PELUK ANAK ANDA WALAUPUN UPSR MEREKA COROT.
Tahniah untuk anak-anak yang berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Jangan risau jika tak cemerlang kerana itu hanya ukuran akademik sahaja. Saya juga murid corot dalam UPSR. Tetapi saya bangkit mendahului yang lain apabila saya mula mengetahui mengapa perlu saya pelajari sesuatu di sekolah dan mengenali minat sendiri.
Emak-emak dan ayah-ayah, jangan tekan anak untuk keputusan akademik yang cemerlang. Tekankanlah akhlaknya, nanti akademik itu akan mengikut.
Atuk-atuk dan nenek-nenek, cukup-cukuplah bertanyakan anak masing-masing apakah keputusan periksa cucu-cucu anda. Cukup-cukup juga membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain.
Cukuplah dalam perlumbaan ini. APakah tujuan peperiksaan? Untuk kenal kemampuan anak anda? atau untuk membanggakan diri bila anak anda jadi nombor satu?
Kita kenali kemampuan anak kita lebih dari peperiksaan mampu beritahu kita. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama?
Saya gusar bila sekolah tadika juga sudah mula ada exam sekarang ini. Bila saya berhubung dengan pengusaha tadika itu, mereka menjawab "Tadika kami memang asalnya tiada peperiksaan, tetapi ibu bapa yang minta peperiksaan untuk menilai keberkesanan sekolah dalam mendidik anak mereka".
Jika di negara maju seperti Finland (sistem pendidikan terbaik dunia ketika ini) guru mereka sendiri memberi laporan dan berbincang dengan ibu bapa akan prestasi anak. Tiada peperiksaan kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja.
Apabila tiada peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah anda lihat semangat marathon ada orang yang telah ke hadapan mahu memperlahankan larian untuk membantu peserta lain? Pasti tidak, semua mahu habiskan perlumbaan untuk hadiah. DAN HANYA ADA 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA. Inilah sistem KOMPETITIF.
Saya lebih melihat kepada sistem KOPERATIF yang tidak berlumba tetapi semua murid akan memastikan rakan yang terlambat juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara ini, anak balik rumah tidak sesak otak nak buka buku untuk menghafal. Apabila ada koperatif, akan ada perbincangan. Perbincangan adalah untuk pemahaman bukan penghafalan maka ANAK MENJADI ORANG FAHAM KONTEKS DARI MENGHAFAL TEKS.
Hari ini, jika anak anda pulang dengan sekeping slip keputusan yang tidak cantik, dakaplah anak anda dan peluklah mereka dengan erat lalu katakanlah
"It's ok, it's just an exam. I know you more than what exam can tell".
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Sabtu, 16 November 2013
citer sebenar Haiyan
TAUFAN HAIYAN BALASAN ALLAH KERANA....
( teruskan membaca artikel AKHIR 2 KEKUATAN untuk jawaban kepada persoalan kenapa dan mengapa )
Kita sadis dan simpati apabila melihat bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini. Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.
Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.
Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo.
Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.
Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.
Salah seorang yang memberikan komen pada video pemusnahan masjid berkata:
They destroy the mosque, Allah gave them instant disaster, they said oh we have this kind of typhoon every year so nothing to do with Allah curse, but they forget to open eyes and see how many victim dead this time, it's not normal and it should be remembered.
Wa Allahu'alam..
sumber : waazin
( teruskan membaca artikel AKHIR 2 KEKUATAN untuk jawaban kepada persoalan kenapa dan mengapa )
Kita sadis dan simpati apabila melihat bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini. Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.
Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.
Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo.
Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.
Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.
Salah seorang yang memberikan komen pada video pemusnahan masjid berkata:
They destroy the mosque, Allah gave them instant disaster, they said oh we have this kind of typhoon every year so nothing to do with Allah curse, but they forget to open eyes and see how many victim dead this time, it's not normal and it should be remembered.
Wa Allahu'alam..
sumber : waazin
Tawaddu' Nabi SAW
"Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sangat tawadhu` orangnya, yakni suka merendahkan dirinya terhadap orang lain. Sifat mulia ini sangat asing ada pada ramai manusia, apatah untuk dijumpai sifat ini pada seorang ketua, pemimpin atau seumpamanya.
Namun sifat ini sangat subur terpancar dari jiwa Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam yang bukan sahaja merupakan Pesuruh ALLAH, juga merupakan seorang pemimpin negara yang sangat berwibawa. Membuatkan manusia yang menemuinya pasti berasa terhormat dan jatuh cinta.
Sifat tawadhu` Baginda sudah cukup untuk membuatkan Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam disayangi oleh ahli keluarga, para sahabat dan semua yang mengikutinya. Bahkan disegani oleh orang-orang yang membenci ajarannya. Penduduk bumi dan langit semua mengasihinya.
Itu cuma sebahagian sifat tawadhu` Baginda yang sempat disenaraikan, belum lagi kita bicarakan sifat-sifat mulianya yang lain. Mudah-mudahan menjadi contoh buat kita semua, in shaa’ ALLAH.
أللهم صل على محمد و على آل محمد
- muzir.wordpress.com
Namun sifat ini sangat subur terpancar dari jiwa Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam yang bukan sahaja merupakan Pesuruh ALLAH, juga merupakan seorang pemimpin negara yang sangat berwibawa. Membuatkan manusia yang menemuinya pasti berasa terhormat dan jatuh cinta.
- Apabila berjalan, pandangan mata Baginda akan selalu memandang menunduk ke tanah.
- Apabila berjalan dengan sahabat-sahabatnya, Baginda selalu memilih untuk berjalan di belakang. Bukan di depan seperti sebahagian raja atau pemimpin yang berjalan dengan megah di hadapan pengikut-pengikutnya.
- Apabila makan, Baginda selalu akan berkongsi makanan dengan orang lain dan makan bersama-sama mereka di dalam bekas yang sama.
- Baginda tidak membazirkan makanan. Makanan yang dihidangkan padanya dihabiskan sehingga licin bukan sahaja pada bekasnya bahkan juga di jari-jarinya juga Baginda sisip sehingga licin. Betapa Baginda menghargai rezeki yang dikurniakan buatnya.
- Apabila bertemu dengan orang di jalanan, sentiasa Baginda memulakan ucapan salam terlebih dahulu kepada orang lain, hatta kepada kanak-kanak sekali pun.
- Apabila Baginda bercakap dengan orang lain, Baginda akan mengadapkan tubuh dan dadanya tepat kepada orang yang bercakap dengannya, tidak sekadar memaling muka. Baginda cukup hormat dan mesra dengan orang lain. Perbuatan Baginda ini membuatkan semuan yang bercakap dengannya rasa dihormati, diberikan perhatian dan dihargai.
- Baginda tidak mengecewakan permintaan orang lain samada permintaan itu berbentuk pertolongan atau permintaan harta benda.
- Baginda selalu senyum dan berwajah manis apabila menemui orang.
- Baginda juga selalu bergurau senda dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya.
- Baginda memakai pakaian yang sangat sederhana. Tidak memakai pakaian yang mempunyai ciri kemegahan atau kebesaran.
- Baginda sentiasa menjaga air muka yakni perasaan orang yang berada di sekelilingnya.
- Apabila membuat keputusan untuk masyarakatnya, Baginda tidak bersifat diktator dengan kuasanya, bahkan selalu meminta pandangan orang lain untuk dipertimbangkan.
- Apabila para sahabat ingin bangun memberikan penghormatan kepada Baginda ketika Baginda masuk menemui mereka, Baginda akan menegah mereka kerana Baginda tidak mahu dirinya diberikan penghormatan seperti raja-raja di istana.
