Salam.
Saya sangat menghargai sanjungan semua pihak terhadap sumbangan guru yang bernama cikgu.
Tapi kadang-kala gelaran Cikgu / Guru itu menjadikan kita lupa untuk mengkaji keperluan sebenar pendidikan pelajar yang bukan sekadar memberikan ilmu tetapi juga membentuk minda dan sikap dan memastikan pelajar mempunyai kemahiran yang tepat dengan keperluan masa depan mereka dalam alam pembelajaran sama ada formal atau tidak formal.
Sebab itu guru Matrikulasi yang berada di Matrikulasi seharusnya ingat kepada nama jawatannya adalah Pensyarah Matrikulasi, yang bermaksud tunjang kepada tugas di Matrikulasi adalah bermula dari SYARAHAN dan bukannya kelas bilik darjah seperti dibuat di sekolah.
Oleh itu lebih sesuai kita rayakan Hari Guru di Matrikulasi dengan ucapan "Selamat Hari Pensyarah" atau "Selamat Hari Pendidik".
Tak perlulah kita beria-ia kita hendak mengatakan kita GURU. Kadang-kadang dengan menerima pujian mulianya tugas guru itu mungkin kita lupa jika kita tersilap laksana ia akan membawa dosa kepada kita kerana mendidik dengan kaedah yang tidak sesuai dengan keperluan pelajar.
Sebab itu kita perlukan satu perubahan drastik supaya boleh dibuat transformasi minda. Jika Finland pada satu ketika dengan berani menutup semua institut latihan perguruannya dan menyerahkan peranan mendidik guru-guru di sana kepada beberapa buah universiti utamanya dan akhirnya mereka boleh mengubah pencapaian pendidikan negara itu menduduki 10 tangga teratas PISA untuk beberapa tahun sehingga kini, kenapa kita takut untuk bertindak sejauh itu demi kebaikan bangsa dan negara.
Jika kita dengar ceramah agama kita pun sekarang kita dengar masyarakat kita suka dengar atau peduli apa yang menguntungkan kita walaupun ia salah, dan kita tidak dengar atau pedulikan sesuatu yang tidak menguntungkan kita walau pun ia baik, maka itulah faktor yang merosakkan masyarakat kita sekarang, termasuklah sistem pendidikan kita.
Inilah perkara yang perlu reformasikan untuk membetulkan semula sistem nilai masyarakat kita.
Fikir-fikirkanlah rakan-rakanku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan