Rabu, 21 Mei 2014

kijang

Alkisah seekor kijang mengandung...

Seekor kijang mengandung bakal melahirkan anak kijang. Ibu kijang tiba di sebuah tanah rumput tepi sungai di selatan... memikir bahawa itu satu kawasan selamat.

Perutnya mula sakit.. tetiba langit mula mendung diikuti dengan petir.. petir menyambar rumput kering di sebelah utara kijang ? kebakaran hutan berlaku. Di tepi baratnya, ibu kijang terkejut melihat seorang pemburu sedang mengacukan senapangnya ke arahnya..Ibu kijang bergerak ke sebelah timur, terlihat pula seekor harimau yang kelaparan sedang bergerak ke arah beliau.

Utara ? api membara

Timur ? si harimau kelaparan sedang ingin menerpa

Barat ? si pemburu dengan senapang

Selatan ? sungai yang deras...

Langit ? mendung berpetir bakal hujan

Apakah yang bakal ibu kajang lakukan tatkala perutnya dah mula sakit untuk beranak?

Bolehkah ibu kijang dan anaknya selamat?

Apakah kedua-duanya bakal mati?

Sempatkah anak kijang dilahirkan?

Apakah kedua-duanya akan mati dibakar?

Ibu kijang mati di tangan siapa? Pemburu atau harimau?

Apakah ibu kijang sanggup lompat sungai dan lemas?

????????.

????????.

????????.

????????.

Ibu kijang tidak melakukan apa-apa. Ibu kijang hanya fokus pada tugas memberikan nyawa baru kepada anaknya.

Semua perkara yang difikirkan di minda anda tidak terjadi.

Dalam sekelip mata. Petir menyambar dan membutakan mata pemburu tatkala beliau menekan senapang beliau. Senapang itu tersasar melepasi ibu kijang....dan terkena pada si harimau dan luka parah. Hujan mula turun, api dipadamkan. Saat kemudiannya, anak kijang lahir di dunia.

Cerita ini adalah untuk kita melihat bagaimana minda boleh memerangkap seseorang dari segala penjuru secara negatif. Tanggapan minda begitu kuat sehingga menyakinkan kita bahawa kijang akan mati dan kita pula mati akal.

Jangan buat keputusan dengan terburu-buru. Fikirkan kita sebagai ibu kijang, yang dipenuhi pelbagai cabaran, tapi tetap mencapai kegembiraan di akhirnya.

Segalanya boleh berlaku dalam hidup ini sekiranya iman kita kekal utuh kepada Allah dan percaya bahawa Allah akan menjaga kita. Dan fokus pada tugas di tangan (melahirkan anak kijang) dan buat dengan sebaiknya, Allah akan bantu mereka yang berusaha dan tidak berputus asa. Insha-Allah.

Senyum...

via : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Selasa, 20 Mei 2014

Insaf

Emoga cerita ini memberi kesedaran pd kita.

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motosikal mengelilingi kampung. 

Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. 

Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. 

Setelah memesan dan membayar harga bagi 5 bungkus laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. 

Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.

Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. 

Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawab, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

"dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga

walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. 

Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. 

Atau untuk rumah anak yatim juga. 

Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walau pun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. 

Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. 

Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. 

Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana masjid/surau kampung berkenaan. 

Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini ke tabung masjid/surau walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . 

Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain.

Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.

Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. 

Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. 

Hari isnin sipolan solat di masjid ini, hari selasa si polan solat di surau ini.

Dan seterusnya...

Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun islam. 

Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. 

Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? 

Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. 

Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun islam ke 5 iaitu mengerjakan haji. 

Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar?"

terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. 

Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu?

Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? 

Mampu itu kita sendiri yang tentukan. 

Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

Masyaallah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. 

Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal mengelilingi kampung. 

Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama islam ini???

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan kepada kita tentang satu contoh
dan tauladan yang baik yang wajar kita jadikan pedoman...

Ahad, 18 Mei 2014

Sibuk kejar kehidupan.

Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

Sabtu, 17 Mei 2014

cendawan


Jurugambar Steve Axford tinggal dan bekerja di kawasan Sungai Utara New South Wales di Australia di mana beliau menghabiskan masa mendokumenkan alam sekitar di sekeliling beliau, sering melakukan perjalanan ke lokasi jauh untuk mencari haiwan yang jarang ditemui, tumbuh-tumbuhan, dan juga orang. 

Stephen Axford, 62, telah menghabiskan selama 12 tahun menangkap gambar cendawan dan kulat, bermula dari tahun 2002. 

gambar Cendawan dan Kulat oleh Steve Axford
 Panus Fasciatus

gambar Cendawan dan Kulat oleh Steve Axford
 Hairy Mycena

gambar Cendawan dan Kulat oleh Steve Axford

gambar Cendawan dan Kulat oleh Steve Axford
 Leratiomyces SP.

 Marasmius Haematocephalus

gambar Cendawan dan Kulat oleh Steve Axford
 Mycena Chlorophos

gambar Cendawan dan Kulat oleh Steve Axford
 Cyptotrama Aspratum atau Gold Tuft

gambar Cendawan dan Kulat oleh Steve Axford
 Schizophyllum Commune

gambar Cendawan dan Kulat oleh Steve Axford

gambar Cendawan dan Kulat oleh Steve Axford
 Red Cup Fungi

Marasmius SP.

 Mycena Austrororida

 Campanella SP.

 Cyathus Novaezelandiae atau Birds Nest Fungi

 Tremella Fimbriata

 Leratiomyces Ceres atau Redlead Roundhead

 Mycena Interrupta

Hygrocybe Anomala



 Auricularia
 Red Hygrocybes
 Cup Fungi
 Gilled Fungi
 Cup Fungi
Coral Fungi
Pink Crepidotus
Leathery Goblet
Boletes
Slime Mold
Cup Fungi
Stinkhorns
Crepidotus

Ada beberapa dari cendawan dan kulat ini kelihatan seperti tumbuhan asing yang tiada di bumi. Sedangkan sebenarnya kesemua tumbuhan ini tumbuh di bumi.

Ini baru sebahagian dari kepelbagaian cendawan dan kulat yang ditangkap oleh Steve Axford. Belum lagikesemua yang ditangkap beliau, apa lagi yang masih belum diteroka. Dan belum lagi di planet-planet lain dan belum lagi melihat di dalam syurga di akhirat nanti.

SubhanAllah wa ma syaa Allah .......

Jumaat, 16 Mei 2014

pensyarah

Salam. 

Saya sangat menghargai sanjungan semua pihak terhadap sumbangan guru yang bernama cikgu. 

Tapi kadang-kala gelaran Cikgu / Guru itu menjadikan kita lupa untuk mengkaji keperluan sebenar pendidikan pelajar yang bukan sekadar memberikan ilmu tetapi juga membentuk minda dan sikap dan memastikan pelajar mempunyai kemahiran yang tepat dengan keperluan masa depan mereka dalam alam pembelajaran sama ada formal atau tidak formal.

Sebab itu guru Matrikulasi yang berada di Matrikulasi seharusnya ingat kepada nama jawatannya adalah Pensyarah Matrikulasi, yang bermaksud tunjang kepada tugas di Matrikulasi adalah bermula dari SYARAHAN dan bukannya kelas bilik darjah seperti dibuat di sekolah.

Oleh itu lebih sesuai kita rayakan Hari Guru di Matrikulasi dengan ucapan "Selamat Hari Pensyarah" atau "Selamat Hari Pendidik".

Tak perlulah kita beria-ia kita hendak mengatakan kita GURU. Kadang-kadang dengan menerima pujian mulianya tugas guru itu mungkin kita lupa jika kita tersilap laksana ia akan membawa dosa kepada kita kerana mendidik dengan kaedah yang tidak sesuai dengan keperluan pelajar.

Sebab itu kita perlukan satu perubahan drastik supaya boleh dibuat transformasi minda. Jika Finland pada satu ketika dengan berani menutup semua institut latihan perguruannya dan menyerahkan peranan mendidik guru-guru di sana kepada beberapa buah universiti utamanya dan akhirnya mereka boleh mengubah pencapaian pendidikan negara itu menduduki 10 tangga teratas PISA untuk beberapa tahun sehingga kini, kenapa kita takut untuk bertindak sejauh itu demi kebaikan bangsa dan negara.

Jika kita dengar ceramah agama kita pun sekarang kita dengar masyarakat kita suka dengar atau peduli apa yang menguntungkan kita walaupun ia salah, dan kita tidak dengar atau pedulikan sesuatu yang tidak menguntungkan kita walau pun ia baik, maka itulah faktor yang merosakkan masyarakat kita sekarang, termasuklah sistem pendidikan kita.

Inilah perkara yang perlu reformasikan untuk membetulkan semula sistem nilai masyarakat kita.

Fikir-fikirkanlah rakan-rakanku.