Anak gadis: "Hello. Mama, ni anak mama ni call dari Ostrolia."
Mama: "Assalamualaikum."
Anak gadis: "Ops. Mama, tengok kengkawan pakat duk wish Happy Mother's Day la dekat para ibu masing-masing. Jeles. Nak wish juga, boleh?"
Mama: "Silakan."
Anak gadis: "Selamat hari ibu, mama. Mama lah ibu paaaaling best dalam dunia ni."
Mama: "Terima kasih."
Anak gadis: "Terharu tak mama?"
Mama: "Tak pun."
Anak gadis: "Why mama? Terharulah sikit. Kengkawan duk nangis-nangis cakap dengan ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka pun nangis sama."
Mama: "Macam bazir air mata je."
Anak gadis: "Why?! Oh mai. Oh mai. "
Mama: "Dari you duduk wish selamat hari ibu tu, baiklah you pakai tudung tu balik. Betulkan balik paras aurat you yang dah makin kritikal tu. Pastu, you tak penat ke upload gambar beratus-ratus di Instagram tu? Selfie la, monopod selfie la. Selfie muhasabahnya tidak. Tak reti-reti upload gambar macam-macam style dengan tak peduli aurat tu tak elok? Mohon malulah sikit."
Anak gadis: "Err. Mama, itu namanya throwback. Selfie and then throwback. This is urban lah mama. Filter color and style."
Mama: "Mama rasa better mama throw lesung batu 'to the moon and back' ke kepala you. Baru sedar diri tu sikit."
Anak gadis: "Errr.."
Mama: "One more. Solat cukup ke tak duduk di universiti tu? Kalau mama tahu you duduk dengan lelaki sampai tengah malam atas nama study group whatever, siap!"
Anak gadis: "Aiyak! ( terkono seratus peratus )"
Mama: "Ucapan hari ibu tadi tu 'bagus'. Tapi, lagi bagus kalau dengar cakap ibu ikut apa agama suruh, tinggalkan apa yang agama larang. Pehe dok?"
Anak gadis: "............."
Mama: "Okay, mama nak pergi baca Quran. You dah baca ke belum hari ni?"
Anak gadis: "( Terkono lagi! )"
Anak gadis terus meletakkan teleponnya sambil berlari menangis-nangis kemudian sempat berselfie sambil berlari dengan air mata, upload ke Instagram dengan hashtag #mamakijam.
Padahal dia yang kejam tak ikut perintah Allah.
dialog oleh: Muhammad Rusydi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan