Monday, 11 November 2013

dakwah

Justeru mulakan dengan mudah.. buat satu grup dakwah atau join grup dakwah - bincangkan metodologi dan strategi... dan pergi rumah jiran, kedai kat taman, atau rakan .. borak-borak tentang agama..

ajaklah sahabat2 tabligh... mereka lebih berpengalaman...

Hayati satu contoh dialog antara seorang engineer bukan Islam dengan beliau:-

Rahul: Mengapa tuhan membuat pilihan dengan menentukan kelahiran awak dalam agama islam sedangkan saya dan orang lain dilahirkan dalam keluarga bukan islam? Seolah olah tuhan bersikap tidak adil dari awal kelahiran manusia? Mengapa tuan tidak menentukan semua lahir dalam islam ? Kan senang?

ZN: Seorang yang lahir dalam keluarga islam, lazimnya menjadi islam dan begitulah sebaliknya. Itu logik. Kriteria to go to jannah, bukanlah kerana semata-mata di lahirkan islam. Rasul sa.w. berkata; setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci–fitrah (muslim) (submit to the will of one god), kemudian ibubapanya yang mencorakkannya.

Kriteria untuk ke syurga bukan lahir dalam keluarga islam tetapi seperti disebut dalam surah al-Asr. (Beriman, beramal salleh, menyeru kepada kebenaran… dan kesabaran). Rahul: Tapi awak dapat Islam dengan mudah. ‘Still big advantage’? Ini kelebihan yang besar?

ZN: Mudah tak mudah, ianya subjektif. Awak juga dapat mudah. Awak sekarang berada di depan saya, dapat tanya soalan kepada saya. Banyak org lain tidak dapat peluang seperti ini.

Tapi kalau awak hendak jadikan ia isu besar, maka ia jadi besar, kalau awak beratkan ia, ia jadi berat… tapi kalau awak permudahkan, ia mudah. Semua orang menerima maklumat dengan cara yang pelbagai.

ZN: Sebagai bukan Islam, awak lebih banyak tahu tentang Islam daripada ramai orang Islam sendiri. Tapi ramai orang pilih Islam walaupun mereka sendiri banyak soalan yang tidak dijawab.

Rahul: Saya percaya 90% tapi masih ada keraguan sekitar 10%?

ZN: Bagi 10% itu, awak boleh tanya apa awak tak puashati atau apa lagi keraguan awak tentang Islam, saya boleh jawab.

Rahul: Saya hanya boleh terima jika 100% sure.

ZN: Sebagai bukan Islam, awak lebih banyak tahu tentang Islam daripada ramai orang Islam sendiri. Tapi ramai orang pilih Islam walaupun mereka sendiri banyak soalan yang tidak dijawab.

Saya doakan agar awak tidak terlambat.

Rahul: Saya masih buat kajian.

ZN: Harap awak terlambat ….

Rahul: Adakah jika saya mati saya akan kafir, neraka?

ZN: ya, awak tak ambil syahadah lagi..

Rahul: Tapi saya dalam kajian … lebih baik dpd orang lain

ZN: Berapa perkara dilakukan oleh kita tentang suatu perkara sedangkan kita tidak pasti seratus peratus… tapi kita buat juga.. Asalkan awak yakin Allah itu Tuhan yang Esa, Tiada tuhan melainkan Dia dan Muhammad itu rasul-Nya yang akhir. Cukup.
"

No comments:

Post a Comment