Rabu, 1 Januari 2014

kalendar 2014


syair imam Shafie RA

DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya itu. Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, bagaimana pula dengan kita?

Renungankan bersama...


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Selasa, 31 Disember 2013

azam 2014

sebahagian besar daripada kita yang berazam sempena tahun baharu tidak dapat mempertahankan azam itu. Ia tidak kekal kerana ramai yang merangka azam tahun baharu pada malam tahun baharu itu sendiri apabila ramai yang bercakap mengenainya. Bila dilakukan, hasilnya hanyalah seperti jerk reaction ~ sebuah reaksi luaran yang dilakukan tanpa berfikir panjang sebagai respon kepada apa yang berlaku di sekelilingnya. 

Bagaimana pun, ramai juga di kalangan kita yang telah berjaya mempertahankan atau menunaikan azam masing-masing bukan kerana memasang azam di tahun baharu. Sebaliknya kita berjaya mencapai azam itu kerana keinginan yang tinggi untuk menjayakannya atas sebab-sebab yang tersendiri.

Misalnya, ada yang berazam untuk tidak memandu melebihi had laju kerana pernah mengalami kecelakaan di jalan raya hingga patah kaki. Ada yang berazam berjaya dalam pelajaran sebagai syarat dari si gadis sebelum dapat memperisterikannya. Ada yang berazam menjadi orang beriman kerana insaf setelah terjerumus dalam ajaran sesat.

Azam baharu sempena tahun baharu biasanya gagal kerana ia tidak kukuh. Azam yang dipasang itu hanya punyai satu tiang iaitu visionary thinking. Hanya memandang ke hadapan. Azam yang kukuh mesti mempunyai dua lagi tiang iaitu reflective thinking atau memandang ke belakang dan contemplative thinkingiaitu memandang ke dalam diri.

Pendek kata, berazam itu mesti dipasak dengan memandang ke hadapan, ke belakang dan juga ke dalam diri. Visionary thinking atau memandang ke hadapan(berwawasan) itu penting kerana ia membantu kita melihat matlamat. Reflective thinking atau memandang ke belakang(bertaddabur) itu kita lakukan supaya kita tidak mengulangi kesilapan lampau. Dan, contemplative thinkingatau memandang ke dalam diri(muhasabah) itu penting kerana ia berhubung dengan hati. Jika hati mengikut apa yang diazamkan, insyaALLAH sesuatu azam itu bukan sahaja dapat dicapai, malah boleh dipertahankan.

Dengan kenaikan pelbagai barangan harian dan perkhidmatan, kita wajib memasang azam supaya bajet tidak lari. Dalam pada itu, agak over seandainya kita berikrar pula sempena tahun baharu untuk berjimat cermat. Bukankah berjimat cermat itu sudah semestinya menjadi amalan sesiapa sahaja?

Lagi pula, berjimat cermat itu pendekatan yang tidak tepat. Yang tepat, yang seharusnya menjadi azam, iltizam dan istiqamah kita semua ialah menjauhi pembaziran. Mengelak pembaziran itu amat dituntut kerana, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (al-Isra’27)

Ada sesiapa di antara kita yang ingin terus bersaudara dengan syaitan pada tahun 2014 ini?

independant learner



selamat menghayati

11 langkah jimat

1- pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus 

2- elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 - 10%

3- Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan

4- Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30%

5- Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan dan mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

6- pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

7- meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam

8- pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

9- Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;

10- Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat

11- Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.