Rabu, 6 November 2013

kaya kecukupan

Cuba isi jawapan dibawah ini (jawab dengan jujur dlm hati masing2).

1. Allah menciptakan TERTAWA dan .......
2. Allah MEMATIKAN dan ......
3. Allah menciptakan LELAKI dan .......
4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ......

Majoriti kita akan menjawab:
1. MENANGIS
2. MENGHIDUPKAN
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN

Yakin jawapan itu betul? Utk mengetahui adakah jawapan diatas benar atau tidak, mari kita sesuaikan jawapan tersebut dgn rangkaian firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dlm surat An-Najm (53), ayat: 43-45, dan 48 spt berikut:

"dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS." (QS. 53:43)

"dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN." (QS. 53:44)

"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LELAKI dan PEREMPUAN. " (QS.53:45)

"dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48)

Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada soalan no. 1-3. Tapi jawapan kita utk no. 4 (kalau jujur) umumnya mesti KEMISKINAN (jwpn yg salah)
Jawapan dlm Al-Qur'an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN.

Maa syaa Allah...

Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta'ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya..yakinlah. Dan yang "menciptakan" KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh berlaku kerana ketidakadilan ekonomi, malas, boleh juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam fikiran kita sendiri. Itulah hakikatnya, mengapa orang2 yang sentiasa bersyukur, walaupun hidup susah, ia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP.

Jadi, marilah kita melahirkan rasa KECUKUPAN didlm hati dan fikiran, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu BERSYUKUR. Baik dlm kegembiraan ataupun kesedihan dan kesusahan. Kerana kesusahan dan kesedihan juga adalah rezeki dr Allah SWT.

Semoga SYUKUR kita bernilai ibadah. Aamiin Ya Rabbal 'aalamiin.'

Sama juga ditempat kerja, kalau kita rasa ada kekurangan berbanding org lain, sebenarnya itu apa yg kita fikir atau cuma perasaan sahaja. Allah telah menjanjikan kita cukup dgn apa yg kita perlu utk laksanakan kerja. Cuma utk dptkannya perlu usaha dan janji Allah itu pasti. 

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firman Allah SWT.

      (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keagamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.
      (Az-Zukhruf 43:32)

      Padam