Sabtu, 2 November 2013

zuhud

Assalaamu'alaikum w.b.t....... Alhamdulillah, sebelum kita menghentikan TABIAT suka mengumpul BANYAK HARTA dan hidup BERMEWAH-MEWAH, kita flashback dulu ke zaman Nabi S.a.w dan para sahabat.  Adakah mereka hidup mewah dan mengumpulkan banyak harta kerana penting diri-sendiri?  Sudah tentu tidak.

Kita pergi lebih ke belakang, Nabi Sulaiman a.s dikurniakan kerajaan yang terbesar di muka bumi ini, tetapi beliau hanya makan roti kosong sedangkan rakyatnya diberikan makanan-makanan yang enak.  Dan begitu juga dengan sejarah nabi-nabi a.s lain yang ZUHUD terhadap dunia.

Kita Fast Forward balik ke zaman Sayyidina Umar r.a ketika beliau menjadi Khalifah (pemimpin negara), beliau menetapkan para gabenornya (Menteri besar) agar tidak mengumpul harta. Mula menjadi gabenor hingga masa letak jawatan, harta mesti sama dan tidak bertambah banyak.  Khalifah Umar r.a juga prihatin pada rakyat miskin.

Kita forward lagi ke zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, yang menjadikan rakyatnya hidup senang dan tidak miskin. Maka selain dari pemerintahan Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat serta Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ada lagi kah pemerintahan yang TERBAIK dari itu?  Majoriti pemimpin sekarang hidup mewah, jauh sekali zaman nabi dan sahabat.  Jika BOSS pun dah hidup BERMEWAH, anak-anak buah apa lagi.

Fikirkanlah, jika semua orang di negara ini TIDAK MENGUMPUL HARTA sebanyak mungkin, dan masing-masing mengagihkannya kepada saudara-saudara kita yang lain, maka TIDAK WUJUD atau KURANG lah rungutan-rungutan, keluhan-keluhan mereka yang KURANG KEMAMPUAN apabila HARGA BARANG NAIK dan seumpamanya.  Dan akan berkuranganlah kes RAGUT, ROMPAK, PECAH RUMAH, CULIK, CURI dan seumpamanya.  Siapa yang akan senang dan aman?  Anda juga.

Adakah anda TIDAK SUKA saudara-saudara anda yang lain HIDUP SENANG seperti anda?  "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia kasihkan dirinya sendiri."  [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sekurang-kurangnya, jika masing-masing saling MENGAGIHKAN HARTA, maka akan ringan lah tanggungan keluarga-keluarga yang susah dan miskin. Bukan bertujuan untuk menjadikan semua orang MEWAH, tetapi sekurangnya keperluan-keperluan asas seperti beras, minuman, minyak masak, minyak kenderaan, bil-bil dan sebagainya tidak menjadi BEBAN lagi.

Mahu ajar diri supaya TIDAK SUKA BERMEWAH? Sila baca Buatlah apa yang Allah suka setiap hari....... 

Dan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab memainkan peranan untuk mulakan KUAT-KUASA perkara ini?  Kerajaan dan pihak berkuasa lah yang sepatutnya memainkan peranan dan bertindak dengan professional!

Kalau nak harapkan masing-masing kita MULAKAN DULU seorang demi seorang, memang lah kita TIDAK BERANI. Bayangkan, harta yang kita dapat setiap bulan mahu dibelanjakan lebih 50% ke jalan Allah, disedekah dan dihadiahkan, BUKAN PERKARA MUDAH. Bisikan-bisikan hati takutkan muflis dan menjadi miskin akan menghantui diri. Mungkin ada yang akan fikir, "Kalau aku sedekahkan harta aku 50% setiap bulan, nanti aku juga yang akan susah dan miskin." Tanpa kita fikir bahawa rezeki itu adalah dari Allah S.w.t, dan Allah akan gandakan lagi apa yang kita infaq / sedekahkan. Kalau orang yang fikir itu orang yang BERGAJI RENDAH, itu normal lah. Tetapi kalau gaji beribu-beribu sebulan, tetapi mempunyai KOTAK FIKIR seperti orang bergaji rendah juga, amat malang lah.

Justeru, kerajaan sebaiknya menjadi 'kick starter' untuk memulakan konsep bahu-membahu ini. "Orang beriman dengan orang beriman yang lain itu adalah seperti jasad yang satu. Sekiranya salah satu anggota mengalami kesakitan, maka seluruh jasad akan turut berjaga malam, merasa panas dan gusar." [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencapai target, seperti menghadkan gaji bulanan, jurang perbezaan gaji jangan terlampau besar, sebahagian besar cukai hanya dikenakan kepada yang kaya dan bergaji besar, promosi cara hidup sederhana dan tidak bermewah, dan macam-macam lagi lah!

Sudah-sudah lah kita hidup dengan cara yang diajarkan oleh PENJAJAH yang semakin menguntungkan sebelah pihak (kroni-kroni), dan merugikan pihak yang lain, yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin dan susah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka."  [Surah Ar-Ra'du : Ayat 11]

Maka jika kita tak sama-sama berusaha ubah nasib kita, tak ada orang lain yang akan bantu kita. Presiden Barrack Obama tak akan datang tersengih-sengih untuk membaiki ekonomi orang-orang kita. Dan ingatlah, kepada Allah sahaja kita bertawakkal setelah kita berusaha, kerana hanya Dia lah Maha Penentu dan Pemberi rezeki.

