Selasa, 2 September 2014

nak kawen

Kpd yg da nk kawen…
UNTUK ADAM -andai mahu mencari Hawa : 
1.JANGAN - dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang
boleh kita kahwini.. 


2.JANGAN - dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa, dan mudah bermanja2 dgn lelaki yg bukan mahram,atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami.. 


3. JANGAN - dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.. 


DAN UNTUK HAWA - andai mahu menerima cinta Adam : 


1.JANGAN - dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma.. fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.. 


2.JANGAN - dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3.JANGAN - dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.. 


#PERINGATAN BERSAMA 
..Moga bermanfaat.
..Moga Allah Redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan