Ahad, 9 Februari 2014

Bintang tiga

Dahulu, Samsung dianggap sebagai jenama elektronik kelas ke-dua. Produk mereka dianggap kurang berkualiti dan kurang berstatus dibandingkan dengan jenama lain, khususnya jenama berasal dari Jepun.

Namun kerja keras Samsung akhirnya membuahkan hasil. Hingga akhirnya vendor berasal dari Korea Selatan tersebut saat ini menjadi pengeluar elektronik kelas dunia yang disegani. Ingin tahu beberapa fakta menarik mengenai pengeluar smartphone terbesar di dunia ini? Jemput baca.

1. Punya Bisnes Dalam Bidang Pembinaan dan Perkapalan 

Samsung Electronics yang memproduksi smartphone, peti ais, sehingga mesin basuh adalah sebahagian daripada konglomerat bernama Samsung Group. Samsung Group beroperasi di dalam lebih daripada 80 sektor perniagaan.


Di bidang pembinaan, wujud anak syarikat Samsung Engineering and Samsung C&T. Mereka antara lain membangun Burj Khalifa di Dubai, UAE, yang berstatus gedung tertinggi di dunia. Malah salah satu daripada Menara Berkembar Petronas di Malaysia, turut dibina oleh Samsung

Selain itu, Samsung turut mempunyai syarikat Samsung Heavy Industries yang bergerak di dalam industri perkapalan. Ditilik dari sisi pendapatan, divisyen ini adalah pengeluar kapal terbesar kedua di dunia.

Samsung Group juga mempunyai Everland, sebuah taman tema hiburan terkenal dan tertua di Korea Selatan. Mereka juga turut mepunyai syarikat insuran dan syarikat pengeluar kereta yang bekerja sama dengan Renault.

2. Perusahaan yang Dikendalikan Keluarga 

Samsung adalah sebuah chaebol.

Chaebol merupakan istilah bagi perusahaan konglomerat besar yang dikendalikan oleh keluarga secara turun temurun.

Samsung didirikan oleh Lee Byung-chull. Setelah dia meninggal, kepemimpinan di Samsung diteruskan oleh Lee Kun-hee yang merupakan anak ketiga Byung-chull.

Keluarga Lee memang sangat berkuasa di dalam Samsung. Anak Lee Kun-hee yang bernama Lee Jae-yong, saat ini menjadi presiden dan Chief Operating Officer Samsung Electronics.

Lee Kun-hee sendiri mempunyai harta melimpah dan masuk senarai orang terkaya di dunia. Menurut perkiraan oleh majalah Forbes, dia mempunyai kekayaanber nilai USD 10.8 billion (RM 33 billion).

3. Bermula daripada Syarikat Mie 


Pada awalnya, Samsung sama sekali tidak memproduksi barang elektronik. Syarikat ini didirikan oleh Lee Byung-chull pada tahun 1938 sebagai syarikat perdagangan makanan.




Samsung ketika itu antara lain menghasilkan mie dan beribupejabat di wilayah Daegu, Korea Selatan. Perniagaan ini berjaya dan kemudian berpindah ibupejabatnya ke Seoul.

Setelah perang Korea selesai, Samsung mulai melebarkan sayap bisnesnya. Pada tahun 1954, Samsung membangunkan kilang pakaian cotton terbesar di Korea Selatan.

Berjaya di bidang bisnis yang dirintisnya, Samsung akhirnya memutuskan masuk ke bisnes elektronik pada tahun 1960. Produk pertama mereka adalah televisyen berlayar hitam putih.

4. Rahsia Kejayaan Samsung 

Pada tahun 1993, Lee Kun-hee selaku Chairman Samsung mengadakan lawatan keliling dunia. Dia ingin tahu bagaimana tanggapan pasaran antarabangsa terhadap produk buatan Samsung.

Lee berasa tidak gembira. Di California, Amerika Syarikat, dia menyaksikan televisyen Samsung berada di rak bawah dan tersembunyi. Sedangkan televisyen Sony dan Panasonic berada di rak atas yang mudah dilihat pengguna.

Lee berhasrat mengubah Samsung menjadi pengeluar eletronik kelas satu yang disegani. Dia kemudiannya mengumpulkan para eksekutif Samsung di Jerman untuk mentransformasikan syarikat itu dengan pantas.

Pidatonya ketika itu dijuluki sebagai Frankfurt Declaration Of 1993. Lee menegaskan strategi Samsung harus diubah untuk mengejar pesaing.

“Ubahlah semuanya selain isteri dan anak-anak anda,” sebut Lee. Sejak itu, Samsung benar-benar berevolusi menjadi pengeluar elektronik yang disegani.

5. Pengeluar Elektronik Raksasa

Sejak tahun 1990-an, Samsung Electronicskhususnya mencapai puncak kejayaan. Mereka menjadi pengeluar memori cip terbesar di dunia pada tahun 1992 dan pengeluar cip nombor dua setelah Intel.

