ssalamualaikum semua readers !!!
**************************
Diceritakan oleh seorang bekas paderi Kristian akan bagaimana dia telah bermimpi seekor ayam yang menyebabkan dia masuk islam.
Ini kisah seorang bekas paderi di Malaysia. Si paderi ini cukup terkenal dengan hobinya suka berdebat dengan para ustaz di masjid-masjid mahupun surau atau musolla atau di mana-mana sahaja adanya para dai'e.Tujuannya cuma satu : untuk meremeh-temehkan para ustaz ini selaku pendakwah.Apa yang anehnya, paderi ini bukan sekadar datang singgah ke majlis-majlis ilmu untuk berdebat bahkan dia akan solat berjemaah dulu bersama-sama para kariah tanpa rasa janggal.Seterusnya dia akan mendengar pengajian yang disampaikan dengan teliti dan di setiap akhir pengajian/tazkiroh/ceramah , dia akan mengajak si ustaz berdebat.(kira waktu sesi Q n A ler tu..)
eheemm.. kendatipun (seibu sebapa dengan :walaubagaimanapun), si paderi ini bukan calang-calang pendebat .Meskipun tidak pernah menyertai MADUM (Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia), apatah lagi kejohanan debat ternuka IIUM ,namun setakat ini (ya, setakat babak penceritaan di sini) belum pernah ada ustaz yang berjaya mengalahkan beliau !
Walau sekacak mana si ustaz, walau seramai mana followers si ustaz di facebook, walau seberapa banyak kajian phD si ustaz , tetap satu persatu para ustaz ditewaskan. Kemain (tak terkata) gembira dapat mengalahkan para ustaz sekalian.Semakin mendabik dadalah si paderi akan kehebatan dan kebijaksanannya selain beliau memandang sebelah dengan sebelah mata .
Antara kriteria yang amat dititikberatkan oleh si paderi dalam setiap sesi perdebatan :
-dia mesti MENANG
-Si ustaz harus menjawab persoalan-persoalan yang ditanya sehingga diyakini.
Namun segalanya berubah pada satu sesi perdebatan bersama seorang ustaz . Tanyalah solan apapun, cakaplah benda buruk apapun tentang islam, sikit pun si ustaz tak menjawab. Sepanjang sesi perdebatan si ustaz hanya mendiamkan diri seribu bahasa. : O
Kemain lagi si paderi gembira tak terkata .
"Haha hari ni aku menag besar.Satu apapun ustaz tu tak leh nak jawab.Nampak sangat akulah yang paling hebat dan bijak !!!! " (Ala-ala beginilah perasaan dan keangkuhan si paderi yang dapat admin ekspresikan)
Pada malam 'kemenangan yang besar' itu, si paderi telah bermimpi bertemu seekor ayam.
Jeng..jeng..jeng..
Ayam : Cuba cari apa perbezaan kau dengan aku?
Paderi : TERSENYUM : ) ( apa punya soalanlah ni, budak 4 tahun pun boleh jawab!)
Ayam : Apasal (kamus: kenapa) kau senyum? apa beza kau dengan aku?
Paderi : Hek eleh, (kamus:alahai) itu je kau nak tanya? bezanya kau ayam aku manusia!!!
Ayam: Salah! Apa beza kau dengan aku???
Paderi : Kau ayam aku manusia ! Aku manusia, kau ayam !
Ayam : Salah ! Apa beza kau dengan aku???
Paderi : Kan aku dah jawab.Kau ayam, aku manusia !
setelah didesak berkali-kali dengan pertanyaan yang sama dan si paderi masih gagal memberi jawapan yang betul akhirnya si ayam pun memberikan jawapan .
Kata ayam ;
"Beza kau dengan aku pada lutut.Lutut kita Allah jadikan berbeza.Lutut aku Allah jadikan ke belakang sedangkan lutut kau Allah jadikan ke depan.Kau perasan tak ?"
(sambil jambul merahnya digoyangkan)
lutut ayam dan sekutunya (spesies burung)
lutut manusia
Ayam sambung berkata-kata :
"Kau tahu tak kenapa???
Paderi masih sombong :
"Haa.. kenapa?"
Jawab ayam (kali ini penuh serius) :
"Wahai paderi yang angkuh,
sesungguhnya Allah menjadikan lutut aku ke belakang
supaya mudah aku mengeram telurku dan dapat menetas dengan baik.
Sedangkan engkau, Allah jadikan lutut kau manusia ,
Allah jadikan lutut kau ke depan supaya mudah kau sujud kepada-Nya !"
Si paderi terbangun dari tidurnya. Seluruh tubuhnya berpeluh !
segera dia ke surau menacri ustaz yang baru dikalahkan tadi dan bercerita akan mimpinya.
Perlahan-lahan dia mula sedar keangkuhannya menewaskan para dai'e yang menyebarkan agama Allah, namun Allah menghina keangkuhannya dengan hanya kalah pada seekor ayam !
Ayam masih mengeram.Selepas ini pasti anda tersenyumkan tengok ayam ? Apatah lagi bila makan KFC : p
Alhamdulillah sekarang si paderi sudah memeluk islam dan antara dai'e yang 'berlari kencang ' dalam dunia dakwah. Allahuakbar ! sama-sama ambil iktibar ye..
Satu perkongsian .Lihat otak manusia pun Allah ciptakan menyerupai orang bersujud !
Subhanallah .
Dan kita masih lemah untuk sujud kepada Allah?
Masih sujud menemuinya atas dasar kewajipan semata-mata?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan