Selamat hari pensyarah... Aka guru 2014
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa yang mempersoalkan peranan guru.
JOMMMM… layan sembang orang kampong... baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…
A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2kan...
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak ke…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus… biasanya buat kelas tambahan la tuu…. Pastu sembahyang hajat pulak untuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh… kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru balik…? Takkan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu Peah tu cakap, cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik. Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik anaknya tu, si Joyah cakap muka cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk sbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kat rumah, aku tengok dia kat sekolah jugak… ada je program kat sekolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat sekolah tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan???
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu Peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu Peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot… budak-budak tu dah macam anak dia dah… kat dialah budak2 tu mengadu kalau ada masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi CIKGU rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun… Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu…
B : hahahhahaha…
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah tak larat nak layan… cikgu Peah tu berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik…
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu… yang si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh… Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat...
A : Maksud engkau…
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia. Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal. Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak pon sama je…
A : Susah jugak ekk jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumahdah boleh rileks... kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni...?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi… Kat sekolah dulu… aku kan selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya engkau pon blajar kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku…
B : Bukanlah… Sebenarnya… aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang BERGUNA dan BERJAYA seperti sekarang ini…
Sampaikan
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 15 Mei 2014
khusyuk solat
BAGAIMANA NAK KHUSYUK DLM SOLAT!!!
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.
Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat,
* Menyesali dosa yang telah dilakukan,
* Tidak tergila-gilakan dunia,
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'),
* Tinggalkan sifat berbangga,
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
* Meninggalkan sifat dengki.
Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.
Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.
Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya
Insya'Allah

pasak bumi
"Oleh Hishamuddin Rais
Obama baru selesai melawat Asia. Dia melawat Jepun, Korea Selatan, Pilipina dan singgah di Kuala Lumpur. Apa tujuan Barack Hussein Obama ini datang kesini? Apa yang Obama mahu? Presiden Amerika bukan 'loh leh ' datang bershopping di Tokyo. Justeru pasti ada perancangan dalaman yang sedang diatur ketika melawat Asia.
Apa yang jelas - lawatan ini adalah sebahagian dari rancangan mewar-warkan dasar pertahanan baru kuasa imperialis Amerika terhadap Asia. Dasar ini dipangil 'Pivot Asia' atau dalam Bahasa Melayu - Pasak Asia.
Hakikatnya kuasa imperialis Amerika bukan lagi kuasa ekonomi dunia. Ketika tulisan ini digarap kuasa utama ekonomi dunia telah beralih dan kini dimiliki oleh China. Amerika bukan lagi negara pengeluar, bukan lagi negara pemula. Semuanya telah beralih ke Asia. China, Jepun dan Korea Selatan kini menjadi pemangkin ekonomi dunia. Justeru kuasa imperialis Amerika sedang membuat strateji baru untuk mempertahankan hegemoni kuasa imperialis Amerika.
Maka muncul Pivot Asia. Inilah latar Pasak Asia. Inilah laungan 'azan' yang memanggil Obama ke Masjid Negara. Imperialisma kini ditahap akhirnya. Obama Budak Itam – budak suruhan kaum pemodal antarbangsa telah diarahkan membawa beliong untuk mempasak Asia.
Pembaca wajib mengetahui apakah itu imperialisma? Imperialisma ialah tahap tertinggi dan tahap terakhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Tuhan yang disembah oleh sistem kapitalis ialah keuntungan maksima. Sistem ekonomi kapitalis TIDAKmembawa kesejahteraan umat. Justeru ekonomi kapitalis wajib terus berkembang mencari bahan mentah dan mencari pasaran untuk mendapat keuntungan maksima.
Awalnya ekonomi kapitalis berkembang dalam negara sendiri. Akhirnya untuk terus berkembang sistem ekonomi kapitalis menjangkau keluar ke negara orang lain. Sepanyol, Portugal, Belanda, British dan Itali – semua keluar dari Eropah untuk mencari bahan mentah, menaklok tanah jajahan untuk menyediakan pasaran. Keluar dari negara sendiri dan menjajah negara asing dipanggil imperialis.
Sistem ekonomi kapitalis ini TIDAK ada agama. Di Saudi Arabia sistem kapitalis memakai jubah hijau- menjadi Islam. Di negara China sistem kapitalis memakai jubah merah – menjadi Sosialis. Agama, bangsa, budaya atau bahasa TIDAK penting untuk sistem kapitalis. Tulisan Rumi atau Jawi tidak penting. Memulakan perniagaan dengan Bismillah atau tidak - juga tidak penting. Yang penting hanya keuntungan maksima.
Pembaca wajib diberitahu bahawa kuasa imperialis Amerika pada hari ini hanya mengekspot 3 benda. Pertama: filem buatan Hollywood, kedua: senjata dan ketiga: dolar. Tiga benda ini ikat mengikat untuk membantu mempertahankan kepentingan kuasa hegemoni imperialis Amerika.
Filem Hollywood menanamkan propaganda tentang kekuatan kuasa imperialis Amerika kepada mata penduduk dunia. Kuasa Amerika adalah kuasa multak dunia. Tidak cukup dengan Mat Rambo , Amerika digambarkan memiliki Mat Superman dan Mat Spideman yang akan menyelamatkan dunia. Propaganda bentuk ini amat penting. Propaganda halus ini telah berjaya mengolah pandangan warga dunia untuk berkiblat ke Amerika.
Lihat bagaimana filem-filem dibuat terlebih dahulu untuk menggambarkan Arab dan Islam jahat dan ganas. Ini sebelum Iraq dan Afghanistan dibom.
Di Amerika Latin imperialis Amerika melancarkan dasar 'war on drug ' atau Perang Melawan Dadah. Ini adalah strateji Amerika untuk memaksa pemimpin Amerika Latin membeli senjata buatan Amerika. Pembaca wajib diberitahu bahawa pengimpot dan pengedar dadah terbesar ke dalam pasaran Amerika ialah CIA sendiri. CIA menjadi tokan dadah untuk mendapatkan dana diluar apa yang telah diluluskan bujet. Duit dadah ini membolehkan CIA melakukan kerja-kerja jahat membeli maklumat atau mengupah barua untuk melakukan rusuhan saperti yang berlaku di Ukraine atau di Venuzeula sekarang.
Ekspot ketiga ialah dolar Amerika. Ekspot ini amat penting. Amerika berjaya memaksa warga dunia membeli dolar Amerika. Kong kalikong ini berjaya dijalankan kerana Amerika ada membuat perjanjian dengan keluarga Saud. Amerika berjanji akan mempertahankan keluarga Saud untuk terus berkuasa di Saudi Arabia; dengan satu sayarat. Syarat ini ialah semua jual beli minyak petrol wajib dijalankan dengan menggunakan dolar. Justeru Saudi dan negara OPEC hingga ke hari ini menjalankan dasar jual beli minyak dengan dolar.
Ini bermakna negara mana pun yang ingin membeli minyak petrol dipasaran dunia wajib ada dolar. Dimana hendak dapat dolar? Jawabnya cukup senang. Bank Amerika yang dipanggil Federal Reserve – sedia mencetak dan menjualkan kertas hijau yang dipanggil dolar. Inilah kong kalikong yang sedang berjalan.
China pembeli minyak- manakala Rusia dan Iran pengeluar minyak. Tiga negara ini sedang merancang untuk meninggalkan dolar sebagai mata wang dalam jual beli minyak. Negara ini sedang membuat pejanjian untuk menggunkan mata wang mereka sendiri. Bye bye dollar!
Sabar dahulu. Bukan sacepat itu untuk bye byekan dolar Amerika. Saddam dan Gadafy telah meninggalkan dolar dalam jual beli minyak. Lihat dimana mereka sekarang. Justeru Pivot Asia ini adalah perancangan licik Amerika untuk memastikan China, Rusia dan Iran TIDAK akan meninggalkan dolar.
Pasak Asia bertujuan untuk membawa bala tentera Amerika ke wilayah Asia. Singapura telah lama menjadi perlabuhan tempat kapal laut Amerika mendapat rawatan. Di Korea Selatan ada 28,500 soldadu Amerika. Di Jepun ada 50,000 soldadu Amerika. Di Pilipina sesudah kejatuhan Marcos pengkanlan tentera laut America di Subic Bay telah ditutup.
Pada April 2014 – budak Itam yang bernama Obama – budak suruhan kaum pemodal - telah berjaya mendapatkan kembali pengkalan Subic Bay. Sayugia diingatkan pengekalan tentera laut di Subic Bay ini adalah yang kedua terbesar sesudah Clark Air Base di Los Angles.
Jelas Pivot Asia ialah strateji untuk membesarkan bala tentera Amerika di Asia. Tujuan asas ialah menyediakan bala tertera laut dan darat untuk mengepong China. Dalam masa yang sama Amerika sedang memasang bala tentera diseluruh dunia. Amerika memiliki 900 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia
Justeru Selat Melaka – pengairan yang paling sibuk dalam dunia ini sedang menjadi idaman dan Mimpi Basah Amerika. Selat Melaka menjadi saluran darah China. China mengimpot minyak dari Iran, Timur Tengah dan Afrika. Semua kapal minyak wajib melintasi Selat Melaka. Jika Selat Melaka ditutup maka ekonomi China akan tercekik. Amerika mengetahui hal ini dan China sendiri sedar tentang fakta ini.
Ketika Obama di Kuala Lumpur orang ramai hanya sedar tentang TTPA. Agenda TTPA ini adalah agenda luaran dimana Mak Cik Felda dan Pak Cik Warong dapat membacanya. Apa yang tidak kita ketahui ialah 'rancangan gelap' Amerika yang telah diajukan kepada Najib Rzak.
Umum mengetahui penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya. Mustahil Pak Duta dan CIA TIDAK memberi fakta ini kepada Obama. Mustahil Obama tidak tahu bahawa Najib bukanlah PM yang mendapat mandat rakyat. Mustahil Obama tidak diberitahu bahawa PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Mustahil Obama tidak diberitahu sebelum sampai ke Kuala Lumpur bahwa Najib ditolak oleh 52% rakyat Malaysia.
Semua ini dibuktikan apabila Obama secara sedar telah menyindir Najib dengan membuat pertemuan resmi dengan Bersih. Ini bermakna Obama tahu bahawa United Malays National Organisation menipu dalam pilihan raya. Obama juga bertemu dengan beberapa NGO. Semua ini adalah tekanan untuk Najib agar bersedia untuk menanda tangani TPPA.
Apakah TPPA sahaja yang dimahukan oleh Amerika? Jawabnya TIDAK. Pasak Asia lebih dari TTPA. Menanda tangani TTPA ini hanya gula-gula untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Obama mahu meletakan bala tentera Amerika di Malaysia? Apakah ini betul? Atau hanya andaian?
Untuk memahami pekara ini sila lihat kembali apa yang berlaku sehari sebelum Obama sampai. Tup tup pecah cerita ada lanunmerompak kapal minyak di Selatan Melaka. Dikatakan lima lanunbersenjata parang telah menahan sebuah kapal minyak dan berjaya memindahkan minyak ini ke kapal lanun. Lanun membuat kerja selama 8 jam.
Sebenarnya ini ' operasi salah bendera' yang sengaja dipentaskan untuk Obama. Tujuan pementasan ini ialah untuk memastikan agenda Selat Melaka akan muncul dalam perbincangan Obama dengan Najib.
Hairan bin Takjub , berita lanun ini hilang bagitu sahaja. Media milik parti Ketuanan Melayu tidak memainkan berita ini. Selalunya Utusan akan menuduh 'kerja jahat' ini dijalankan oleh 'orang' yang bersimpati dengan Pakatan atau yang cenderong kepada gerakan militan Islam. Kali ini media United Malaya National Organisation senyap menikus. Malah kita tidak tahu kemana hilangnya lanun-lanun ini. Apakah mereka sedang berehat di Bukit Aman atau sedang berehat di Jalan Ampang.
Bukti paling jelas tentang keinginan Amerika untuk membuka pengkalan di Malaysia ialah dengan menonton rapi klip sidang akhbar Obama dan Najib. Lupakan babak dimana Najib gagal menyebut –pro-li-fe-ation. Ini memang memalukan tapi demi Malaysia kita lupakan babak ini dan perhatikan dengan teliti apa isi kata Najib.
Najib telah mengakui bahawa setiap 'permintaan' Amerika telah dipenuhi oleh Malaysia. Malah Malaysia kini bersetuju untuk meresmikan perhubungan ini. Apakah pemintaan itu?
Pemintaan ini ialah untuk bersama dalam apa yang dipanggil 'war on terror' – perang menentang keganasan. Betul ke permintaan ini? Betul dan tepat. Belum pun sempat Obama memelok Michelle – Najib telah membuat tangkapan keatas apa warga yang dituduh ' pengganas'. Yang ditangkap disamakan sebagai suku sakat Osama Bin Laden. Ini cara Najib membodek Amerika.
Ada lagi yang diminta oleh Obama? Pasti ada. (TT)
tukartiub.blogspot.com"

Selasa, 13 Mei 2014
Sekolahisme
Mencari ilmu itu bukan hanya di sekolah saja atau dengan mengejar gelaran akademik semata. Malangnya, saat ini sedikit orang mahu mencari ilmu lagi. Demikian Ketua Program Doktor Universiti Ibnu Khaldun (UIKA) Bogor, Dr. Adian Husaini mengingatkan.
"Kesalahan pendidikan kita ketika ini adalah, sekolah dan kerja hanya untuk cari kerja, bukan cari ilmu", ujar Adian dalam Kajian Ilmiah Sains Islam di Universiti Brawijaya Malang, Ahad (11/05/2014) dalam kajian bertajuk "Sains Islam: Antara Peluang dan Cabaran "itu, Adian menyebut permasalahan tersebut dengan istilah 'sekolaisme'.
"Sekarang ada 'penyakit' baru iaitu 'sekolaisme'. Yakni menganggap mencari ilmu itu hanya di sekolah saja. Ini salah. Jika sudah meraih gelaran, sudah selesai cari ilmu. Padahal di luar sekolah itu juga sangat penting ", lanjut Adian di hadapan dua ratus lebih pelajar.
Akibat dari paradigma itu, terang Adian, niat pelajar mengejar material dalam sekolah.
"Padahal, sekolah itu sepatutnya bukan BLK (Balai Latihan Kerja), tapi mendidik jiwa", tegas penyelidik Institute for the Study of Islamic Thought and Civilizations (INSISTS) itu.
Pendidikan kata Adian dalam rangka untuk mengenal Allah. Sebab keperluan utama manusia bukan pakaian, papan dan makanan saja. Tapi beribadah kepada Allah itu keperluan paling utama.
Namun, Adian menunjukkan kutipan sebuah buku ajar sekolah yang didalamnya mengandungi permasalahan. Yakni tidak memasukkan keperluan ibadah sebagai keperluan utama.
"Pelajaran seperti ini dari dulu sampai sekarang tidak berubah. Ini pandangan sekular ", terangnya sambil menunjukkan gambar kutipan sebuah buku pelajar ilmu sosial untuk sekolah Teras.
Penyakit 'sekolaisme' menurut Adian kerana pengaruh hegemoni konsep Barat yang menilai kebahagian itu dengan material.
"Manusia sekular tidak tahu tujuan hidupnya. Setelah meninggal akan ke mana. Bahagia dalam pandangan Barat dengan material dan pencapaian. Jika sudah mencapai darjat tertentu dianggap bahagia ", katanya.
Kerana itu, paradigma sains yang sekular itu perlu diislamkan. Sebab melepaskan diri daripada nilai-nilai ketuhanan.
"Sejarah barat moden itu adalah anti agama. Maka, dalam sains Barat tidak boleh ada campur tangan Tuhan. Sebab campur tangan itu akan mengganggu mereka", tegasnya.
Selain menghadirkan Adian Husaini, kajian yang diadakan oleh ITCON (Islamic Thought and Civilization Institute) dan ITJ Chapter Malang ini juga menghadirkan Dr. Budi Handrianto, penyelidik INSISTS bidang Sains Islam.
je-nama
Oh macam ini rupanya
Tidak seperti produk ubat -ubatan Dr Rozmey dan ubat kotel terlanjur D'herbs.... banyak pengasas jenama terkemuka tidak kita kenali rupanya. Zaman dahulu tak ada perangai letak muka tak malu pada setiap produk yang dijual. Hari ini mari lihat 15 rupa pengasas jenama terkemuka yang menggunakan nama mereka sebagai nama syarikat. Now you know!
Ramly Mokni - Pengasas Ramly Burger. Diasaskan pada tahun 1979 dengan sebuah stall burger jalanan di Lorong Haji Hussein. Kini Burger Ramly menjadi pemandangan biasa di seluruh Malaysia dan dianggap burger paling legendary!
Datuk Haji Ibrahim bin Haji Ahmad Badawi ialah pengasas Brahim's.Produk makanan melayu freeze dried Brahim menjadi makanan pengubat rindu student Malaysia yang tak reti memasak. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1986. Beliau ialah adik kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pengasas Habib Jewels. Habib Jewels ditubuhkan pada tahun 1958. Kedai pertama dibuka di Pitt Street Pulai Pinang.
Julius Michael Johannes Maggi ialah pengasas syarikat Maggi. Beliau seorang anak imigran Itali yang dilahirkan di Switzerland. Produk awal Maggi ialah stok sup. Maggi diasaskan pada tahun 1872.
Hirotake Arai ialah pengasas syarikat helmet terkemuka ARAI. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1926. Hirotake sebenarnya seorang pembuat topi pada asalnya tetapi kerana minat menunggang motosikal beliau menghasilkan helmet buatan tangan. Syarikat ini kini di bawah penguruasan anak beliau Mitch Arai.
Bobbi Brown ialah pengasas alat solek Bobbi Brown. Beliau memulakan kareer sebagai jurusolek profesional. Apa yang beliau sedari ialah alat solek yang dijual dipasaran tidak sesuai untuk memberikan rupa natural kepada pemakainya. Pada tahun 1991 beliau menjual gincu ciptaan belia. 100 gincu pertama terjual dalam masa sehari dan produk ini kini terkenal di seluruh dunia.
Shojiro Ishibashi ialah pengasas syarikat tayar Bridgestone. How is this his named after him? Ishibasi bermaksud Bridgestone dalam bahasa inggeris. Syarikat tayar ini sudah beroperasi sejak 1931. Beliau meninggal dunia pada tahun 1976.
John Cadbury ialah pengasas syarikat pengeluar cokat Cadbury pada tahun 1824 di Birmingham England. Cadbury ialah syarikat yang mencipta chocolate bar. Selain daripada itu John Cadbury juga adalah pengasas persatuan pencinta haiwan pertama di Britain.
Christian Dior ialah pengasas jenama fesyen terkemuka Dior. Ianya diasaskan pada tahun 1946. Rekaan Christian Dior dipakai oleh wanita ternama seperti Evita Peron dan Marlene Dietrich. Beliau meninggal dunia pada tahun 1957 akibat serangan jantung.
Estee Lauder mengasaskan syarikat alat solek beliau pada tahun 1946 dengan bantuan suamia beliau Joseph Lauder. Nama sebenar Estee Lauder ialah Josephine Esther Mentzer dan beliau adalah anak kepada dua migran yang berasal dari Hungary. Nama samaran beliau sejak kecil ialah Esty. Ejaan Estee dipilih beliau because that was how Esty is prounouced in Hungarian. Produk awal Estee Lauder ialah produk membersihkan dan krim kulit. Beliau meninggal dunia pada tahun 2004 pada usia 97 tahun.
Victor Hasselblad mengasaskan syarikat kamera high end terkemuka Hassleblad pada tahun 1941. Kamera Hassleblad terawal dihasilkan bagi kegunaan intipan Tentera Udara Sweden ketika perang dunia kedua. Kamera keluaran Hassleblad sangatlah bad ass ianya digunakan untuk mengambil gambar di permukaan bulan. Victor meninggal dunia pada tahun 1978.
Li Ning memulakan kareer beliau sebagai ahli gimnastik. Pada tahun 1984 beliau memenangi 6 pingat termasuk 3 pingat emas pada temasya sukan Olimpik. Selepas bersara dari dunia sukan beliau mengasaskan syarikat alatan sukan Li Ning pada tahun 1990.
Liz Clairborne mengasaskan syarikat pakaian beliau sendiri pada tahun 1976. Beliau bosan dengan masalah kesukaran mencari pakaian untuk kegunaan wanita bekerja. Dalam masa 2 tahun sahaja jumlah jualan Liz Clairborne meningkat ke USD 23 juta setahun. Beliau adalah wanita pertama yang menjadi CEO Fortune Top 500 company. Liz meninggal dunia akibat kanser perut pada tahun 2007.
Louis Vuitton mengasaskan syarikat membuat trunk menyimpan pakaian pada tahun 1854. Trunk memuatkan pakaian pada waktu itu mempunyai penutup melengkung (seperti kotak harta karun pirate edisi default). Rekaan LV berbeza kerana ianya rata dan ini membolehkan ianya disusun dengan mudah. Sounds like a no brainer tetapi inilah inovasi yang dibawa oleh LV. Dari menjual trunk pakaian LV kini menjadi syarikat barangan mewah terbesar dunia dan kini juga memiliki jenama Dior!
Adolf dan Rudolf Dassler mengasaskan syarikat kasut sukan Gebrüder Dassler Schuhfabrik pada tahun 1924. Selepas perang dunia kedua Adolf dan Rudolf bergaduh dan mengakibatkan syarikat ini dibubarkan. Rudolf Dassler mengasaskan PUMA manakala Adolf "Adi" Dassler mengasaskan Adidas pada tahun 1948. Tahukah anda ketika perang dunia kedua,Gebrüder Dassler Schuhfabrik menghasilkan but untuk tentera Nazi? Adik beradik Dassler juga merupakan ahli Nazi. Weird thing is despite of this Adi Dassler menghasilkan kasut untuk Jesse Owens, pelari pecut Amerika Syarikat yang berkulit hitam.

Langgan:
Catatan (Atom)