Dilihat dari unit terjual, Samsung ketika ini adalah pengeluar telefon mudah alih terbesar di dunia menggantikan Nokia. Tahun lalu, Samsung menjual 215.8 juta unit telefon . Lebih banyak dari kombinasi 3 pengeluar telefon mudah alih ranking di bawahnya.

Mereka juga berstatus sebagai pengeluar televisyen dengan tahap penjualan terbanyak sejak tahun 2006.

Kejayaan Samsung di banyak bidang eletronik membuat pengeluar elektronik berasal dari Jepun ketinggalan. Sejak tahun 2005, jenama Samsung sudah lebih popular berbanding Sony menurut kajian Interbrand.

6. Korea Selatan Digelar Republic of Samsung

 

Samsung mepunyai peranan ekonomi yang sangat penting bagi Korea Selatan. Diperkirakan, 17% dari Gross Domestic Product (GDP) Korea Selatan adalah dari Samsung.

Produk dan perkhidmatan buatan Samsung hampir menyentuh semua area kehidupan masyarakat Korea Selatan. Ini tidak lepas dari banyaknya bisnes yang digarap Samsung.




Warga Korea Selatan mungkin memakai smartphone Samsung dan tinggal di apartemen yang dibuat oleh Samsung juga. Dan mengambil perlindungan insurans Samsung Life.

Dan para top management Samsung jugan sangat berkuasa.

“Anda bahkan boleh mengatakan chairman Samsung lebih berkuasa dibandingkan dengan presiden Korea Selatan. Orang Korea berpendapat Samsung tidak dapat disentuh dan berada di atas undang-undang” ucap Woo Suk-hoon, seorang penganalisis ekonomi.

xde degree

Disini kami senaraikan 5 sebab kenapa anda perlu berfikir dua kali sebelum menolak untuk date lelaki tanpa ijazah.

1. Ijazah bukan ukuran kepintaran seseorang

Kelayakan akademik bukan ukuran kepintaran seseorang. Jadi tidak ada sebab anda menolak seseorang lelaki hanya kerana dia tidak pernah jejakkan kaki ke universiti. Jangan terkejut jika hakikatnya dia mungkin lebih pintar dari anda yang lulus ijazah kelas pertama. Malah, kehidupan dan pengalaman adalah ‘guru’ terbaik kita yang sebenar bukan sekadar pendidikan formal.

2. Lebih praktikal

Biasanya lelaki yang ‘kurang bijak di atas kertas’ akan mempunyai kemahiran yang lain. Kemahiran yang mereka miliki mungkin lebih jauh bermanfaat berbanding pencapaian cemerlang akademik. Misalnya dia mungkin pakar dalam membaiki kereta, peralatan elektrik atau memasak. Kan lebih mudah hidup anda selepas berkahwin nanti.

3. Prospek lebih baik

Sedia maklum bahawa banyak graduan universiti yang tidak berjaya mendapat pekerjaan. Lebih teruk lagi ada yang menganggur bertahun-tahun walaupun mendapat keputusan yang cemerlang. Tempoh pengajian untuk mendapatkan segulung ijazah mengambil masa sekurang-kurangnya 4 tahun. Lelaki yang tidak menyambung pengajian tetapi bekerja dalam tempoh tersebut tentunya lebih stabil dari segi kewangannya berbanding lepasan ijazah yang baru mencari pekerjaan pertamanya.

4. Jangan jadi judgemental

Tidak ada ijazah tidak bermakna dia bukan calon suami yang baik. Tidak bermakna dia tidak bijak atau bukan seorang lelaki yang baik. Yang paling penting adalah hati budinya dan keserasian dengan anda. Bukankah rugi melepaskan seorang lelaki yang baik hanya kerana dia tidak berpendidikan tinggi.

5. Masih ada masa


Banyak universiti dan pusat pengajian tinggi yang menawarkan program ijazah separuh masa atau pengajian jarak jauh. Tidak ada perkataan terlewat dalam menuntut ilmu.Jadi kalau dia tidak ada ijazah sekarang, tidak bermakna dia tidak akan menjejakkan kaki ke universiti sampai bila-bila kan.

Sabtu, 8 Februari 2014

show off

BERSAMA GEMBIRA, ADANYA AIR MATA.

Scroll newsfeed yg ada, berbaloi untuk dikongsikan 2 coretan dari rakan FB. Sekurang-kurangnya, kita mengingati deraian air mata mereka-mereka yang tidak segembira kita.

"Sedih melihat ada sahabat yang bertanya tentang bagaimana nak survive dengan belanja makan RM 5.00 sehari di universiti.

Dengan kos hidup yang makin meningkat, ditambah dengan kebanyakannya bakal menanggung hutang PTPTN. Ada teman di Kulliyyah saya hanya menjadikan mi segera dan air kosong sebagai alas perut untuk sepanjang hari.

Tambah sebak, melihat gambar teman-teman yang Allah rezekikan biasiswa menyambung pengajian ke luar negara mampu melancong keliling Eropah, Turki dan segala macam syurga dunia. Seronok berbelanja di butik-butik terkemuka.

Saya fikir ada sesuatu yang tak kena. Semacam berlaku jurang kelas yang terlalu melampau.

