tak nampak:
Ehh knp aku lama tak nampak si polan2 ni? mana dia pergi...
Orang menjawap.. Dia baru je meninggal dunia...

*Bila dah tau org tu meninggal:
Owh..kesiannya dia...

*AKHIRNYA SOALAN PUN TAMAT!!

HOTS



"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN"

Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ???
ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.

Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi.

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya.

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih yg kemungkaran itu.."

Lutut ayam

ssalamualaikum semua readers !!!

**************************
Diceritakan oleh seorang bekas paderi Kristian akan bagaimana dia telah bermimpi seekor ayam yang menyebabkan dia masuk islam.

Ini kisah seorang bekas paderi di Malaysia. Si paderi ini cukup terkenal dengan hobinya suka berdebat dengan para ustaz di masjid-masjid mahupun surau atau musolla atau di mana-mana sahaja adanya para dai'e.Tujuannya cuma satu : untuk meremeh-temehkan para ustaz ini selaku pendakwah.Apa yang anehnya, paderi ini bukan sekadar datang singgah ke majlis-majlis ilmu untuk berdebat bahkan dia akan solat berjemaah dulu bersama-sama para kariah tanpa rasa janggal.Seterusnya dia akan mendengar pengajian yang disampaikan dengan teliti dan di setiap akhir pengajian/tazkiroh/ceramah , dia akan mengajak si ustaz berdebat.(kira waktu sesi Q n A ler tu..)


eheemm.. kendatipun (seibu sebapa dengan :walaubagaimanapun), si paderi ini bukan calang-calang pendebat .Meskipun tidak pernah menyertai MADUM (Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia), apatah lagi kejohanan debat ternuka IIUM ,namun setakat ini (ya, setakat babak penceritaan di sini) belum pernah ada ustaz yang berjaya mengalahkan beliau ! 

Walau sekacak mana si ustaz, walau seramai mana followers si ustaz di facebook, walau seberapa banyak kajian phD si ustaz , tetap satu persatu para ustaz ditewaskan. Kemain (tak terkata) gembira dapat mengalahkan para ustaz sekalian.Semakin mendabik dadalah si paderi akan kehebatan dan kebijaksanannya selain beliau  memandang sebelah dengan sebelah mata .

Antara kriteria yang amat dititikberatkan oleh si paderi dalam setiap sesi perdebatan :
-dia mesti MENANG
-Si ustaz harus menjawab persoalan-persoalan yang ditanya sehingga diyakini.

Namun segalanya berubah pada satu sesi perdebatan bersama seorang ustaz . Tanyalah solan apapun, cakaplah benda buruk apapun tentang islam, sikit pun si ustaz tak menjawab. Sepanjang sesi perdebatan si ustaz hanya mendiamkan diri seribu bahasa. : O

Kemain lagi si paderi gembira tak terkata .

"Haha hari ni aku menag besar.Satu apapun ustaz tu tak leh nak jawab.Nampak sangat akulah yang paling hebat dan bijak !!!! " (Ala-ala beginilah perasaan dan keangkuhan si paderi yang dapat admin ekspresikan)

Pada malam 'kemenangan yang besar' itu, si paderi telah bermimpi bertemu seekor ayam.
Jeng..jeng..jeng..


Ayam : Cuba cari apa perbezaan kau dengan aku?
Paderi : TERSENYUM : ) ( apa punya soalanlah ni, budak 4 tahun pun boleh jawab!)
Ayam : Apasal (kamus: kenapa) kau senyum? apa beza kau dengan aku?
Paderi : Hek eleh, (kamus:alahai) itu je kau nak tanya? bezanya kau ayam aku manusia!!!

Ayam: Salah! Apa beza kau dengan aku???
Paderi : Kau ayam aku manusia ! Aku manusia, kau ayam !
Ayam : Salah ! Apa beza kau dengan aku???
Paderi : Kan aku dah jawab.Kau ayam, aku manusia !

setelah didesak berkali-kali dengan pertanyaan yang sama dan si paderi masih gagal memberi jawapan yang betul akhirnya si ayam pun memberikan jawapan .

Kata ayam ;
 "Beza kau dengan aku pada lutut.Lutut kita Allah jadikan berbeza.
Lutut aku Allah jadikan ke belakang sedangkan lutut kau Allah jadikan ke depan.
Kau perasan tak ?" 
(sambil jambul merahnya digoyangkan) 


lutut ayam dan sekutunya (spesies burung)


lutut manusia

Ayam sambung berkata-kata :

"Kau tahu tak kenapa???

Paderi masih sombong :

"Haa.. kenapa?"

Jawab ayam (kali ini penuh serius) :
"Wahai paderi yang angkuh, 
sesungguhnya Allah menjadikan lutut aku ke belakang 
supaya mudah aku mengeram telurku dan dapat menetas dengan baik.
Sedangkan engkau, Allah jadikan lutut kau  manusia ,
Allah jadikan lutut kau ke depan supaya mudah kau sujud kepada-Nya !"

Si paderi terbangun dari tidurnya. Seluruh tubuhnya berpeluh !
segera dia ke surau menacri ustaz yang baru dikalahkan tadi dan bercerita akan mimpinya.

Perlahan-lahan dia mula sedar keangkuhannya menewaskan para dai'e yang menyebarkan agama Allah, namun Allah menghina keangkuhannya dengan hanya kalah pada seekor ayam !


Ayam masih mengeram.Selepas ini pasti anda tersenyumkan tengok ayam ? Apatah lagi bila makan KFC : p

Alhamdulillah sekarang si paderi sudah memeluk islam dan antara dai'e yang 'berlari kencang ' dalam dunia dakwah. Allahuakbar ! sama-sama ambil iktibar ye..



Satu perkongsian .Lihat otak manusia pun Allah ciptakan menyerupai orang bersujud !
Subhanallah .




Dan kita masih lemah untuk sujud kepada Allah?
Masih sujud menemuinya atas dasar kewajipan semata-mata?