Percaya lah, jika kita TIDAK AJAR diri kita BERMEWAH, insyaAllah nanti kita tidak PERLU  dan TERLIUR pun untuk bermewah. Jika kita TIDAK AJAR diri kita melayan sangat nafsu syahwat kita, dengan gilakan handphone Samsung Galaxy, kereta-kereta mewah, shopping barang-barang mewah dan keduniaan-keduniaan lain, nanti kita TIDAK TERLIUR pun pada itu semua.   Malah kita akan nampak betapa amat ramainya manusia di luar sana yang MENDERITA, KELAPARAN, KESESAKAN HIDUP, TERTEKAN dan sebagainya.  Dan itu akan MENIMBULKAN rasa TAKUT dalam diri kita untuk bersenang-senang dan bermewah di dunia ini, kerana nanti akan BANYAK LAH KESUSAHAN yang menimpa kita, jika kita terlalu banyak melayan seronok dan mewah di dunia ini, na'uzubillah.

Nabi Muhammad S.a.w suka bersama dengan orang miskin. Contoh terbaik sudah ditunjukkan oleh Nabi S.a.w, dan banyak hikmahnya bergaul dengan orang miskin, antaranya, dapat sedari diri dan fahami jiwa si miskin harta, agar jiwa kita tidak tertekan jika selalu melihat kemewahan orang lain, selalu dapat kita ingat bahawa ada orang lain lagi yang lebih susah dari kita, dapat melatih diri menjadi zuhud, qana'ah dan redha dengan ujian dari Allah S.w.t dan sebagainya, masyaAllah.

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan dan melalaikan, dan perhiasan dan bermegah-megah di kalangan kamu, dan memperbanyakkan harta dan anak-pinak, seperti hujan yang hasil tanam-tanamannya memukau orang kafir; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kuning kemudian menjadi hancur. Dan di Akhirat kelak ada azab yang pedih dan keampunan Allah serta keredhaanNya. Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan kesenangan yang menipu (palsu)." [Surah Al-Hadid : 20]

Dari Abu Hurairah r.a katanya:; Rasulullah s.a.w bersabda; "Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."  [Hadits Riwayat Muslim]
Kita cari duit siang malam , kemudian kumpulkan sebanyak mungkin, betapa bersungguhnya. Ada yang sampai beribu, berjuta dan berbilion ringgit. TETAPI, tahukah kita bila TARIKH kita akan mati? Sudah tentu tidak tahu. Maka bagaimana agaknya jika kita mati sedangkan harta kita masih ada beratus ribu, berjuta dan berbilion? Dapatkah semua itu membantu kita dalam kubur nanti?  Sudah tentu tidak, malah akan MENAMBAH BEBAN kita di sana.  Tambah-tambah lagi jika kita meninggalkan harta pada keluarga yang TIDAK DIDIDIK dengan agama, dan menggunakan harta itu dengan sembrono.

Qarun adalah manusia yang paling BANYAK HARTA dalam sejarah manusia. Anak kunci gudangnya sahaja dibawa oleh 40 ekor unta. Tetapi akhirnya Allah S.w.t tenggelamkan dia bersama kesemua hartanya ke perut bumi. Maka untuk apa ditompokkan harta sebanyak mungkin?

Dan bagi mereka yang TIDAK KAYA, bersyukurlah, kerana anda mungkin akan menjadi LUPA DARATAN dan MENGIKUT HAWA NAFSU jika anda kaya harta. Ada hikmahnya anda tidak kaya-kaya.

"Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan?" [Surah Huud : 15-16]

Dari Haritsah bin Wahab r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Sukakah engkau semua saya beritahu, siapakah ahli syurga itu? Mereka itu setiap orang yang lemah dan dianggap lemah oleh para manusia, tetapi jikalau dia bersumpah atas Allah, pastilah Allah mengabulkan apa yang disumpahkannya itu. Sukakah engkau semua saya beritahu, siapakah ahli neraka itu? Mereka itu ialah setiap orang yang 'utul (keras), jawwazh (bakhil) tetapi gemar mengumpulkan harta, lagi pula bongkak." (Muttafaq 'alaih)

Dari Usamah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Saya berdiri di pintu syurga, tiba-tiba - saya lihat -  kebanyakan orang yang memasukinya itu adalah orang-orang miskin, sedang orang-orang yang mempunyai kekayaan masih tertahan - belum lagi diizinkan untuk masuk syurga. Tetapi para ahli neraka sudah semua diperintahkan untuk masuk neraka. Saya juga berdiri di pintu neraka, tiba-tiba -saya lihat - kebanyakan para ahli neraka itu adalah kaum wanita." (Muttafaq 'alaih)

Oleh itu, sentiasa lah bersedekah, memberi hadiah dan membantu golongan-golongan yang susah dan memerlukan, semoga senang kita di dalam kubur nanti insyaAllah.  Tetapi, kalau gaji bulanan kita beribu-ribu ringgit, tetapi sedekah ke jalan Allahnya hanya rm10, rm20 dan peratusnya sangat sedikit, sedih juga lah.  Kalaulah masing-masing kita dapat menyumbang harta ke jalan Allah lebih dari 50% sebulan, masyaAllah, sangat bagus dan membantu negara jika semua orang berbuat demikian.

Dan beritahulah kepada KERAJAAN, agar bertindaklah dengan lebih bijaksana dalam MEMUASKAN HATI semua rakyat.  Percayalah, jika semua rakyat PUAS HATI, kerajaan pun akan turut SENANG!

Jika berjaya, ini dapat menjadi CONTOH kepada negara lain. Tidak mahu kah anda hidup dalam "Baldatun toyyibatun wa Rabbun Ghafuur" (negara yang baik dan Tuhan berikan keampunan)?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan