Rabu, 3 September 2014

Is-2

Luahan seorang seorang suami yang gatal nak beristeri muda... anak dara lak tu!
BARU TAU LANGIT TINGGI RENDAH!

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. "Kalau u rasa u nak pasang lagi satu, i izinkan", kata isteriku. 

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah aku at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri i tu main reverse psikologi dengan i. Tapi lepas i berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah.

Sebab apa ? Bila mengenangkan umur i yang dah 40+. Let's say kalau i kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memanglah seronok beb.

Tentang makan minum, pakai i, kemas rumah dan kegemaran i, rasanya i tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, i suka makan apa, camne cara nak masaknya, baju i kena gosok cam gini, kalau i bangun tidur i suka kalau my wife dah siapkan segala-galanya lah. Tak perlu i bagitau, dia dah tahu apa i suka. Cerita apa i suka kat TV, teh atau kopi manis macammana, hobi apa, sukan kegemaran .... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa-rasa dapat ke isteri muda i suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, i kan dah tua. Mesti dia kata i ni mengada-ngada. Sure i yang kena manjakan dia lebih, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda PASTI LAGI TERUK.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau i tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartment 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak-anak i akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari i, malah akan membenci pula.

Masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau i ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa i dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Kat rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak-anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak), sedangkan di rumah isteri tua, anak-anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, i yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Daah tak dapat...

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua keseronokan tu. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Lecehlah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eiiii tak sangguuup... Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak i ...... lagi haru ....

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tau nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk.

Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau i ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru i tu .... Hisshh banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi i selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah i tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap i. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata, bukannya yang di dalam kepala, bukannya di dalam 'seluar dalam' je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apapun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.

Tak payah lah yang lain2. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam 'seluar dalam' je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial2. Fikir2kanlah ya...

Wallahua'lam. 

Selasa, 2 September 2014

nak kawen

Kpd yg da nk kawen…
UNTUK ADAM -andai mahu mencari Hawa : 
1.JANGAN - dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang
boleh kita kahwini.. 


2.JANGAN - dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa, dan mudah bermanja2 dgn lelaki yg bukan mahram,atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami.. 


3. JANGAN - dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.. 


DAN UNTUK HAWA - andai mahu menerima cinta Adam : 


1.JANGAN - dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma.. fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.. 


2.JANGAN - dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3.JANGAN - dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.. 


#PERINGATAN BERSAMA 
..Moga bermanfaat.
..Moga Allah Redha.

Istikharah

"Gadis putus tunang: Tunang nampak wanita lain dalam mimpi istikharah."
.
Aku baca tajuk berita dalam group whatsapp. Kebetulan kawanku di sebelah terdengarnya. Lantas berkata,"Itulah akibatnya bila orang jahil kononnya tiba-tiba jadi bijaksana setelah istikharah. Dia rasa itulah petunjuk dari Tuhan. Sedangkan dia terbelit hasutan syaitan."
.
Dia mengeluh."Apa maksud kau? Macam buku sastera SPM pula ayat kau." Aku tanya sambil membalas mesej-mesej di whatsappku.
.
"Boleh tak kau berhenti whatsapp sekejap?" Kawan suruh."Okay. Okay." Aku berhenti balas."Tengok. Kau boleh saja berhenti balas mesej para gadis di whatsapp tanpa perlu lakukan istikharah. Sebab kau tahu tiada manfaatnya kau balas ataupun tidak. Tiada beza. Tiada apa yang berubah. Para gadis tu takkan jadi isteri kau selagi kau tak lamar dan meminang mereka dari wali mereka pun. Betul tak?
.
Ayat manis, ayat janji, ayat nak nikah semuanya kosong tanpa kesungguhan dan tekad serta keizinan dari Allah." Kawan beranalogi.
.
Aku terpanah petir sekejap. "Ya, engkau bagus. Aku tak bagus." Aku buat muka merajuk.
.
Kawan menyambung."Baiklah, aku nak kau tahu, ada athar yang berbunyi,'Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain...'Maksudnya, tidak ada masalah nak buat istikharah. Buatlah kalau nak. Solatnya pun mudah. Solat sunat dua rakaat dengan niat solat sunat istikharah kerana Allah Taala. Afdhal dilakukan di sebelah malam sebab Allah 'turun' ke langit dunia di sepertiga malam.
.
Namun, boleh juga dilakukan di masa-masa yang lain ikut kesesuaian.Istikharah tu bagus. Tapi, orang yang beristikharah itu yang kurang bagus etikanya. Kau tahu tak kesilapan yang mereka lakukan bila beristikharah?"Aku geleng kepala."Dengar ni, antara kesilapannya adalah,
.
1. Istikharah nak pilih pasangan misalnya, dalam keadaan kau dah rasa sayang kepada pasangannya tu. Kalau dah sayang, masuk meminang saja. Yakin dan jangan was-was lagi. Kalau ada dua pilihan, hati dah tahu sayang lebih pada siapa. Pilih yang kau sayang lebih tu lah. Tapi yang terbaik pilih ikut anjuran agama. Kadangkala apa yang kita suka tu tak semestinya baik pada kita. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 216. Terus terang saja pada calon-calon segala keputusan tanpa simpati.
.
2. Istikharah dan tidur. Malam tu mimpi, keluar muka orang lain. Terus buat keputusan terburu-buru. Contoh macam kes dah tunang, nak putus tunang. Eh, mana lagi utama? Mimpi atau rasional? Rasionalnya kau akan malukan kedua-dua keluarga terutama keluarga perempuan. Kau nak pilih yang kabur atau yang jelas? Tunang kau jelas di mata, sedangkan bayangan dalam mimpi tu kabur, tiada ikatan dengan kau pun. Jangan tertipu. Itu mainan syaitan. Lainlah kalau kau dah istikharah 3-4 bulan lamanya, jawapan still sama. Ni kau istikharah sehari dua. Orang lain waras, kau yang gila.
.
3. Istikharah dalam masa pendek, kemudian hati berubah. Kau anggap itulah petunjuk dari Allah. Ini salah. Sebab hati sifatnya berbolak-balik ikut mood. Itu namanya ikut hati. Bukan ikut jawapan Allah.
.
4. Istikharah kemudian tidak bawa berbincang dengan orang lain. Contohnya, kau istikharah sekian-sekian lepas tu dapat keputusan kau terus buat keputusan. Nanti dulu. Tanyalah pendapat ibu-bapa. Tanya pendapat alim ulama. Tanya pendapat kawan boleh percaya. Apakah alasan kukuh untuk tolak dan terima? Adakah tolak sebab orang itu tak baik? Atau terima sebab orang itu cantik dan kacak semata? Atau kerana agamanya? Ibnu Hajj al-Maaliki sebut dalam kitab al-Madkhal, Nabi s.a.w. menyuruh kita beristikharah, berbincang minta pendapat orang lain, dan bukan bergantung pada mimpi.
.
5. Istikharah tapi solat fardhu kau abaikan. Sah-sah istikharah kau tu tak berhasil. Sebab kau pentingkan yang sunat dari yang wajib. Allah marah tau tak? Kalau Dia murka, mana Dia nak beri petunjuk pada kau?
.
6. Istikharah dalam keadaan kau buat maksiat. Puasalah maksiat kalau nak Allah reda.Ikhtiar, usaha dan berfikir dengan waras adalah lebih utama. Allah bagi kita pilihan berusaha sungguh-sungguh. Istikharah ibarat penyedap dalam makanan saja. Nasi dah ada lauk ayam masak berempah, tambah daging bakar dan budu jadi makin sedap.
.
Faham tak?"Aku siap meniarap dengar kawanku bagi huraian. Sambil komen,"Panjangnya.""Oh. Pendek kata, yang wajib adalah usaha sungguh-sungguh dan yakin. Jangan banyak sangat pilih orang itu dan ini. Tetapkan pada satu hati. Yakinkan ibu-bapa dengan satu pilihan itu. Istikharah cuma sunat. Doa berterusan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat itu lebih utama. Baca al-Quran sentiasa supaya hati tak was-was diganggu syaitan.Jangan jadikan yang sunat itu wajib. Sekian usrah kita malam ni."

ada berani

Boleh tahan dialog ni... Utk yg berani jer

anak: ayah.. adakah hantu itu wujud?
ayah: tak.. hantu tak pernah wujud..
anak: tapi orang gaji kita cakap hantu itu wujud?
ayah: anak, kemas semua barang kamu.
anak: kenapa ayah?
ayah: kita tak ada orang gaji..
anak: OMG!

anak: Mak! kemas barang, kita nak pindah!
mak: pindah? kenapa?
anak: Ayah cakap rumah ni berhantu
mak: Apa? Ayah kamu sbenarnya dah lame meninggal! sbelum kamu lahir lagi
anak: betul ke?
mak: Iya!

anak: Abang! betul ke ayah kita dah
meninggal?
abg: ha'a! sape bagi tau?
anak: mak yang bagi tau!
abg: ha? adik tau tak? mak kita meninggal time lahirkan kamu?
anak: Abis tu siape nak jage adik?
abg: Adek jage lah diri sendiri!
ank: kenapa?
abg: sebab mak kita gugurkan abg! 5 tahun sblum kamu dilahirkan!

Eksperimen kapel & cinta

Exclusive Report : Couple & Cinta

Aim of experiment :
Untuk mengkaji perbezaan antara Couple & Cinta.

Problem statement :
Ramai makhluk hidup yang salah konsep mengenai Couple dan Cinta.

Hypothesis :
Makin ramai yang Couple, makin ramai masuk Neraka.
Makin ramai yang letak Cinta Allah nombor satu, makin ramai masuk Syurga.

Variables:
Constant = Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi & Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi
Manipulated = kehadiran ikatan sah antara Makhluk Hidup.
Responding = The presence of Dosa & The presence of Pahala

Material :
Makhluk Hidup Lelaki & Makhluk Hidup Perempuan. Makhluk Laknat Syaitan juga.

Experiment’s Procedure :
1. Put Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi dan Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi dalam keadaan bercinta sesama mereka.
2. Put two of the Makhluk hidup in different condition, kondisi 1 : tiada ikatan sah & kondisi 2 : ada ikatan sah.
3. Observe if there is any Makhluk yang ketiga(Makhluk Laknat Syaitan).
4. Record the observation.

Observation :
Makhluk Hidup Ajnabi yang tiada ikatan sah : There is presence of Dosa and presence of Makluk yang ketiga
Makhluk hidup Ajnabi yang ada ikatan sah : There is presence of Pahala only.

Inference :
#1 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta tiada ikatan yang sah akan dapat DOSA dan adanya kehadiran Makhluk yang ketiga.
#2 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta ada Ikatan yang sah akan dapat Pahala dan Makhluk yang ketiga Nangis teresak-esak.

Conclusion :
#1 Cinta tanpa ikatan yang sah akan membawa ke Neraka. Itulah hubungan Couple.
#2 Cinta dengan ikatan yang sah akan membawa ke Syurga. Itulah hubungan Suami Isteri .

---------------------------------------------------------------------

Conclusion Exclusive :
Aku jawab beberapa persoalan mainstream sempena report exclusive aku

Cinta, Rindu, Suka, Minat, Fall in Love, Crush?
Tidak menjadi satu kesalahan kerana semua itu ialah fitrah semulajadi yang suci.
Anugerah daripada Allah SWT kepada Makhluk Hidup manusia.

Couple?
Dosa, Haram, dan Neraka.
Apa-apa yang mendekatkan diri kita kepada kepada Zina walaupun sekecil langkah Inche Kuman yang kecik tu, maka HARAM.
Couple secara obviousnya membawa kearah Zina maka automatically hukumnya HARAM.

Perbezaan Couple dan Cinta?
Cinta = anugerah Allah yang merupakan fitrah yang suci.
Couple = ialah sebuah fitrah Cinta yang telah dikotori dengan Hawa Nafsu manusia dan cap jari Makhluk Laknat Syaitan yang busuk.

Couple Islamik?
Najis = Kotor selama-lamanya.
Couple = Haram selama-lamanya.
Kalau korang mampu bersihkan & sucikan Najis maka couplelah.

Tapi problemnya Najis tu kotor dan jijik selamanya. Tak mampu nak disucikan.
Same goes to Couple, korang tak mampu nak sucikan atau nak islamikkan selamanya.

Kalau nak sangat, KAHWINLAH!

Adakah tunang boleh?
Syarat tunang = kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berkahwin dalam satu masa yang ditetapkan.

So bebudak sekarang fikir yang bila dah setuju sesama mereka maka dikira bertunang.
Betul mereka dah bertunang. Sah tunang mereka. Sah di sisi syariat.

Masalahnya, mereka tak bagitahu dengan parents masing-masing.

Uhukk uhukk,
Dah lah makan minum berak kencing masih ditanggung oleh mak bapak, ada hati nak bertunang tanpa pengetahuan parents -.-

Ini pendapat exclusive aku :
Bagi yang masih dibawah tanggungan ibu bapa dan bertunang tanpa pengetahuan ibu bapa, maka tidak sah hubungan tunang tersebut.

Itu namanya Couple!
Dosa, Haram, dan Neraka. Itu hadiah untuk kau

Not just that,
Walaupun dah bertunang, namun kena ingat.
Korang belum berkahwin lagi!

Jangan nak menggatal ambil gambar bersama dekat-dekat, berdua-duaan.
Tunang bukannya kahwin!

Hanya KAHWIN yang menghalalkan hubungan antara lelaki & perempuan ajnabi.

So?
Kahwinlah. Jangan tunang lama-lama

Adakah merindui atau suka seseorang dosa?
Rindu dan Suka someone ialah Fitrah semulajadi anugerah Allah special untuk makhluk hidup manusia.
Tak salah untuk rindu atau suka someone.

Tapi yang menjadi masalah ialah apabila berlebih-lebihan.
Rindu berlebih-lebihan.
Suka berlebih-lebihan.

Sampaikan gambar jadi wallpaper laptop dan phone.
Sampaikan teringat-ingat setiap masa.

Sehinggakan boleh menjadi DOSA dan HARAM.
HARAM dengan adanya Zina Hati apabila memikirkan orang yang dirindui atau yang disukai.

Conclusion of the Conclusion over the Conclusion :
Letak Cinta Allah paling atas.
Letak Cinta Allah paling tinggi.
Dan letak juga Cinta Nabi di sisi.

Cinta Allah & Cinta Nabi menandingi segala Cinta lain.
Cinta lain = Cinta parents, Cinta suami, Cinta Isteri, Cinta Dota, Cinta Runningman, Cinta couple dan thousands other laa…

Serious talk, If you guys mampu buat those things, hidup korang akan bahagia.

Bahagia dunia.
Bahagia Akhirat.
Bahagia hingga ke Syurga Allah.

Sekian. Moga Allah Redha ;D