Saya tidak berniat untuk menyalahkan teman di luar negara. Saya cuma mahu berkongsi bahawa teman sepermainan kita dahulu, ada yang terpaksa berikat perut untuk meneruskan pelajaran.

Namun begitu, saya yakin masih ada yang prihatin. Pernah seorang teman yang belajar di luar negara, bank in wang sebanyak RM 1000.00 pada saya. Katanya: "Buat beli buku yang kritis. Buku yang mampu sedarkan umat. Mampu bantu umat maju ke depan." Saya terharu, dan dari situ saya sedar masih ada bahagia untuk kita. Kita mampu sebarkan bahagia.

Buat teman yang menerima biasiswa (dalam dan luar negara) , gunakanlah nikmat itu sebaik mungkin. Ingatlah, dalam duit rezekimu itu, ada terlalu banyak kisah perit dan air mata."

***************************
"Saya terasa, mungkin kita patut berpada-pada dalam mengupload gambar di dalam facebook.

Saya sendiri, banyak tersilap juga.

Tatkala kita upload gambar tentang makanan, ada sahabat kita yang kelaparan.

Tatkala kita upload gambar pergi ke sana ke mari, ada sahabat kita yang tinggal sahaja di bilik tidak ke mana, kerana dia tidak punya wang, tidak punya tajaan seperti kita.

Tatkala kita upload surat tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan, ada sahabat kita yang berhempas pulas mencari kerja.

Dalam Quran sebut, تفاخر بينكم "Kamu saling berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk antara satu sama lain."

"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kamu bersikap tawaduk sehingga tidak ada seorang pun menginginkan apa yang dimiliki orang lain dan tidak ada seorang pun yang berbangga dengan apa yang dimilikinya." -Riwayat Muslim dan Abu Daud dan Ibnu Majah-

Jumaat, 7 Februari 2014

sedih touching

Takdir. Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh. 

Dipendekkan cerita mereka pun disatukan.

Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara.

Isteri: "Boleh saya terus terang?"

Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu-malu."

Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya."

Suami terdiam. Nampak seakan terkejut.

Suami: "Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah."

"Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..."

Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya.

Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina!

**

Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian.

Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.

Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk 'Zalim',

"Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!"

Tertusuk seketika kalbu pemuda. Tuan guru menyambung lagi,

"Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi.

Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu."

"Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat.

Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.

Disebut dalam hadis Qudsi,

'Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.' (HR al-Thabrani)

Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?"

Tup.

Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya.

Doktor yang merawat masuk ke biliknya.

Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan."

Pemuda: "Apa ya?"

Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia."

Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un."

Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu."

Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.

Perlahan-lahan dibacanya,

"Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita.

Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri.

Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat.

Maaf bila saya tak sempurna."

Pemuda kehilangan kata-kata.
Tumpah seribu air mata.

honest man

Satu daripada quotation Tun Dr Ismail yang famous ialah an honest man is not neccssarily a nice man. Ini prinsip hidup Tun Dr Ismail. Sebab prinsip ini dia di geruni oleh kawan dan lawan. Tun Ismail selalu menasihatkan orang Melayu bahawa yang menguatkan orang Melayu ialah undang2. Tanpa undang2 orang Melayu akan lemah. Janganlah kita ingat kita ada askar melayu, polis melayu, raja Melayu, kita ini kuat. Orang lain pun kuat juga. Pahlawan Melayu Melaka dahulu pun kuat dan perkasa. Bila Portugis datang dengan teknoloji perang moden, empayar Melayu Melaka pun luput dari sejarah.

Sekali lagi, kita ulangi. Apa yang kita dapat dari menyembelih ayam dan menyimbah darah? Boleh kita hapuskan rasuah? Boleh kita berhentikan samun? Boleh ia meningkatkan pendapatan orang kampong?

Izinkan saya cerita suatu peristiwa Tun Dr Ismail. Suatu ketika seorang profesor( ketika itu professor madya) dari UM telah menulis suatu poison pen letter atau surat beracun yang mengecam bangsa cina. Polis sudah bersedia nak tangkap professor ini tapi Tun Dr Ismail kata- jangan, bring him to me.

Jadi pegawai dari kementerian dalam negeri pun membawa professor tersebut bejumpa dengan Tun Dr Ismail. Tun Dr Ismail bertanya pada professor itu- what kind of professor are you? Professor itu jawab, saya professor ilmu geography. No, that is not the question I am asking you. I asked , what kind of professor are you?

Apa yang awak boleh capai daripada menulis surat beracun tersebut? Ia hanya akan menimbulkan kemarahan orang Melayu dan menanam kebencian bukan Melayu. Akhirnya jadi pertumparan darah. You hendak jadi that kind of professor? Professor itu cuba membantah dengan mengatakan- itu Tunku buat macam itu..., Dr Ismail kata, that is not the issue. The issue is the poison letter you wrote. Ia boleh meningkatkan ketegangan kaum.

This is what I want you to do. You go back and withdraw all those poison pen letters, if not I will put you under ISA.

Sebab itu Tun Dr Ismail selalu kata, an honest man is not necessarily a nice man. Tun Dr Ismail was prepared to be brutally honest.