Wednesday, 6 November 2013

perigi jin

kisah seorang isteri yang kuat membebel kat suami dia. Siang membebel, malam membebel, ada saja yang tak kena. Hingga satu malam tu, suami dah tak tahan kena bebel, dia pun angkat isteri dia dan campak ke dalam perigi buta kat belakang rumahnya.

Rasa Sunyi Pulak

Lepas tu, si suami rasa sunyi pulak bila tak dengar bebel isteri dia dan pergi semula ke perigi buta tadi. Si suami lemparkan tali besar ke dalam perigi untuk isteri dia naik semula. Adalah  orang naik dan suami ingatkan isteri dia yang naik. Rupanya bukan isteri dia. Orang tu badan besar dan berbulu hitam.

"Awak ni siapa?" Tanya si suami pada makhluk berbulu tu.

"Saya jin, bukan manusia" Kata makhluk tu.

" Ohhh jin... dah tu kenapa awak panjat tali tadi". Tanya lelaki tu.

"Saya penghuni perigi buta ni. Tapi saya terpaksa lari, tak tahan dengar ada orang perempuan membebel dalam perigi ni". Kata jin perigi tu.

No comments:

Post a Comment