- Dengan Tuhannya, Baginda sentiasa memohon ampun dan rahmat ALLAH sepanjang masa. Beribadah dengan penuh kerendahan dan kesungguhan mengharap agar Baginda diangkat menjadi hamba ALLAH yang paling dekat dan dikasihi olehNYA, Tuhan Sekalian Alam.
Sifat tawadhu` Baginda sudah cukup untuk membuatkan Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam disayangi oleh ahli keluarga, para sahabat dan semua yang mengikutinya. Bahkan disegani oleh orang-orang yang membenci ajarannya. Penduduk bumi dan langit semua mengasihinya.
Itu cuma sebahagian sifat tawadhu` Baginda yang sempat disenaraikan, belum lagi kita bicarakan sifat-sifat mulianya yang lain. Mudah-mudahan menjadi contoh buat kita semua, in shaa’ ALLAH.
أللهم صل على محمد و على آل محمد
- muzir.wordpress.com
Insan gembira
DALAMramai-ramai kawan, kita pasti ada seorang kenalan yang sungguh baik hatinya. Dia suka menolong dan murah dengan senyuman. Jika kita perhatikan, dia bukan jenis orang yang suka marah-marah.
Kerana itu, dia sering jadi bahan gurauan samada secara bahasa mahupun secara fizikal. Jika digusti atau digeletek pun dia akan tertawa hingga kita pun turut berair mata. Bila diperhalusi perangainya, dia seorang yang jujur, malah ada kalanya lurus bendul. Betapa pun, kita senangi dia kerana akhlaknya baik serta boleh dipercayai. Kadangkala perangai dan sikapnya ini menjadikan kita iri hati. Maklumlah, sikapnya yang sederhana dan selamba itu berbeza dengan kita yang punyai mood yang pelbagai. Kita mudah tersenyum tetapi mudah juga mencebir.
Kita ada kalanya menggunakan bahasa tinggi dalam pertuturan tetapi selalu juga menggunakan bahasa kesat dan celupar. Ada waktu kita memberi laluan pada orang yang hendak berselisih troli dengan kita di pasaraya. Tetapi ada masanya kita tak pandang pun rakan yang bersalaman dengan kita selepas solat berjemaah. Begitulah bezanya perangai kita dengan kawan kita itu.
Tetapi apakah yang membuatkan teman kita itu sentiasa manis dengan senyuman? Orang begini dikenali sebagai happy people atau insan gembira. Dr. Linda Mintle, seorang pakar psikologi perhubungan dari Virginia, Amerika menggariskan beberapa ciri insan gembira.
Ciri yang paling utama ialah mereka ini tidak gemar untuk membandingkan dirinya dengan orang lain. Sebab itulah, dia berbeza dari kebanyakkan daripada kita yang mudah teruja untuk mendapat apa yang orang lain ada. Kalau tak dapat apa yang orang lain peroleh, kita mudah berasa malu kerana tidak mampu seperti orang lain.
Sikap ingin berebut untuk mengempunya material bukannya matlamat insan gembira. Apa yang diperoleh itu lebih banyak datang kepada mereka daripada yang mereka dikejar. Oleh kerana itu kepuasan memperoleh harta minda dan harta spiritual sudah amat mencukupi buat mereka. Kerana itu mereka tidak berkeluh kesah walaupun dalam keadaan yang sukar. Bandingkan dengan kita yang suka berebut-rebut mahukan sesuatu meskipun adakalanya ia bukannya hak kita. Akibat ghairah inginkan sesuatu itu dengan cepat, kita gunakan cara yang haram untuk mendapatkannya.
Insan gembira ini tidak sibuk atau kalut dalam melaksanakan kerja. Tatkala orang lain kelam-kabut menyiapkan kerja, dia tenang sahaja menyudahkan tugas kerana dia tidak pernah bertangguh dalam menyiapkan apa yang ditugaskan. Bandingkan dengan kita yang buat apa yang tidak disuruh lebih dahulu. Bila sudah suntuk masa, mulalah kita buat-buat menyibuk kononnya tugas yang diberi itu sukar dilaksanakan.
Dia juga orang yang mudah memberi maaf. Malah, sikapnya yang sentiasa tersenyum bila dikutuk atau dipermainkan itu bukannya kerana dia tidak tahu marah. Sebaliknya, sikap pemaafnya yang cepat itulah yang segera memadamkan api kemarahannya. Berbeza pula dengan kita yang cepat naik darah apabila diapa-apakan. Mungkin esok, mungkin lusa atau berminggu-minggu baharulah kita mahu memaafkan seseorang yang bersalah dengan kita.
Satu lagi ciri insan gembira ini ialah nilai kesyukurannya yang tinggi. Oleh kerana itu dia anuti sikap qanaah, iaitu berpada dengan apa yang ada. Dia tawaduk, iaitu merendah diri, patuh dan tekun dalam menjalankan kerjanya. Dia juga bukan alim, tetapi secara konsisten sahaja melaksanakan ibadah. Berbeza dengan kebanyakan daripada kita yang punyai pola iman yang bergelombang tinggi-rendahnya.
Akhirnya, insan gembira ini mempunyai sikap yang payah juga kita ikuti. Mereka mudah sahaja mentertawakan kesilapan diri. Kita yang naik angin hingga terjojol biji mata pun boleh hilang rasa marah padanya bila insan gembira ini hanya senyum seraya mengakui kesilapannya. Melihatkan wajahnya pun, kita akan memaafkannya sebelum dia memohonnya.
Jumaat, 15 November 2013
UAI
1.Mengenai Percintaan/Perkahwinan
- Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
- Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
- Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
- Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
- Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
- HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
- Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
- Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja. RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll) HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
- Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.
- Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
- Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok. Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
- Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali.
- Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
- Cara melamar si dia :)
- Hukum bercouple/berpasang-pasangan sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi tetapi meniru gaya barat.
- Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
- Dop payoh/sukar nikoh ni, bende yang mudoh.
- Perempuan yg cantik akan membuka "mata lelaki" Tapi perempuan yg baik akan membuka "hati lelaki".
- Bercouple dengan Bercinta adalah berbeza.
- "Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!"Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah.
- Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.
- Sunat buang air kecil dalam keadaan duduk. Oleh itu siapa yang kencing berdiri, perbuatannya makruh tapi tak berdosa.
- Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama. Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata.
- Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarik kita ke neraka.
2.Umum
- Jangan hanya melihat KEBURUKAN ORANG, kerana SEBURUK-BURUKNYA dia, ada 1001 KEBAIKAN yang kamu tidak pernah lihat :)
- Masih bernyawa adalah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang-jarang manusia mensyukurinya.
- Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan.
- Jangan terlalu sombong kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur.
Melayu tanpa ISLAM
|
- Kita janganlah taksub sangat dengan artis. Haram jadinya kalau kita terlampau taksub dan memuja mereka.
3.Suami isteri/Rumahtangga
- Satu suap rezeki yang halal masuk ke dalam mulut isteri kita sama macam kita bagi satu sedekah kepada fakir miskin.
- Kena ingat bila menjadi suami atau isteri, kedua-duanya ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh ALLAH pada hari akhirat nanti.
- Sayangi isteri mung/kamu walau seburuk mana pun perangai mereka. Mereka anugerah yang tak ternilai bagi insan yang bernama suami.
- Isteri bila pergi shopping kalau boleh dengan tauke kedai pun dia nak beli. Sebab tu suami kena selalu pimpin tangan isteri.
- Bimbinglah isterimu dengan penuh kasih sayang, didiklah mereka menjadi wanita solehah kerana mereka bakal menjadi kekasih syurgamu.
- Suami yang terbaik adalah suami yang memaafkan segala dosa isterinya setiap hari sebelum tidur.
Langgan:
Catatan (Atom)